Home Novelet Thriller/Aksi Raz
Raz
KaryaToku
23/9/2017 11:33:47
95,248
Kategori: Novelet
Genre: Thriller/Aksi
Bab 18

“Akhirnya! Kita berjaya siapkan mesin masa ini! Sekarang kita perlu ujinya sahaja. Harap-harap ia menjadi.” kata Prof Alex dengan gembiranya.



Kapten Wira Rahman menarik nafas lega kerana akhirnya Mesin Masa dapat disiapkan. Cuma tinggal fasa percubaan sahaja. Rupa-rupanya, Mesin Masa diaktifkan dengan menggunakan tenaga kilat atau petir. Pada masa kejadian Mesin masa diaktifkan dulu, bunyi mesinnya agak kuat. Jadi, Prof Alex and yang lain tidak sedar bahawa tenaga kilat atau petir disalurkan pada mesin itu menggunakan satu tiang khas sebagai penyerap tenaga kilat atau petir.



“Tapi saya perlukan masa sedikit saja lagi untuk siapkan Alat Pengaktifan Petir . Setelah itu, kita akan bawa Raz balik semula.” jelas Prof. Alex.


“Baiklah Prof. Tapi saya rasa Prof perlu rehat juga. Saya akan ketatkan kawalan keselamatan di bilik ini. Kita pun tidak dapat menjejajaki di mana Stefen. Jadi, kita tak tahu apa rancangannya.” jelas Kapten Wira Rahman.



Prof Alex tanpa membuang masa, dia pun meneruskan usahanya untuk menyiapkan Alat Pengaktifan Petir di makmalnya.


Pada masa di tahun 2016, Raz sekarang sedang dirawat lukanya akibat pertarungan dengan Raven.



“Kenapa kau buat macam tu tadi?” soal Raz kepada Ling.


“Hmm? Buat apa?” soal Ling sambil membalut luka Raz.


“Kau cuba pertahankan aku tadi. Kau tahukan bahaya…” jelas Raz.


“Aku tahu. Tapi, tak tahu kenapa aku buat.” jelas Ling.


“Apa-apa pun, kita perlu kuatkan diri untuk kalahkan Raven. Dia agak kuat.” kata Rai, Lencana Kuasa.


“Aku yakin, Prof Alex dan yang lain mesti sedang berusaha sekarang. Kita perlu percayakan mereka.” kata Raz.



Pada masa yang sama, Raven pulang ke tempat persembunyiannya. Raven agak marah tetapi terkejut juga apa yang dilihatnya ketika bertarung dengan Raz.



“Kenapa ni Raven?” soal Hawk, salah seorang banduan.

Raven hanya mendiamkan diri dan terus pergi ke biliknya. Ox yang kebetulan berada disitu hanya melihat sahaja.

“Kenapa dengan Raven?” soal Ox kepada Hawk.


“Entahlah dia. Dia selalu begitu.” balas Hawk.

Parat pula masih lagi berada di bilik kajiannya dan dia hampir menyiapkan Parat Brace ciptaannya itu.


“Apabila Parat Brace ini siap, tiada siapa berani akan melawan aku. Semua manusia keparat ini akan tunduk pada aku…” kata Parat seorang diri.

Parat memanggil Ox dan Hawk datang ke bilik kajiannya. Ox dan Hawk tidak tahu apa yang hendak diberitahu oleh Parat.

“Ox, Hawk… aku rasa sudah tiba masanya kita lakukan serangan besar-besaran. Kita mulakan dengan Bandar Metrowaja ini. Aku nak jadikan bandar ini sebagai pengkalan utama Empayar aku.” kata Parat.


“Akhirnya, kita boleh dapatkan semula rakan-rakan kita yang telah diberkas oleh Raz.” kata Ox.

“Bagaimana dengan Raven?” soal Parat.


“Entahlah Tuan Parat. Dia nampak marah sahaja tadi. Tidak pasti sama ada dia kalah atau menang.” jelas Hawk.


“Tak apa. Biarkan Raven. Aku mahu kau orang berdua tolong aku siapkan mesin ciptaan terakhir aku ini.” kata Parat sambil menunjukkan satu mesin yang masih belum disiapkan di dalam bilik kajiannya itu.

“Apa fungsi mesin ini Tuan Parat?” soal Ox.


“Kau akan ketahuinya nanti. Setelah Mesin ini siap, kita semua akan ke Pusat Bandar semula dan terus membuat perhitungan terakhir dengan Raz dan manusia.” jelas Parat.

Ketika Raven di dalam biliknya, riak wajahnya bercampur marah dan sedih. Terdapat persoalan yang bermain di mindanya.

“Bagaimana dia boleh berada di sini? Bagaimana?” kata Ravensendirian.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.