Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,216
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 11

Raz bergegas ke Taman Rekreasi dan tiba di sana. Diamemeriksa kawasan sekeliling. Tiba-tiba dia terdengar muzik. Dia mengikutibunyi muzik itu sehinggalah dia terlihat seseorang yang mengajar tarian itu.Ramai anak-anak muda yang menari seperti orang gila dilihatnya. Ketika Razmelihat wajah orang yang mengajar tarian itu, dia pasti orang itu adalahbanduan yang bersama Parat. Dia masih ingat wajah-wajah banduan yang dilihatdalam dokumen yang dibawanya.

 

“Apa tujuan kau ajar tarian ni?” soal Raz yang menghampiribanduan itu.

“Baiklah semua. Sekarang kamu semua boleh balik danberlatih.” kata banduan itu pada anak-anak yang belajar tarian itu.

“Banduan Z320. Itu kod kau kan? Ditahan pada 18 Mac 2065atas kesalahan membunuh anak murid dalam kelas tarian kau.” kata Raz.

“Aku tak sangka yang Jabatan Keselamatan Negara hantar budakmentah ke ruang masa untuk tangkap kami semua. Mudah kerja kami.” kata Banduan Z320.

“Sekarang, biar aku berkas kau. Jangan melawan.”  kata Raz.

 

Banduan Z320 terus menendang Raz. Raz jatuh lalu bangunsemula dan berlawan.

 

“Orang-orang Jabatan Keselamatan Negara fikir mereka lakukanbenda yang betul! Tapi mereka silap!” Banduan Z320 berkata dengan marah laluterus menyerang lagi dengan menumbuk Raz.

 

Raz menahan setiap tumbukkan dan cuba membalasnya.

 

“Jangan melawan. Serah diri lebih baik.” kata Raz yang cubamenenangkan banduan Z320.

“Aku dikatakan membunuh anak murid aku sendiri? Kau percayasemua tu?!” soal banduan Z320 dengan marah.

“Itu yang tertulis dalam data.” jawab Raz dengan tenangsaja.

“Kau sama saja dengan orang-orang Jabatan Keselamatan Negarayang lain. Betul apa yang Parat kata! Kau semua terlalu percayakan data.” katabanduan Z320 lalu menyuntik dirinya dengan AAS1 dan berubah menjadi Kraken.

 

Raz terkejut dengan perubahan mutasi itu. Dia juga teringatkata-kata banduan yang diberkasnya sebelum ini iaitu banduan Z651. Banduan Z651juga berkatakan hal yang sama tentang Jabatan Keselamatan Negara.

 

“Apa sebenarnya yang dimaksudkan mereka?” fikir Raz.

 

Raz tanpa berfikir panjang lalu mengaktifkan lencanakuasanya dan tubuh Raz terus berubah memakai perisai tempur.

 

“Mulanya aku tak mahu ajar tarian ni.. Tapi, untukkembangkan empayar Parat, aku terpaksa lakukan. Remaja yang belajar tarian ini,akan menjadi pengikut empayar Parat. Aku akan menghasut mereka.” kata Kraken.

“Jadi, itu rupanya rancangan Parat. Lebih baik kau serahdiri.” kata Raz.

“Tidak… Aku fikir lebih baik Parat yang memerintah duniani!” kata Kraken dengan marah

“Kenapa? Kau pun tahu apa yang kau buat ni salah!” kata Razlagi.

 

Kraken ketawa terbahak-bahak dan lalu berkata “ Parat sajayang salah. Kau dan orang –orang Jabatan Keselamatan Negara pula bagaimana?”.

“Apa maksud kau? Banduan Z651 pun berkata perkara yang sama.Aku tak tahu apa yang kau orang katakan.” jelas Raz.

Kraken terus menggunakan kuasanya iaitu semburan hitam. Razyang sempat mengelak mengeluarkan senjata Cotar Bravo. Raz harus bersediadengan setiap serangan Kraken. Raz pun bertempur dengan Kraken. Cara pertahananKraken sangat baik malah setiap hentakkan dan pukulan Cotar Bravo ditahan danditepis olehnya. Raz menukar cara serangan dengan menggunakan Pistol Alpha.Beberapa tembakan dilepaskan namun Kraken berjaya mengelaknya dengan mudahsekali.

 

“Tak mungkin?” Raz yang terkejut dengan Kraken yang bolehmengelak tembakan Pistol Alpha dengan mudah.

“Kenapa? Terkejut? Hahahaha!” Kraken ketawa.

 

Raz terus meluru dan berlawan dengan tangan kosong. Tumbukandemi tumbukan. Semuanya tidak menjadi. Namun, serangan Kraken pula yangditerima oleh Raz. Raz tersungkur kesakitan.

 

“Tak guna...” kata Raz yang kesakitan.

“Untuk pengetahuan kau, aku dah nekad untuk tolong Paratuntuk membina empayarnya pada zaman ini. Dan pada masa 2075, empayar Parat akanmemerintah!” kata Kraken.

“Jadi itu rancangan Parat datang ke zaman ini.” fikir Raz.

“Sekarang, aku akan tamatkan riwayat kau! Libasan Kraken!”kata Kraken lalu melibas lengannya ke arah Raz.

 

Raz tidak sempat mempertahankan dirinya. Raz dilibas denganserangan Kraken hingga dia terpelanting. Kraken pula ketawa melihat keadaan Razyang lemah.

 

“Mesti ada cara yang aku boleh kalahkan dia.” fikir Razsendirian sambil melihat ke arah Kraken.

 

Raz terus cuba untuk bangun dan cuba untuk berlawan lagi.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.