Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
50,086
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 4

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 4

‘Patah sayap, bertongkatparuh. Patah paruh bertelekan.’

_______________________________________________

     

     Hidup aku sebagai‘penganggur berDiploma’ tidak lama. Namun aku tetap puas enjoy dengan kehidupanaku yang bebas daripada segala bebanan hidup ketika itu. Lebih kurang 3 bulansahaja aku bebas menganggur. Kemudian aku ditawarkan kerja sebagai PegawaiPerkhidmatan Pelanggan di sebuah telco terkenal di Malaysia. Celcom.

 

     Yang menariknyakisah aku boleh menjawat jawatan ini. Dikisahkan begini, aku menerima sepucuksurat penggilan temuduga di Celcom di Kelana Jaya pada hari Selasa 14September. Namun aku terlupa tentang tarikh itu kerana 14 September adalahharijadi ku. Maka aku menyambutnya dengan teman-teman karibku, teman lelaki danperempuan. Kami membuat parti harijadiku di bilik hotel yang aku sewa khas diKuala Lumpur. Sehingga jam 3 pagi kami berhibur dalam parti harijadi tersebutsehingga aku pun tertidur di bilik hotel itu. Bersama teman wanita dan temanlelaki.

 

     Balik ke rumahkuketika itu dah lewat petang, hari yang sepatutnya aku ditemuduga. Aku sangkatemuduga aku di Celcom pada 15 September jadi aku membuat persiapan yangsepatutnya. Pada hari Rabu tersebut, aku bangun seawal subuh pagi dan memakaisuit lengkap bertali leher bersama fail sijil-sijil aku dan terus ke pejabatCelcom di Kelana Jaya.

 

     Setibanya dipejabat tersebut, aku terus naik ke pejabat Sumber Manusia di tingkat 12.Ketika itu aku berjumpa Eksekutif Sumber Manusia bernama Puan Seri, lalu akubertanya, “Assalamualaikum Puan. Saya Zulkefli. Hadir untuk temuduga jawatanPegawai Perhubungan Pelanggan hari ini.” Puan Seri menjawab, “Waalaikumsalam.Saya rasa temuduga semua dibuat semalam. Kamu ada dapat surat tak? Boleh sayatengok surat kamu?” Lalu aku mengeluarkan surat panggilan temuduga aku.

 

     Sah. Tarikhpanggilan temuduga pada 14 September. Semalam. Kantoi aku. Tapi Puan Seritersenyum lalu berkata, “Em.... betulkan semalam tarikhnya? Em....takpela EncikZul. Maybe dah rezeki kamu. Saya akan aturkan temuduga khas untuk kamu hariini. Sebab semalam pun ramai calon yang hadir tak layak untuk jawatan ini.Maybe kamu ada peluang. Grooming kamu pun ok. Smart. Handsome.” Dalam hatikuberkata, “Puan ni nak mengorat aku ke apa? Dah aku nervous nak nak kenainterview. Datang lak salah hari. Tak apa la, dah dia nak tolong aku adjust.Layan aje.”

 

     Lalu mulutkubersuara, “Boleh la puan kalau nak tolong aturkan temuduga khas untuk saya.Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik puan.” Tutur kata aku susundengan penuh sopan sebagai membalas jasa baik Puan Seri. “Ok, Encik Zul dudukdulu di ruang menunggu, nanti saya bagitau H.R Manager dan Senior Exec H.R.untuk temuduga khas.” Sambil dia menunjukkan tempat ruangan menunggu kepada ku.

 

     Lebih kurang 15minit aku menunggu, akhirnya aku dipanggil masuk ke bilik khas untuk temudugakhas itu. Seperti yang diberitahu, H.R. Manager dan Senior Exec H.R. yangmenjadi panel penemuduga. Pelbagai soalan diajukan kepada ku dalam BahasaMelayu dan Inggeris. Namun semuanya aku jawab dengan jelas dan teratur. Kalaunak cerita bab melayan pelanggan, bagi aku semudah melayan perempuan. Bukansebab apa, tapi perempuan ini kita kena layan dengan berhati-hati sepertimemegang gelas kaca yang akan jatuh berkecai kalau terjatuh. ‘Fragile’. Mudahpecah. Itulah perumpaan yang sesuai. Begitu jugalah melayan pelanggan. Hatipelanggan jangan disinggung. Pelanggan perlu disanjung. Baru mereka berpuashati dengan layanan yang kita berikan.

 

     Setengah jambersoal-jawab dalam sesi temuduga khas itu, akhirnya sesi temuduga pun tamat.Aku diberitahu oleh Puan Seri bahawa keputusan sama ada aku lulus atau tidakdalam temuduga jawatan ini akan diberitahu dalam masa 2 hari lagi.

 

     Seperti dijangka,dua hari selepas itu aku menerima panggilan telefon daripada pihak Sumber ManusiaCelcom memaklumkan bahawa aku lulus temuduga tersebut. Maka aku dipanggil untukmelaporkan diri di Celcom Jalan Ampang pada 1 Oktober akan datang.

 

     Pada tarikh 1Oktober itu aku hadir melapor diri untuk hari pertama sebagai PegawaiPerhubungan Pelanggan di Celcom Jalan Ampang. Aku hanya memakai kemeja putihlengan panjang dan bertali leher. Pakaian pejabat biasa. Ramai juga yang hadiruntuk melapor diri ketika itu. Namun aku terpandang seorang gadis. Kulit putihmelepak. Rambut panjang sehingga melebihi paras bahu. Dia memakai blaus skirtdan kot biru gelap. Agak aku dia perasan aku memandangnya dari tadi lalu diamenoleh dan tersenyum memandang aku seraya menegur, “Hai. Lapor diri jugak ye.Saya Siti.” Lalu dia menghulurkan tangan untuk berjabat tangan. Sepantas kilataku menyambut tangan itu. Dalam hatiku berkata, “Pergh. Lembutnya tangan anakdara ni. Dah lah lawa. Putih. Kulitnya halus lembut.” Aku bersuara, “Saya Zul.Zulkefli.” Style James Bond sebut nama. Hehehehe.

 

      Bermula daripadahari lapor diri itu, aku terus rapat dengan gadis bernama Siti Azlina ini.Daripada hari ke hari kami menjadi semakin intim. Siti ni asalnya dari Perlis.Anak saudara kepada salah seorang pembaca berita TV3 yang lawa tu. Padan la diapun sama lawa. Ikut makciknya la kot. Namun mak bapaknya telah bercerai. Maknyaseorang wanita berbangsa Cina. Waktu berkahwin dengan bapa Siti, maknyamenganut Islam. Namun selepas bercerai, maknya kembali menganut agama Budha.Bapa Siti pula seorang ahli perniagaan yang sibuk menguruskan perniagaan diJohor. Sebab itu, kulit Siti ini putih seperti ‘Ahmoi’ Cina. Siti jugamempunyai adik-adik daripada ibunya dengan suami baru ibunya yang juga sebangsaCina. Oleh itu, kehidupan Siti ini lebih bersikap terbuka dalam banyak hal. Diajuga kerap merokok dan sekali sekala minum minuman keras.

 

     Aku yang barumelangkah memasuki ‘dunia liar’ ini bertuah mempunyai teman wanita sepertiSiti. Segala yang aku tidak tahu diajar olehnya. Kehidupan lebih liberal Sitimembuat kami enjoy setiap masa. Ada kala Siti mengambil ganja bagi mengurangkantekanan hidup yang dihadapi akibat perpisahan mak dan ayahnya. Oleh keranasikap terbuka Siti ini, dia tidak kisah aku berkawan dengan mana-mana gadislain. Dan aku juga tidak kisah dia berkawan dengan mana-mana lelaki. Namun yangpenting kami mempunyai satu sama lain untuk mencurahkan rasa hati yang sama.

 

     Dalam masa akumempunyai Siti sebagai teman wanita aku, aku juga mempunyai peminat daripadakalangan pelanggan yang datang ke kaunter Celcom ini. Jika nak disebutkan namamemang ramai sampai aku tak ingat semuanya. Namun aku pernah ceritakan namasemua teman wanita aku itu kepada seorang kawan rapat aku bernama Rizal. HanyaRizal yang boleh mengingat setiap nama teman wanita aku beserta latar belakangmereka. Rizal umpama ‘hardisk hidup’ yang merekod butiran data setiap temanwanita yang aku kenal. Kekuatan memori minda Rizal amat aku kagumi. Dia bukansahaja boleh mengingat nama wanita-wanita tersebut, bahkan siap nama manja,tempat kerja, asal kampung, rupa bentuk badan dan pelbagai lagi data peribadimereka. Tanpa catatan pun. Hanya dengan ingatan di minda. “Periwayat aweks ku”,gelaran ku kepada Rizal.

 

    Antara teman wanita akuketika itu bernama Liza. Pelajar jurusan Undang-Undang Universiti KebangsaanMalaysia - UKM yang juga melanggan talian Celcom. Selalu hadir ke kaunterCelcom tempat aku bekerja sebulan dua kali hanya untuk membayar bil telefonsambil berjumpa aku.

 

    Liza adalah adalah anaksulung seorang Pegawai Kerajaan yang bertugas di Brunei. Ibu Liza adalah wargaBrunei namun bapanya warga Malaysia. Liza telah menuntut di UKM di sejak 4tahun lepas dan ini merupakan tahun akhirnya sebelum diijazahkan sebagaigraduan sarjana muda undang-undang. Bagi menghilangkan tekanan belajar, Lizatelah mempelawa aku menemaninya bercuti di Genting Highlands selama 2 hari.

 

    Aku pula baru balikbercuti selama 3 hari di Cameron Highlands dengan Siti. Namun demi untuk tidakmengecewakan hati pelanggan setia Celcom ini, aku terpaksa memohon cuti selama2 hari daripada majikan aku. Siti ada ternampak aku mengisi borang cuti laludia bertanya, “Awak bercuti nak ke mana? Kita kan baru balik dari bercuti?” Akumenjawab, “Oh terpaksa tolong bapa pasal bisnes dia. Handle customer dia katGenting Highlands.” Bukan aku nak berbohong. Tapi hati wanita kan ‘fragile’.Jadi kita kenalah jaga hati mereka. Yang kiri pelanggan. Yang kanan teman.Dua-dua wanita kan. Jadi ‘Fragile - Handle with care’.

 

     Kemudian Sitiberkata, “Wah. Genting Highlands. Bestnya. Saya pun lama tak pegi sana. Nakmain kat sana lah. Nanti awak lepas abis urusan keje family awak. Awak callsaya, nanti saya pegi sana. Kita stay sana semalam dua ke ye?” Aku tersenyumlalu menjawab, “Yelah awak. Saya uruskan hal bisnes family saya dulu ye”. Namundalam hatiku berkata, “Pergh. Tercabut lutut aku ni. Mau kena minum Tongkat Alidengan segala tongkat yang ada. Lepas Liza, Siti pulak. Adui. Nak ditolak, kangkecik hati pulak.” Namun aku mempunyai falsafah, ‘Patah sayap, bertongkatparuh. Patah paruh bertelekan.’ Akan aku lakukan apa sahaja demi mereka.

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.