Bab 15
“Jadi bagaimana? soal Parat apbila melihat Ox.
“Boleh tahan juga dia Tuan Parat. Susah nak kalahkan dia. Kalau kesan serum tu tak habis, aku dah boleh kalahkan dia.” jelas Ox.
“Jangan kalahkan dia. Uji kekuatan dia dahulu. Itu tugas kau. Aku akan selesaikan dia sendiri.” kata Parat.
“Tapi kalau aku ada peluang kalahkan dia, aku akan lakukan.” kata Ox.
“Kau tak faham apa yang aku kata tadi?! Tugas kau cuma uji kekuatan dia!” kata Parat dengan marah.
“Apa yang Tuan Parat rahsiakan dari kami? Apa sebenarnya Tuan Parat nak dari budak anggota unit khas tu? Nak uji kemampuan dia? Ox boleh bunuh saja dia. Lebih senang.” soal banduan Z103 atau digelar sebagai Raven.
“Aku hampir siapkan Parat Brace. Aku sendiri yang akan hapuskan dia. Tapi, aku nak tengok kemampuan dia dulu. Sebab tu aku suruh Ox uji dia.” jelas Parat.
“Kraken dan Panthera buta-buta sahaja diberkas oleh dia. Dan ahli kita yang lain dah mati. Hanya tinggal kami sahaja.” kata banduan Z661 iaitu Hawk yang agak tidak puas hati.
“Itu kerana mereka tak cukup kuat. Apabila empayar aku dah berjaya, aku perlukan orang yang kuat sebagai orang kanan. Ini adalah ujian untuk kau orang semua! Raven, lepas ini kau jalankan tugas.” ujar Parat dengan tegas.
Raven seorang yang pendiam. Dia jarang berkata-kata. Dia juga seorang yang mahir dalam pertempuran. Raven tanpa berkata apa-apa terus menjalankan tugasnya. Kekuatan kumpulan Parat makin tidak kuat. Kini, hanya tinggal Parat, Ox, Raven dan Hawk. Parat berasa sangat gelisah dengan keadaan kumpulannya.
Pada masa yang sama, Raz kembali ke KafeRia dan menyambung kerjanya. Dia kelihatan risau. Buntu dibuatnya memikirkan siapakah dalang disebalik memalsukan data kesalahan penjenayah. Raz fikir bahawa dia tidak boleh hanya duduk diam dan berfikir sahaja. Pertama, dia harus membina hubungan baik semula dengan Mai. Dia terlihat Mai yang sedang mencuci cawan.
“Mai, aku nak cakap sikit.” kata Raz.
Mai langsung tidak menoleh dan mendengar apa yang hendak dikatakan Raz.
“Aku nak minta maaf kalau aku dah buat salah pada kau. Macam yang aku katakan, aku tak nak kau, Ling dan Daniel dalam bahaya. Kita dari tahun berbeza. Kalau terjadi apa-apa pada kau orang semua, masa depan akan berubah.” jelas Raz.
Mai langsung tidak endahkan apa yang dikatakan oleh Raz. Dia teruskan kerjanya mencuci cawan di sinki. Ling ketika itu menghampiri Raz. Danial yang kebetulan ada bersama.
“Tapi, aku dah fikir masak-masak. Kau orang semua boleh bantu aku untuk banteras Parat semula. Aku akan lindungi kau orang semua. Ini dah jadi tanggungjawab aku. Dan anggaplah ini sebagai aku membalas budi baik yang kau orang buat pada aku.” kata Raz.
“Dengar tu Mai. Raz dah bagi ‘green light’. Jadi, kita sama-sama bantu Raz dalam hal ni.” kata Daniel.
“Sudahlah Mai. Raz pun dah minta maaf.” kata Ling lalu menghampiri Mai.
Mai menoleh lalu mengelap tangannya yang basah dan mencabut ‘ear-phone’ yang dipakainya ketika dia mendengar lagu lalu berkata “Kau orang nak apa?”
“Kau pakai “ear-phone” dari tadi?!” kata Danial yang terkejut.
Raz tergamam sahaja.
“Kau ni Mai… penat-penat Raz minta maaf tadi. Kau boleh pakai ear-phone?” kata Ling.
Raz hanya ketawa. Mereka pun ketawa bersama kecuali Mai yang masih hairan.
“Mai, aku minta maaf. Jom kita sama-sama banteras Parat. Aku perlukan kau orang semua.” kata Raz.
“Boleh… tapi dengan syarat. Kau jangan tinggal aku lagi di toilet.” kata Mai sambil tersenyum.
Mereka hanya ketawa sahaja dan akhirnya konflik antara Mai dan Raz selesai.
“Baguslah kalau semua dah selesai. Raz, kau perlu kerja keras dan fokus dalam memberkas Parat dan banduan yang masih bebas. Sama-sama kita lakukan!”
Raz dan yang lain berhenti ketawa apabila mendengar suara itu. Mereka hairan seketika. Suara seperti seorang lelaki berusia kedengaran secara tiba-tiba. Meremang bulu roma Danial.
“Siapa tu?” soal Raz.
“Siapa tu? Ini akulah!” kedengaran suara itu lagi.
“Ehhhhhhhhhhh?!” Mereka terkejut apabila tahu siapakah milik suara itu.
Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.
Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.