Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,254
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 25
“Siapa dia?” soal Mai selepas melihat wajah Parat.

“Stefen….” jawab Raz.


“Bagaimana Parat adalah dia? Sedangkan kita lihat sendiri Stefen larikan diri sewaktu Parat melalui ruang masa.” kata Kapten Wira Rahman yang keliru.

“Apa pun kita dah berkas dia. Tetapi saya tak pasti sama ada Stefen ini adalah Parat yang sebenarnya.” kata Raz.


“Raz, kita tak ada cukup masa. Lagi 15 minit sahaja Mesin masa boleh berfungsi. Kita perlu gerak segera.” jelas Kapten Wira Rahman.
“15 minit? Kenapa?” soal Raz.
“Walaupun Prof. Alex berjaya hidupkan mesin masa, tetapi mesin masa hanya mampu dihidupkan selama 40 minit sahaja. Saya tak mahu menyusahkan Prof. Alex lagi.” jelas Kapten Wira Rahman.
“Di mana tempat pintu masuk ke ruang masa?” soal Danial.
“Di taman rekreasi.” kata Kapten Wira Rahman.

Danial membuat keputusan untuk menghantar mereka ke taman rekreasi dengan menaiki keretanya kerana ia lebih cepat. Raz dan Kapten Wira Rahman mengusung Stefen yang tidak sedarkan diri.

“Saya ucapkan terima kasih pada kamu bertiga kerana tolong tengokkan Raz di zaman ini. Walaupun saya hanya kenal kamu seketika sahaja, saya tahu yang kamu bertiga orang yang baik.” kata Kapten Wira Rahman.

Mai, Ling dan Danial hanya tersenyum sahaja namun hati mereka berasa sebak sedikit kerana terpaksa melepaskan Raz pergi.

“Raz, kalaulah aku masih hidup di zaman 2075, kau datanglah cari aku…. Aku nak tengok sama ada aku masih ingatkan kau. Jangan lupa berlatih tinju yang aku ajar.” kata Danial.
“Raz, jaga diri. Sama juga kalau aku masih hidup di tahun 2075, datanglah cari ya.” kata Ling
“Raz, aku tak kisah kalau kau nak pergi. Sebab sini bukan tempat kau. Tapi aku sedih sangat. Tak tahu kenapa… Kami akan jaga diri kami disini dan akan cuba hidup sehingga tahun 2075 kalau itu ketentuan tuhan. Sebab kami masih nak jumpa kau.” kata Mai sambil menitiskan air mata.

Itulah kata-kata terakhir mereka pada Raz. Raz juga turut bersedih atas perkara itu. Namun benar apa dikata Mai. Di tahun 2016 bukanlah tempat buat Raz. Raz perlu berada di tahun 2075 untuk tidak menjejaskan keadaan ruang masa.

“Terima kasih sebab jaga aku di sini. Aku takkan lupa.” kata Raz.

Kapten Wira Rahman dan Raz pun melalui portal ruang masa. Selepas itu, portal ruang masa pun tertutup. Akhirnya Raz pulang ke tahun 2075.

“Sudah Mai. Dia dah pergi. Kau boleh menangis.” kata Danial.
“Aku sukakan dia.. tapi kenapa? Kenapa dia perlu dari masa lain?” kata Mai sambil menagis teresak-esak.
“Mai, sabarlah. Lama-kelamaan nanti, kau pasti boleh terima yang dia pergi. Apa yang pasti, dia bukan untuk kau Mai. Maaf sebab terpaksa cakap.” kata Ling.
“Aku ni bodoh kan…” kata Mai yang masih bersedih.

Di tahun 2075, akhirnya Raz dan Kapten Wira Rahman pulang dari tahun 2016. Raz disambut oleh pegawai-pegawai atasan dan rakan-rakan dari unit khas di bawah Jabatan Keselamatan Negara. Raz telah menjalankan tugasnya dengan baik. Namun, Raz tiba-tiba pengsan apabila tiba disitu.

“Kenapa ni Prof ?” soal Kapten Wira Rahman.
“Jangan risau. Dia cuma letih sahaja. Kita rehatkan dia dulu.” jelas Prof. Alex.

Rakan-rakan Raz mengusung Raz ke bilik rawatan.




Previous: Bab 24
Next: Bab 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.