Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,223
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4
“Macam mana dengan keadaan dia doktor?” soal Mai kepada doktor itu.
“Dia tidak apa-apa. Cuma cedera ringan. Tak ada yang serius. Cuma sekarang kami pihak hospital akan rehatkan dia. Kamu ini kawan dia?” jelas doktor itu dan menyoal Mai semula.
“Tidak. Kami jumpa dia pengsan di taman rekreasi.” jelas Mai.
“Begitu.. Kami juga tak jumpa tanda pengenalan diri dia. Susah bagi kami nak benarkan dia tinggal lama di sini.” kata doktor.
“Mungkin esok dia akan sedar. Mungkin doktor boleh tanyakan pada dia.” kata Mai.

Doktor itu pun mengerti lalu dia pun pergi ke pejabatnya. Mai dan Ling pun beredar ke kafeteria di hospital untuk mengajak Danial pulang. Danial pun menghantar Mai dan Ling pulang ke hostel mereka. Danial pula pulang ke rumahnya.
Ketika Mai dan Ling sedang menyiapkan laporan kerja kursus mereka, Mai seakan-akan tidak boleh beri tumpuan untuk menyiapkan laporannya. Ling yang sedar akan Mai yang asyik termenung sendiri.

“Mai? Kau okay?” soal Ling yang hairan melihat rakannya Mai yang termenung.
“Aku okay. Cuma aku asyik terfikir dengan orang yang kita jumpa di taman rekreasi tadi.” kata Mai.
“Kenapa nak terfikir pula? Kita sudah hantar dia ke hospital. Biar pihak hospital uruskan.” jelas Ling.

Mai hanya tersenyum namun entah mengapa dia masih ingin tahu siapa pemuda itu sebenarnya. Mai cuba menumpukan perhatiannya untuk menyiapkan laporan kerja kursusnya.
Pada keesokkan harinya, Mai hampir lewat lagi untuk ke kelas. Sudah dinasihatnya agar tidak membuat laporan kerja kursus hingga lewat malam, namun itulah sikap Mai. Selepas kelas kuliah pagi, Mai terus bergegas keluar. Ling hairan dan bertanya pada Mai. Rupanya Mai ingin ke hospital semula untuk berjumpa pemuda yang mereka jumpa. Ling pun membawa Mai dengan menaiki keretanya ke hospital itu.
Sampainya mereka di hospital, mereka terus menuju ke bilik rawatan pemuda itu. Ketika itu, mereka terdengar riuh rendah di bilik itu. Mai dan Ling memasuki bilik rawatan dan terlihat pemuda itu meradang dan doktor bersama beberapa orang jururawat sedang mengawal pemuda itu. Pemuda itu seakan-akan tidak mengawal dirinya. Doktor mengambil keputusan untuk menyuntik pemuda itu.

“Nanti! Jangan suntik! Maafkan saya…. Saya cuma nak balik… Saya tak boleh buang masa di sini…” kata pemuda itu.
“Aiyooo.... Ini budak.. kalau nak balik, cakap. Jangan buat begini…” kata seorang jururawat berbangsa India yang berada di situ.
“Baiklah. Memandangkan awak dah kelihatan sembuh, saya rasa awak dah boleh pergi lepas waktu tengah hari nanti. Nanti nurse akan bawa baju dan barang-barang awak.” kata doktor itu.

Lalu doktor dan jururawat pun beredar dari bilik rawatan itu. Mai menghampiri pemuda itu.

“Hai?” tegur Mai.
“Hai? Awak siapa?” soal pemuda itu.
“Saya Mai. Ini kawan saya Ling. Kami yang bawa awak datang ke sini.” jelas Mai.
“Kenapa awak bawa saya datang sini?! Saya tak boleh berada di sini. Saya cuma akan buang masa saja.” balas pemuda itu yang agak marah.
“Tak kenang budi! Kami bawa awak datang sini bukan nak terima kasih!” Ling yang agak marah ketika itu.
“Sabar Ling.” Mai cuba untuk mengawal keadaan daripada jadi tegang.
“Awak semalam pengsan. Muka dan tangan awak luka dan lebam. Sebab itu kami bawa awak ke hospital ini untuk rawatan.” jelas Mai kepada pemuda itu.
“Maafkan saya. Terima kasih sebab bawakan saya ke sini. Saya nak tanya satu soalan.” kata pemuda itu lalu menanyakan soalan pada Mai.
“Apa dia?” soal Mai.
“Kita di tahun berapa sekarang? Berapa tarikh hari ini dan hari apa? Apa nama tempat ni?” tanya pemuda itu.

Mai dan Ling agak hairan dengan pertanyaan dia.

“Tarikh hari ini 19 hari bulan Mei tahun 2016. Hari ini Khamis. Awak sekarang berada di Hospital Bandar MetroWaja. Kenapa awak tanya? Awak lupa ingatan?” Mai menjawab persoalan pemuda itu dan disoalnya pemuda itu lagi.
“Tak. Saya tak lupa ingatan. Boleh nanti awak bawa saya ke tempat saya pengsan?” pinta pemuda itu.

Mai mengangguk sahaja. Ling pula menelefon Danial diluar bilik rawatan untuk datang bersama kerana khuatir akan pemuda itu.
Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.