Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
50,081
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 7

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 7

 “Di sana menanti, di sini menunggu”

_______________________________

Setelah ketiadaan Silvia di sisi, masalapangku banyak dihabiskan dengan rakan-rakan. Aku mula mencari rakan-rakanlama yang telah lama tidak dihubungi. Kebetulan pada satu malam, aku tersalahdail no telefon. Panggilan itu telah dijawab seorang gadis.

 

Aku memperkenalkan diriku sebagai Zulkepada gadis yang menjawab telefon itu. Gadis itu pula menyangka aku sebagaiteman lamanya yang juga bernama Zul. Ketika itu dia bertanya aku pelbagaisoalan semacam telah lama mengenali diriku.

 

Aku terus melayan. Padahal aku dah tausalah orang. Hehehe. Sembang punya sembang sampai aku kantoi tak tau nak jawabapa. Sebab dia tanya aku kenapa lama tak balik kampung di Sabah? Heheheh partitu aku dapat tangkap, Sabahan rupanya gadis ini.

 

Terus lah aku buka cerita sebenar.“Saya Zul. Tapi Zulkefli.” Terus terdiam awek tu. Lantas aku bertanya, “Awaknama siapa ye?”

 

Dia diam seketika. Mungkin malu.Kemudian dengan perlahan menjawab, “Saya Sue. Maaf ye awak. Saya ingat kawanlama saya. Nama dia Zul juga.”

 

Sue berasal dari Tawau, Sabah. Duahari berbual mesra di telefon, aku terus mengatur janji temu kami yang pertama.Kira ‘blind date’ lah. Dia meminta aku mengambilnya di asrama jururawat dalamPusat Perubatan Universiti Malaya – PPUM kerana dia merupakan pelajar jurusanjururawat di situ.

 

Jam 8.30 malam aku tiba di parkingasrama tersebut.

 

Dari kejauhan nampak dia berjalan kearah keretaku. Kataku dalam hati, “Omak ai, lawanya awek ni.”

 

Body cantik. Gred A. Ukuran badan 36,24, 34. Tinggi lebih kurang 5kaki 4inci. Muka berbentuk oval. Kulit putihmelepak. Memang standard Sabahan semua putih-putih. Badannya tidak terlalukurus dan tidak terlalu berisi. Gebu. Memang ‘taste’ aku ni. Rambut panjangdibiarkan lepas paras dada. Berkasut tumit tinggi sesuai dengan ‘dinner dress’labuh warna cream.

 

Langkahnya disusun penuh sopan. Sambilberjalan ke arah ku. Senyum mesra. “Adui. Bahan baik ni.” Kataku dalam hati.

 

Setibanya hampir dengan keretaku, akumula menegur, “Assalamualaikum. Saya Zul yang call awak tu.” Sambil akumenghulurkan tangan bersalam.

 

Dia pun menyambut salamku, “Waalaikumsalam. Saya Sue. Maaf ye haritu saya salah orang. Ingat awak kawan lama saya.”Kami ketawa kecil bersama sebab sama-sama tersilap.

 

Aku mempelawa dia masuk ke dalamkereta dan mengajaknya makan di sebuah restoran di Pusat Bandar Kuala Lumpur.Dia bersetuju. Sambil memandu kami berbual mesra. Namun aku banyak bertanyatentang latar belakang dirinya.

 

Menurut Sue, dia anak yang sulung.Berasal dari keluarga petani di Sabah. Keluarga yang sederhana. Mempunyaiseramai 6 orang adik-adik yang masih kecil. Mujur dia belajar jurusanjururawat. Tidak perlu membayar apa-apa bayaran bahkan mendapat elaun sebabbelajar sambil bekerja. Ditanggung kerajaan.

 

Niatnya ingin mengubah nasib keluargadi kampung. Maka dia ingin belajar dan bekerja bersungguh-sungguh agar dapatlulus sebagai pelajar dan menjawat jawatan tetap sebagai jururawat di PPUM ini.Aku kagum dengan semangatnya.

 

Katanya lagi, dia tiada saudara-maradi Kuala Lumpur atau Semenanjung Malaysia. Jadi dia ‘survive’ hidupsorang-sorang di sini. Dua tahun sekali baru dia akan balik kampung di Sabah,itupun jika ada duit yang mencukupi. Sedih pulak aku dengar kisah hidupnya.

 

Namun gadis secantik Sue ini tidakharus disia-siakan. Terus aku pasang niat untuk membantu dan menjaganyasepanjang dia berada di sini. Setakat wang ringgit bukan masalah untuk aku.Orang susah kita kena tolong. Dah memang aku diajar sejak kecil. Lagi-lagipulak awek lawa macam dia ni. Memang lagi wajib la kena tolong. Hehehehe.

 

Bermula malam janji temu ‘blind date’kami yang pertama, hubungan kami menjadi terus mesra. Dalam masa tak sampai duaminggu. Maklumlah Sue tiada saudara atau teman rapat di KL ini. Hanya aku lahtempat dia mengadu.

 

Aku pula memang tengah kesoranganmenunggu kepulangan Silvia. Hari demi hari aku berbual di telefon dengan Sue.Berjumpa sekali sekala untuk makan bersama. Akhirnya aku jatuh hati denganlayanan yang diberikan Sue kepada ku.

 

Lalu aku mengajak Sue pergi bercutidenganku di ‘rest house’ keluargaku di Fraser’s Hill. Sue yang memang tidakpernah menjelajah Semenanjung Malaysia ini berasa amat teruja denganpelawaanku.

 

Namun aku berterus terang dengan Suesebelum kami bergerak ke Fraser’s Hill. Kataku, “Sue, awak ok ke nanti stay katrumah sana tu kita berdua je. Yelah, bilik memang ade 3 bilik. Tapi dalam rumahtu kita berdua je. Kita pulak stay sana 3 hari. Ok ke?”

 

Sue menjawab ringkas, “Ok je.”

 

Dalam hatiku, “Budak ni faham ke akubawak dia pegi sana nak buat apa dengan dia? Ke dia buat tak faham atau memangdia tahu tapi malu? Ni nak kena siasat ni.”

 

Setibanya kami di ‘rest house’keluargaku di Fraser’s Hills, memang seperti yang dijangka. Tiada sesiapa disitu kerana ibu dan bapaku berada di rumah Cheras dan tiada urusan perniagaandi mana-mana. Mereka hanya berehat di rumah sahaja. Penjaga rumah pula telahmelengkapkan segala keperluan dapur di rumah itu mengikut arahanku.

 

Aku pun memunggah barang dari keretadan membawa masuk ke dalam rumah. Rumah ini adalah jenis Banglo 2 tingkat.Tingkat atas adalah master bedroom yang dilengkapi pejabat tempat bapakumembuat urusan kerjanya. Tingkat bawah terdapat 2 bilik yang besar untuk tetamuyang datang ke rumah ini.

 

Aku bertanya kepada Sue ketika akumengangkat begnya, “Beg awak ni nak letak kat bilik mana?”

 

Sue menjawab, “Saya duduk di bilikyang awak duduk la. Tak nak saya duduk sorang-sorang. Takut. Hehehe” Sambil diatergelak kecil.

 

Aku pula tergelak besar, “Hahahaha.Awak duduk dengan saya sebilik ye?”

 

Jawabnya, “Yelah”.

 

Selesailah siasatan aku. Tak perlutanya banyak. Kejap lagi mulakan operasi saja. Dah dia bagi ‘green light’.Kalau tak faham lagi tu, bahalol sangat la aku. Hahahaha.

 

Percutian kami selama 3 hari diFraser’s Hill amat berbaloi. Hanya lebih kurang setengah hari sahaja kamimenghabiskan masa di luar rumah untuk riadah dan lawatan ringkas. Selebihnyamasa kami dihabiskan di dalam rumah.

 

Lebih tepat lagi, hanya di dalam biliksahaja. Mujurlah bilik itu dilengkapi semua peralatan, TV, Astro, Peti Ais danBath Tub. Yang paling penting katil saiz King untuk kami beraksi.

 

Makin lama aku dengan Sue, makin akuterpaut hati dengan dirinya. Dia pandai melayan aku baik dari segala segi.Namun yang penting, dia suka memasak dan menghidangkan aku dengan pelbagaimasakan hasil air tangannya sendiri. Semuanya sedap-sedap belaka.

 

Dalam hatiku berkata, “Sue ni kalaubuat bini, memang sesuai sangat. Putih. Gebu. Pandai masak. Lemah lembut. Aduimasalah aku ni. Aku tak nak kahwin lagi. Tapi dia ni sesuai sangat buat bini.Layanan semua best. Terbaek. Gred A plus plus.”

 

Sedang aku menunggu Sue memasak didapur yang dilengkapi segala bahan-bahan mentah dan segar yang dibeli siap olehpenjaga rumah ini, aku terlihat kalendar di dinding rumah ini.

 

Hatiku terus berkata, “Alamak, minggudepan dah mula cuti sekolah. Sure Silvia balik KL. Serabut gak ni nak handle.Yang kiri Sue. Yang kanan Silvia. Di sana menanti, di sini menunggu.”

 

Terus aku teringat rangkap-rangkaplirik lagu kumpulan Ukay’s,

 

“Seumur hidup aku, ini yang pertama,pintu hatiku diketuk oleh dua wanita, punyai ciri selama ini ku cari, berbezawajah ayunya tetap asli.

 

Kalau ku pilih di sini, apa kata disana. Kalau ku pilih di sana, di sini akan terluka. Perlukah aku pilihkeduanya, bahagi kasih seadil-adilnya.

 

Sungguh ku merasa resah untuk menilaisesuatu yang indah, namunku ada pepatah yang aku gubah.

 

Di sana hanyalah menanti, sampai bilapun ku tak pasti, bertanya khabar melalui tinta, jarang sekali bertemu muka,namun ku tahu dia setia.

 

Dan di sini tetap menunggu, beradajelas di mataku. Kasih tak luak terhadap aku, sanggup menunggu kata putusku,sayang ketabahan mu menawanku.....”

 

“Awak, mari makan.” Lamunan kuterhenti. Sue mengajak aku makan tenghari yang telah disiapkan di atas meja.

 

Aku memandang Sue. Baiknya layanan Suekepadaku. Takkan sanggup aku nak berterus terang kepadanya tentang Silvia. Apayang harus aku lakukan kini?

Previous: Bab 7
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.