Bab 1 – Pengenalan diri - Aku Bukan Playboy
Aku bernama
Zulkefli bin Shamsudin. Kini berumur 65 tahun. Tinggal di Tanah Rancangan
Felcra di Seberang Perak. Alhamdulillah. Walaupun kini aku tergolong dalam
golongan ‘warga emas’, namun aku tetap bersyukur dengan ketentuan yang
diberikan Ilahi. Mempunyai seorang isteri yang masih hidup kerana seorang lagi
isteriku telah menyambut seruan Ilahi. Dikurniakan 5 orang anak. 3 orang anak lelaki
dan 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan dengan kedua-dua isteri ku. 4 bulan lepas aku baru mendapat seorang lagi cucu lelaki yang menjadikan jumlah cucuku
kini semuanya 7 orang.
Duduk di
bangku depan halaman rumahku sambil melihat pemandangan sawah padi yang kini
sedang menunggu waktu untuk dituai. Hela nafasku dihembus keluar bersama
kepulan asap rokok nusantara kegemaran aku semenjak muda dahulu. Waktu kini
lebih kurang 6 petang dan aku menanti waktu senja untuk aku ke surau bagi solat
Maghrib berjemaah nanti. Petang ini aku keseorangan kerana isteri, anak-anak
dan cucu-cucuku semuanya pergi ke Bandar Teluk Intan untuk berjalan-jalan dan
membeli barang-barang keperluan dapur. Aku pula lebih selesa berehat di rumah.
Pemandangan
sawah padi di hadapanku kini semuanya berwarna kuning diselang-seli batang padi
hijau kegelapan kerana padi semuanya telah masak dan menunggu waktu untuk
dituai menggunakan jentera penuai padi yang memang telah sedia berhampiran
petak-petak padi yang ingin dituai. Sunyi sepi. Sesekali angin petang lembut
menghembus tubuhku yang dibaluti t-shirt pagoda putih ini.
Sesekali
mataku fokus ke titik-titik pandangan yang jauh. Dapat ku lihat hujung pelepah
kelapa yang menari ke kiri dan kanan mengikut alunan angin yang bertiup. Sejauh
aku memandang dengan mataku, sejauh itu pula fikiran aku jauh melayang.
Menyingkap sejarah silam hidupku.
Kisah
aku sekitar 40 tahun dahulu. Waktu itu umur aku baru 25 tahun. Tahun 2004. Baru
menamatkan pengajian Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara -
UiTM di Shah Alam, Selangor. Lulus cukup-cukup makan untuk mendapat diploma
itu. Waktu itu aku baru mula mengenal ‘perhubungan sebenar lelaki dan wanita’. Iaitu
beza perhubungan antara ‘mahram’ dan perhubungan yang ‘haram’. Ini adalah
kisahku...
Aku
lahir sebagai anak usahawan yang hidup penuh kemewahan. Ibu dan bapaku adalah
peniaga perabot jati yang sangat berjaya dan maju dengan perniagaan mereka.
Walaupun ibu dan bapaku tidak bergelar Datuk atau Datin, namun mereka adalah
idola aku dalam dunia perniagaan. Aku lahir sebagai anak tunggal dalam
kemewahan hidup pasangan suami isteri bernama Shamsudin dan Aminah. Sejak lahir
hingga dewasa, hidupku tidak pernah berasa susah seperti anak orang lain. Namun
ibu dan bapaku bukan jenis orang kaya yang kedekut. Mereka sering bersedekah
kepada orang susah dan mereka yang memerlukan. Seingat aku, semenjak aku kecil
hingga dewasa, Hari Raya Pertamaku pasti disambut bersama anak-anak yatim di kebanyakan
rumah anak yatim di sekitar Lembah Klang ini. Kerana didikan ibu dan bapaku
yang mengajar aku untuk membantu orang yang memerlukan, maka kemewahan aku
sentiasa dikongsi bersama rakan-rakan sekelilingku.
Mungkin
kerana itu, ramai rakan aku kebanyakkannya mengambil kesempatan di atas
kemurahan diri sebagai orang yang suka bersedekah dan membelanja rakan-rakan.
Sehinggalah aku tamat pengajian di UiTM Shah Alam dengan diploma cukup-cukup lulus
aku, ramai rakan yang melekat di sekeliling aku. Terutamanya kaum ‘hawa’.
Bukan
aku nak membangga diri tetapi ini adalah hakikat kehidupan aku. Aku lahir dari
keturunan Jawa di sebelah bapaku dan Melayu di sebelah ibuku. Maka wajahku yang
kacak, kulitku yang putih melepak dan tubuh badanku yang sedang-sedang tidak
berapa tinggi dan tidak berapa rendah, adalah kerana faktor keturunan keluarga.
Mungkin
kerana ke’handsome’man dan kekayaan keluarga aku, menjadikan aku sebagai
tumpuan kebanyakkan perempuan dari kecil hingga dewasa. Namun sejak aku
bergelar pelajar UiTM, kesemua godaan perempuan, termasuk pensyarah perempuan
aku tolak ketepi. Ini kerana Pak Andak aku pernah berpesan sewaktu aku menerima
tawaran masuk ke UiTM. Katanya, “Zul, kau dah masuk universiti ni, jangan nak
main cinta-cinta. Masa bercinta memang sedap. Tapi nanti masa frust bercinta,
buku ke mana, kau pun entah ke mana. Last-last nanti, semua ‘fail’. So sebelum
kau ‘fail’ dalam exam nanti dan Pak Andak tau kau main cinta-cintun dengan
perempuan, kau nanti Pak Andak terajang. Supaya kau tak ‘fail’ sebab frust
bercinta. Faham?”. Dengan wajah menunduk ke lantai, aku menjawab, “Faham Pak
Andak”.
Hanya
kerana pesanan Pak Andak itulah membuatkan aku tidak berani bercinta sewaktu
bergelar pelajar UiTM ini. Bukan sahaja bercinta, malah hendak melayan teguran
perempuan pun aku malas. Takut aku kena terajang dengan Pak Andak kalau dia
tahu aku bercinta.
Tapi itu
dulu. Mula aku masuk daftar UiTM tahun 2000 hingga aku tamat tahun 2004. Orang
buat diploma 3 tahun, tapi aku buat diploma 4 tahun. Sebab aku sangat mencintai
ilmu. Membuatkan aku sentiasa ingin mengulang balik subjek-subjek yang telah
aku pelajari dalam setiap semester berulang kali. Hehehehe. Ini alasan untuk
orang yang ‘repeat’ paper sebab gagal dalam exam. Bak kata kawan-kawan aku,
biasa la. Lelaki memang belajar slow. Sebab kita tak pandai bab teori ni. Kita
lelaki lebih kepada praktikal dan ‘eksperimental’. Heheheh.
Jadi
start je aku tamat last paper exam tahun akhir di UiTM tu, maka confirm la aku
menjadi ‘penjual anggur’ sepenuh masa. Bak kata lain, penganggur ber’diploma’.
Aku tak kisah pasal result exam. Sebab aku tau pasti lulus. Sebab apa? Sebab
aku dah tulis surat rayuan kepada setiap pensyarah yang mengajar aku di tahun
akhir itu dan aku selitkan bawah pintu pejabat mereka. Surat bukan setakat
merayu, malah mengampu, menangis pun boleh surat tu bagi pihak aku. Sebab aku
ceritakan dalam surat itu, aku ni anak Melayu yang ingin maju dalam pelajaran
namun faktor ‘kelupaan’ keturunan Melayu dalam otak aku memang tak boleh
diketepikan. Kan pepatah ada kata, ‘Melayu mudah lupa’. Jadi apa salahnya aku
terlupa sekali sekala kepada jawapan yang betul. Bukan aku tak tau jawapan yang
benar, cuma ‘Melayu mudah lupa’ ini menjadi sifat kewajipan aku setiap kali
menjawab exam. Hehehehe. Panjang surat tu aku taip dan fotostat serta hantar kepada
semua 5 orang pensyarah aku. So aku pasti mereka tak sanggup gagalkan seorang
anak Melayu yang berjiwa murni seperti aku.
Bab
penganggur ber’diploma’ ni aku tak kisah sangat. Kan aku dah citer atas tu, aku
ni anak peniaga yang berjaya. Hidup dalam kemewahan. Jadi bagi menghilangkan ‘tension’
sebab belajar, konon-kononnya, aku mengambil keputusan untuk enjoy sepuas hati.
Lagi pulak, aku dah tak terikat dengan amaran ganas Pak Andak aku. Sebab aku
bukan pelajar Universiti lagi. Aku kini Pemegang lesen ‘Penganggur berDiploma’.
Jadi
langkah aku yang pertama untuk enjoy, mestilah bukan pegi masjid. Nak enjoy
kena la pegi ‘Club’ atau orang zaman purba panggil pegi Disko. Hehehe. Tapi nak
pegi solo ke ‘Club’ ini macam tak cukup syarat. Sebab pergi ke ‘Club’ ni kena
berjemaah dengan perempuan. Oleh itu, aku ambil masa dalam 2 3 jam untuk aku
main chatting di internet. Dalam dunia MiRC chat ni macam-macam perempuan ada.
Kita tinggal pilih je. Dalam 2jam setengah, aku dah dapat 3 orang perempuan
untuk meneman aku ke ‘Club’ malam nanti. Tapi 3 perempuan dengan aku sorang
laki, masih tak cukup sifat, jadi aku mintak si Ana ni carikan sorang lagi
kawan perempuan dia. Jadi 4 perempuan dengan aku sorang laki baru lah mantap
barisan kawad masa berjalan nanti. Dua perempuan di kiri aku dan dua di kanan
aku.
Seperti
yang aku janjikan kepada ‘girls’ tadi, jam 8.00 malam siap. Aku jemput mereka
di ‘bus stop’ dekat rumah masing-masing. Bukan tak nak berbudi bahasa, datang
jemput mereka di depan pintu rumah mereka. Cuma takut kot bapak atau
abang-abang mereka nanti cam muka aku bawa keluar anak dara mereka malam dan
hantar pagi esoknya. Hehehe. Sebelum kantoi lebih baik amalkan langkah
keselamatan awal.
Mula-mula
aku jemput Siti, sebab rumahnya di Sg Jelok, Kajang. Dekat rumah aku di Bt. 10
Cheras. So lepas ambil Siti, aku terus ambil Ita di Sg Ramal. Kemudian last
sekali aku ambil Ana dan rakannya nama Wani. Menaiki Proton Perdana V6 milik
bapaku, rasa hebat sungguh aku malam itu.
Destinasi
malam itu adalah ‘Club’ di Ampang Park yang aku tak tau namanya. Aku tau ade ‘Club’
je di situ. Mereka berempat ni pula dah biasa dengan ‘Club’ jadi bila ada
lelaki macam aku ajak nak belanja mereka ke ‘Club’ umpama ‘Orang mengantuk
disorongkan bantal la’. Sampai di pintu masuk ‘Club’ aku ditahan pengawal pintu
@ tukang pukul ‘Club’ itu dan meminta aku membayar ‘entry fee’. Aku tanya, “Berapa?”
Pengawal tu menjawab, “Laki masuk RM30 sekali ‘free 1st drink’. Perempuan masuk
free. Takde free drink.” Aku pun memberinya sekeping RM50 sambil berkata, “Keep
the change”. Pergh. Sekali masuk ‘Club’ terus pandai cakap orang putih aku.
Tapi cakap bahasa jawa tak reti jugak aku sampai sekarang.
Masuk je
ke dalam ‘Club’ sambil diiringi di kiri ku, Siti dan Ita. Sambil di kanan ku,
Ana dan Wani. Tersenyum panjang ‘girls’ ni sebab dapat masuk ‘Club’ dan segala
perbelanjaan ditanggung aku. Tapi aku pelik, tang mana aku kena bayar untuk
mereka ni. Sebab mereka masuk ‘Club’ ni free. Kemudian Siti bertanya aku, “Zul.
Awak dapat first drink free ni, awak minum ke?” Aku pun menaikkan kening mata
kiri dan menjawab, “Eh mesti la minum. Air kita boleh pilih kan?” Hehehe, lupa
nak cerita ni pengalaman pertama aku masuk ‘Club’. Jadi aku ingat macam masuk
pusat karaoke je kot. Lalu Ana menambah, “Mana ade pilih air la Zul. First
drink tu Vodka la. You minum ke Vodka?” Terkaku aku sebentar. Vodka? Mak ai,
air haram ni memang tak pernah aku diajar minum. Jadi lebih baik aku hindari
aje. Lalu aku berkata, “Oh kalau Vodka tu, I memang tak nak la. Sakit tekak
malam ni. I ingat nak minum mineral water je.” Alasan aku biar nampak tak bodoh
sangat masuk ‘Club’ ni. Rupanya bebudak perempuan ni suka aku bawa mereka masuk
‘Club’ sebab nak aku belanja mereka minum air haram ni la. Lantak korang la nak
minum air apa pun. Aku bawak RM500 je malam ni. Abis duit ni nanti, korang
minum la air Sungai Klang yang percuma kat sini. Hehehehe.
Selepas
kami mengambil air yang dipesan di bar, terus kami duduk di kerusi berbentuk ‘U’
dihujung gelap dalam ‘Club’ tersebut. Aku duduk di tengah-tengah. Siti dan Ita
di kiri ku. Ana dan Wani di kanan ku. Sambil tangan aku melebarkan tangan
umpama sayap di belakang bahu Siti dan Wani. Ketika dalam kegelapan suram
diselang seli cahaya lazer dalam ‘Club’ sambil dentuman muzik yang menghentak jantung
kami, aku terperasan ramai lelaki dalam ‘Club’ ini yang memandang aku secara
pandangan sinis. Seperti tidak berpuas hati dengan apa yang aku ada di kiri dan
kanan ku. Dalam hatiku berkata, “Apahal lak dia orang ni. Aku bawak pompuan
suka hati aku la nak kepit kiri dan kanan. Kalau korang nak awek-aweks macam
aku dapat ni, bawak la sendiri. Apahal lak tak puas hati nak mandang-mandang.
Kang aku cungkil bijik mata baru tau.” Hehhehe. Sambil tu aku senyum kepuasan. ‘Dance
music’ atau lagu disko terus berkumandang dan setiap lantunan bunyi drum atau
bass akan menhentak bersama jantung kita yang berada dalam ‘Club’ ini.
Lebih
kurang 3 minit kami duduk di kerusi berbentuk ‘U’ itu, Siti lantas bangun dan
berkata, “Jom guys, kita dance.” Wani dan Ana pun menjawab, “Ahah. Jom” Lalu
mereka bertiga pun bangun pergi ke ruangan menari. Ita pula berkata, “I nak
abiskan smoke ni dulu. Kang I pun nak dance. You nak dance dengan I tak?” Ita
bertanya kepada aku. Aku menggelengkan kepala sambil tangan ku mengeluarkan
sebatang rokok dan letakkan di bibir untuk dinyalakan. Aku lebih selesa duduk
di kerusi ini sambil menghayati situasi dalam ‘Club’ ini. Di atas meja depan ku
adalah air mineral dalam botol kecil yang aku beli dengan harga RM10 di Bar
tadi. Kejadah punya ‘Club’. Air mineral botol kecil RM10 dia jual. Air vodka
yang haram tu dia jual RM5 je pulak. Lantak korang la ‘girls’, nak minum sampai
mabuk. Aku bayar aje. Tapi aku tak minum. So aku takkan mabuk dengan minum air
mineral ni kan? Heheheh.
Selepas keempat-empat
perempuan yang kubawa tadi pergi menari di lantai tarian, aku tersenyum kelakar
melihat mereka menari sesuka mereka. Tiada corak tarian atau tidak mengikut rentak
muzik, semuanya hanya menggoyangkan badan dan kepala sesuka hati. Aku rasa
bebudak ni dah separuh mabuk atau khayal. Heheheh. Senyum je aku sorang. Ketika
ini aku berkata dalam hati, “Hebat juga aku ni ye. Dapat bawak 4 aweks
sekaligus. Ini baru namanya enjoy. Aku rasa bebudak laki yang tengok aku macam
tak puas hati tadi, mesti fikir aku ni ‘Player’ hebat. Hahahaha.” Gelak aku
dalam hati. Hakikatnya, aku bukan ‘Player’ atau ‘Playboy’. Cuma nasib aku baik
dan aku bijak menggunakan segala yang aku ada. Kemewahan harta.
Sebenarnya,
tujuan aku enjoy malam ni pun bersebab. Yang pertama, aku nak ‘test’ ketajaman
aku ‘mengayat’ perempuan untuk bawa keluar malam ni. Hasilnya aku lulus
cemerlang sebab berjaya bawa keluar 4 orang perempuan sekaligus. Malah tak
bergaduh sesama sendiri pun. Semuanya ‘sporting’ dan ‘open minded’. Keduanya,
aku nak mengalami sendiri suasana dalam disko atau ‘Club’ tempat muda-mudi
menari ni. Ada orang kata best. Ada orang kata bising. So sekarang aku dah ada
dalam ‘Club’, baru aku faham perasaan berada dalam ‘Club’ ini.
Ketiganya, aku
nak tengok, lepas bebudak perempuan berempat ini mabuk, aku kena anta mereka
balik kan? Sebab mereka mabuk tapi aku tak mabuk. So takkan aku nak hantar
mereka balik rumah dalam keadaan mereka tak sedarkan diri itu kan? Jadi apa
yang aku nak buat dengan mereka berempat kejap lagi? Apa yang akan jadi dengan
Siti, Ita, Ana dan Wani selepas ‘Club’ ni ditutup jam 2 pagi sebentar lagi? Hehehehe.
Nak tau apa aku akan buat kepada mereka? Akan ku ceritakan dalam bab 2.