Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,244
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3

“Mai! Cepatlah. Kita sudah lambat nak ke kelas.” kataseorang pelajar berbangsa cina iaitu Ling yang berlari anak di sepanjangkoridor di universiti untuk ke kelas.

 Mai atau namanyaMaisara ialah rakan baik kepada Ling. Mai sering kali bangun lewat untuk kelaskerana menyiapkan tugasan laporan pada waktu malam.

 

Sorry Ling…. I tak sengaja…” Mai yang kelihatantermengah-mengah.

“Selamat sempat lagi… Lain kali tidurlah awal..”  Ling yang lega kerana pensyarah mereka tidakmasuk ke kelas mereka lagi.

 

Mai meneguk air mineral di dalam botol yang dibawanya hinggakelihatan air itu meleleh dicelah bibirnya.

 

“Mai, minumlah perlahan-perlahan.. Air sudah tumpahlah…”tegur Ling yang melihat gelagat Mai itu.

Mai hanya senyum tersengih saja. Begitulah perwatakan Mai.Walaupun berusia 21 tahun, namun dia masih perangai seperti keanak-anakan.Tidak seperti Ling yang berfikiran matang. Ling tidak kisah untuk berkawandengan Mai kerana dia selesa bersamanya.

 

“Ling, lepas kelas kita nak pergi mana?” soal Mai.

“Hmm…. Kita pergi shopping!”cadang Ling dengan teruja.

“Semalam kan dah shopping?Sebab itu I siapkan laporan kerjakursus tengah malam. Petang temankan youshopping.” jelas Mai.

“Rasanya lepas kelas kita rehat dekat dorm.. Petang nanti you nak pergi jogging kan? I nakikutlah.” kata Ling.

“Hah? Jogging? Nakikut. Nak Ikut!” Danial yang menyampuk perbualan mereka.

 

Danial ialah rakan sekelas mereka. Sikapnya yang peramah, membuatkanMai dan Ling tidak langsung kisah untuk berkawan dengannya.

 

“Ish! Terkejut aku…” Mai yang terkejut ketika itu.

Sorry… Petang ninak jogging ke? Nak Ikut boleh?” soalDanial lalu duduk di kerusi sebelah Ling.

“Ya… Nanti petang dekat taman rekreasi..” jelas Ling.

 

Ketika itu, pensyarah mereka pun masuk di dalam kelas mereka.Mereka bertiga mengambil Diploma Keusahawanan. Pengajian kelas mereka punbermula. Selepas kelas tamat, Mai dan Ling terus pulang ke dorm mereka dan menyiapkan laporan kerja kursus mereka.

Pada petangnya, mereka pun pergi ke taman rekreasi.Sampainya di taman rekreasi, kelihatan Danial yang sudah sampai dan bersenam ditaman rekreasi sendiri. Mereka pun bersenam dan berjogging di sekitar taman rekreasi itu.

 

“Tak ramai orang datang ke taman rekreasi ni..” kata Danial.

“Ramai kalau hujung minggu…” jelas Mai.

 

Selepas penat bersenam, mereka berehat di bangku di hadapantasik taman rekreasi.

 

“Ling, aku pergi toiletkejap…” kata Mai lalu terus pergi tandas awam di taman rekreasi.

“Ling, aku minta tolong kau boleh?” Danial yang bertanyaapabila Mai telah pergi ke tandas awam.

“Boleh tak kau bagi nombor telefon Mai?” kata Danial.

“Kau mintalah pada dia. Kenapa kau nak nombor telefon dia?”soal Ling pula.

 

Danial hanya tersenyum sahaja.

 

“Kau sukakan dia kan?” soal Ling dengan terkejut.

“Jangan bagi tahu dia…  Malulah aku…” kata Danial yang tersengih.

Okay… Tapi akurasa baik kau minta sendiri nombor telefon dia. Lebih baik…” kata Ling.

 

Danial agak hampa ketika itu. Mai pula masih di tandas awam.Semasa dia mencuci tangan di sinki tandas awam, tiba-tiba kedengaran bunyi yangsangat kuat. Bunyi kuat seperti guruh. Mai terkejut lalu terus keluar daritandas awam. Dia berasa hairan apabila melihat cuaca yang cerah tidak langsungmendungnya. Dia terus pergi ke Ling dan Danial yang sedang menunggunya.

 

“Tadi ada dengar bunyi kuat tak? Bunyi macam guruh. Kuatsangat.” soal Mai apabila tiba di sana.

“Tak pun..” jawab Danial ringkas sahaja.

 

Mai sangat hairan. Dia fikir mungkin perasaannya sahaja.Maka, mereka pun mengambil keputusan untuk pulang selepas penat berekreasi.Semasa mereka berjalan untuk ke tempat parkir kereta di taman rekreasi, jauhdihadapan mereka terlihat seseorang yang berjalan terhuyung-hayang.

 

“Kenapa dengan dia?” soal Ling yang hairan melihat gayapemuda itu berjalan.

“Dia mabuk tu…” kata Danial.

“Mana kau tahu dia mabuk?” tanya Mai pada Danial.

“Kalau jalan macam ular kena patuk, memang mabuk tu..” jawabDanial yang bersahaja.

 

Mai cuba menghampiri pemuda itu tapi dihalang oleh Ling.Ling menasihatinya agar tidak menegur pemuda itu kerana mungkin akan mengundangbahaya. Tiba-tiba, pemuda itu rebah dan pengsan. Mai yang melihat terus berlarike arah pemuda itu. Ling dan Danial turut ikut sama.

 

“Huish! Stailnya jaket dia…”Danial yang melihat cara pemakaianpemuda itu.

“Ish! Kau ni.. dia tengah pengsan ni, kau sibuk pasal jaketdia pula.” kata Mai.

 

Mai cuba menepuk pipi pemuda itu namun tidak ada tindakbalas. Mai mencadangkan membawa pemuda itu ke hospital untuk rawatan. Merekatiada pilihan dari meninggalkan pemuda itu di taman rekreasi itu dalam keadaanlemah. Danial pun mengendong pemuda di belakangnya dan terus ke keretanya.Danial pun memandu terus ke hospital. Setelah sampai di hospital, pemuda itupun dibawa ke bilik rawatan.

 

“Okay. Sekarang semua dah selesai.. Jom kita balik.” kataDanial.

“Balik? Kita kena tunggu doktor dahulu. Kita yang jumpa dia.Doktor nak dengar keterangan kita nanti.” kata Mai.

“Malaslah aku nak beri keterangan. Kau berdua sajalah. Akunak kafeteria. Kalau ada apa-apa, cari aku di sana.” Danial berkata lalu pergidari situ.

 

Mai dan Ling sudah agak akan perangai Danial itu. Danialtidak gemar melakukan sesuatu yang bukan dalam perancangannya. Hal membawapemuda ini ke hospital, terjadi secara tiba-tiba. Mai dan Ling pun duduk dibangku hospital dan menanti doktor keluar dari bilik rawatan.

Selepas 10 minit, doktor itu pun keluar dari bilik rawatandan berjumpa dengan Mai dan Ling.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh KaryaToku