Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
50,084
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 5

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 5

‘Ukiran Jiwa’

__________________________

Liza hanya seorang teman wanitasementara sahaja. Dia datang dan pergi dalam hidup ku. Umpama aku melaluikaunter tol – ‘touch and go’. Hubungan aku dengannya tidak serius mana.Berbanding aku dengan Siti Azlina.

 

Sikap keterbukaannya yang membuat akulebih serius dalam perhubungan ini. Namun jodoh Siti bukan dengan aku. Diatelah dirancangkan untuk dijodohkan dengan pilihan keluarga angkatnya. Iaituabang angkatnya sendiri.

 

Aku yang baru mengetahui hal ini terusbertanya kepada Siti. Di waktu pagi sebelum masuk ke pintu pejabat. Aku takhiraukan kakitangan lain yang bergegas masuk ke pejabat ketika itu. Bagi akuyang penting, penjelasan dari mulut Siti sendiri.

 

Dengan nada serius aku bertanya kepadaSiti, “Kenapa awak tak bagitau hal ini lebih awal kepada saya? Saya tak sangkaawak serius dengan abang angkat awak. Kenapa dia?”.

 

Siti dengan bergenang airmata menjawabdengan perlahan, “Saya tak plan awak. Ini pilihan keluarga angkat saya. Awaktau kan, saya terhutang budi banyak kepada mereka. Saya tak dapat kasih sayangseorang ibu dan ayah. Hanya kepada mereka tempat saya mengadu. Dah abang angkatsaya tu yang bagitau dia nak memperisterikan saya. Apa yang boleh saya buatawak? Saya terhutang budi kepada mereka semua. Awak faham?” Terus Sitimenangis.

 

Aku terdiam mendengar penjelasan Siti.Betul juga apa yang dikatakan Siti. Memang keluarga angkatnya itu yang menjagadirinya setelah mak dan ayahnya bercerai. Aku pun simpati dengan kehidupanSiti.

 

Bukan aku nak merampas kebahagianmereka. Tapi kenapalah abang angkat dia ni tak reti cari orang lain? Dah buatjadi adik angkat. Apahal nak kahwin pulak. Itu yang buat aku bengang sangat.Ini yang buat aku tak percaya main ‘adik angkat’, ‘abang angkat’ last-lastmemang ‘terangkat’ betul.

 

Ketika itu, Siti menangisteresak-esak. Kami melakonkan 'theater percuma' betul-betul di depan pintumasuk pejabat. Memang menjadi tumpuan orang ramai dan kakitangan yang lalulalang di situ.

 

Aku tak peduli itu semua. Namunkesedihan Siti sama seperti kesedihan yang aku rasa. Bezanya Siti dapatmeluahkan dengan airmata. Tapi aku? Lelaki. Takkan nak menangis depan pejabatni.

 

Demi menamatkan drama cinta pagi itu,aku pun bersuara, “Tak apa lah awak. Kalau dah itu jodoh awak. Dan kalau ituyang awak pilih. Saya terima ajelah. Walaupun pahit untuk ditelan. Semoga awakbahagia hendaknya. Terima kasih untuk segalanya.”

 

Itulah kata-kata terakhir aku kepadaSiti. Bukan aku nak salahkan dirinya, tetapi memang perpisahan itu pahit untukditerima.

 

Semenjak hari pementasan 'theaterpercuma' itu, aku dan Siti tak pernah bertegur sapa di tempat kerja.Masing-masing membuat hal masing-masing walaupun tidak sesibuk mana pun kerjakami.

 

Mungkin inilah maksud Pak Andak akudulu. Waktu bercinta memang sedap. Tapi bila putus cinta. Makan tak lalu. Tidurtak lena. Mandi tak basah. Semua tak kena saja.

 

Seingat aku, waktu itu aku pernah takmakan selama 3 hari. Hanya minum air saja. Sampai aku dimasukkan ke hospitalkerana disyakki sakit ‘Apendiks’. Rupanya gastrik sebab aku tak makan selama 3hari. Berat badan aku ketika itu turun 15kg dalam masa sebulan selepasperpisahan kami.

 

Masa berlalu amat pantas. Lebih kurangsebulan setengah selepas aku dan Siti ‘putus’, Siti pun melangsungkanperkahwinan dengan abang angkatnya. Aku terpaksa mengambil cuti selama seminggubagi merawat jiwaku yang terluka.

 

Rupanya beginilah rasa putus cinta.Mungkin kerana Siti merupakan cintaku yang pertama dan teman wanita yang amatmemahami jiwaku. Walaupun aku tiada rancangan nak berkahwin dengannya. Tetapiaku tak sangka pula dia akan berkahwin dalam usia semuda 25 tahun ini.

 

Bagi wanita mungkin 25 tahun waktuwajib mereka berkahwin. Tapi bagi aku tidak. Belum sampai seru aku lagi.

 

Waktu frust macam inilah sesuaimenjiwai watak Awie dalam filem 'Sembilu'. Naik motorsikal 'Chopper-easy rider'diiringi lagu ‘Ukiran Jiwa’ yang bait-bait liriknya seperti ini,

 

“Kedamaian yang kucari, masih belum terbukti,jauh lagi perjalanan ini. Jiwa tak pernah tenteram, kasih lama tenggelam dilubuk hati yang paling dalam. Berlumutlah ukiran impian, entah berapa lama.Harus ku nanti sinar kasih sayang, menyinari kembali. Dengan nada lagu danirama. Ku luahkan jua rasa kecewa. Semoga kau dapat mendengarnya. Semogaterbuka, pintu cintamu. Yang pasti hujan, tak berterusan. Matahari kan tetap,terus bersinar. Kini terbukti apa yang dinanti. Dengan rela kulepaskan kaupergi.......”

 

Tapi aku teringat pesan bapaku. Diapernah berkata, “Zul. Lelaki tak boleh menangis. Lelaki kena kuat. Dalam hatimenangis tak apa. Tapi air mata tak boleh keluar. Barulah namanya laki. Kalautak nanti orang kata pondan.”

 

Demi mengingat pesan bapaku itulah akutak mengalirkan airmata. Walau apa pun sebabnya. Hati menangis tak siapa tahu.

 

Mungkin hatiku belum kuat untukbermain cinta. Cinta pertama bagi ku amat pahit penamatnya. Tak apa. Orangputih kata, “Practice make perfect”.

 

Jadi untuk menjadikan hati aku kuat.Maka aku perlu bercinta dan putus cinta, agar hati aku menjadi kuat dan lalidengan semua cinta. Akan aku uji hipotesis ini.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.