Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
50,081
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 1

     Aku bernamaZulkefli bin Shamsudin. Kini berumur 65 tahun. Tinggal di Tanah RancanganFelcra di Seberang Perak. Alhamdulillah. Walaupun kini aku tergolong dalamgolongan ‘warga emas’, namun aku tetap bersyukur dengan ketentuan yangdiberikan Ilahi. Mempunyai seorang isteri yang masih hidup kerana seorang lagiisteriku telah menyambut seruan Ilahi. Dikurniakan 5 orang anak. 3 orang anaklelaki dan 2 orang anak perempuan hasil perkahwinan dengan kedua-dua isteri ku.4 bulan lepas aku baru mendapat seorang lagi cucu lelaki yang menjadikan jumlahcucuku kini semuanya 7 orang.

     Duduk di bangkudepan halaman rumahku sambil melihat pemandangan sawah padi yang kini sedangmenunggu waktu untuk dituai. Hela nafasku dihembus keluar bersama kepulan asaprokok nusantara kegemaran aku semenjak muda dahulu. Waktu kini lebih kurang 6petang dan aku menanti waktu senja untuk aku ke surau bagi solat Maghribberjemaah nanti. Petang ini aku keseorangan kerana isteri, anak-anak dancucu-cucuku semuanya pergi ke Bandar Teluk Intan untuk berjalan-jalan danmembeli barang-barang keperluan dapur. Aku pula lebih selesa berehat di rumah.

     Pemandangan sawahpadi di hadapanku kini semuanya berwarna kuning diselang-seli batang padi hijaukegelapan kerana padi semuanya telah masak dan menunggu waktu untuk dituaimenggunakan jentera penuai padi yang memang telah sedia berhampiran petak-petakpadi yang ingin dituai. Sunyi sepi. Sesekali angin petang lembut menghembustubuhku yang dibaluti t-shirt pagoda putih ini.

     Sesekali matakufokus ke titik-titik pandangan yang jauh. Dapat ku lihat hujung pelepah kelapayang menari ke kiri dan kanan mengikut alunan angin yang bertiup. Sejauh akumemandang dengan mataku, sejauh itu pula fikiran aku jauh melayang. Menyingkapsejarah silam hidupku.

     Kisah aku sekitar40 tahun dahulu. Waktu itu umur aku baru 25 tahun. Tahun 2004. Baru menamatkanpengajian Diploma Pentadbiran Awam dari Universiti Teknologi Mara - UiTM diShah Alam, Selangor. Lulus cukup-cukup makan untuk mendapat diploma itu. Waktuitu aku baru mula mengenal ‘perhubungan sebenar lelaki dan wanita’. Iaitu bezaperhubungan antara ‘mahram’ dan perhubungan yang ‘haram’. Ini adalah kisahku...

     Aku lahir sebagaianak usahawan yang hidup penuh kemewahan. Ibu dan bapaku adalah peniaga perabotjati yang sangat berjaya dan maju dengan perniagaan mereka. Walaupun ibu danbapaku tidak bergelar Datuk atau Datin, namun mereka adalah idola aku dalamdunia perniagaan. Aku lahir sebagai anak tunggal dalam kemewahan hidup pasangansuami isteri bernama Shamsudin dan Aminah. Sejak lahir hingga dewasa, hidupkutidak pernah berasa susah seperti anak orang lain. Namun ibu dan bapaku bukanjenis orang kaya yang kedekut. Mereka sering bersedekah kepada orang susah danmereka yang memerlukan. Seingat aku, semenjak aku kecil hingga dewasa, HariRaya Pertamaku pasti disambut bersama anak-anak yatim di kebanyakan rumah anakyatim di sekitar Lembah Klang ini. Kerana didikan ibu dan bapaku yang mengajaraku untuk membantu orang yang memerlukan, maka kemewahan aku sentiasa dikongsibersama rakan-rakan sekelilingku.

     Mungkin keranaitu, ramai rakan aku kebanyakkannya mengambil kesempatan di atas kemurahan dirisebagai orang yang suka bersedekah dan membelanja rakan-rakan. Sehinggalah akutamat pengajian di UiTM Shah Alam dengan diploma cukup-cukup lulus aku, ramairakan yang melekat di sekeliling aku. Terutamanya kaum ‘hawa’.

     Bukan aku nakmembangga diri tetapi ini adalah hakikat kehidupan aku. Aku lahir dariketurunan Jawa di sebelah bapaku dan Melayu di sebelah ibuku. Maka wajahku yangkacak, kulitku yang putih melepak dan tubuh badanku yang sedang-sedang tidakberapa tinggi dan tidak berapa rendah, adalah kerana faktor keturunan keluarga.

     Mungkin keranake’handsome’man dan kekayaan keluarga aku, menjadikan aku sebagai tumpuankebanyakkan perempuan dari kecil hingga dewasa. Namun sejak aku bergelarpelajar UiTM, kesemua godaan perempuan, termasuk pensyarah perempuan aku tolakketepi. Ini kerana Pak Andak aku pernah berpesan sewaktu aku menerima tawaranmasuk ke UiTM. Katanya, “Zul, kau dah masuk universiti ni, jangan nak maincinta-cinta. Masa bercinta memang sedap. Tapi nanti masa frust bercinta, bukuke mana, kau pun entah ke mana. Last-last nanti, semua ‘fail’. So sebelum kau‘fail’ dalam exam nanti dan Pak Andak tau kau main cinta-cintun dengan perempuan,kau nanti Pak Andak terajang. Supaya kau tak ‘fail’ sebab frust bercinta.Faham?”. Dengan wajah menunduk ke lantai, aku menjawab, “Faham Pak Andak”.

     Hanya keranapesanan Pak Andak itulah membuatkan aku tidak berani bercinta sewaktu bergelarpelajar UiTM ini. Bukan sahaja bercinta, malah hendak melayan teguran perempuanpun aku malas. Takut aku kena terajang dengan Pak Andak kalau dia tahu akubercinta.

     Tapi itu dulu.Mula aku masuk daftar UiTM tahun 2000 hingga aku tamat tahun 2004. Orang buatdiploma 3 tahun, tapi aku buat diploma 4 tahun. Sebab aku sangat mencintaiilmu. Membuatkan aku sentiasa ingin mengulang balik subjek-subjek yang telahaku pelajari dalam setiap semester berulang kali. Hehehehe. Ini alasan untukorang yang ‘repeat’ paper sebab gagal dalam exam. Bak kata kawan-kawan aku,biasa la. Lelaki memang belajar slow. Sebab kita tak pandai bab teori ni. Kitalelaki lebih kepada praktikal dan ‘eksperimental’. Heheheh.

     Jadi start je akutamat last paper exam tahun akhir di UiTM tu, maka confirm la aku menjadi‘penjual anggur’ sepenuh masa. Bak kata lain, penganggur ber’diploma’. Aku takkisah pasal result exam. Sebab aku tau pasti lulus. Sebab apa? Sebab aku dahtulis surat rayuan kepada setiap pensyarah yang mengajar aku di tahun akhir itudan aku selitkan bawah pintu pejabat mereka. Surat bukan setakat merayu, malahmengampu, menangis pun boleh surat tu bagi pihak aku. Sebab aku ceritakan dalamsurat itu, aku ni anak Melayu yang ingin maju dalam pelajaran namun faktor‘kelupaan’ keturunan Melayu dalam otak aku memang tak boleh diketepikan. Kanpepatah ada kata, ‘Melayu mudah lupa’. Jadi apa salahnya aku terlupa sekalisekala kepada jawapan yang betul. Bukan aku tak tau jawapan yang benar, cuma‘Melayu mudah lupa’ ini menjadi sifat kewajipan aku setiap kali menjawab exam.Hehehehe. Panjang surat tu aku taip dan fotostat serta hantar kepada semua 5orang pensyarah aku. So aku pasti mereka tak sanggup gagalkan seorang anakMelayu yang berjiwa murni seperti aku.

     Bab penganggurber’diploma’ ni aku tak kisah sangat. Kan aku dah citer atas tu, aku ni anakpeniaga yang berjaya. Hidup dalam kemewahan. Jadi bagi menghilangkan ‘tension’sebab belajar, konon-kononnya, aku mengambil keputusan untuk enjoy sepuas hati.Lagi pulak, aku dah tak terikat dengan amaran ganas Pak Andak aku. Sebab akubukan pelajar Universiti lagi. Aku kini Pemegang lesen ‘Penganggur berDiploma’.

     Jadi langkah akuyang pertama untuk enjoy, mestilah bukan pegi masjid. Nak enjoy kena la pegi‘Club’ atau orang zaman purba panggil pegi Disko. Hehehe. Tapi nak pegi solo ke‘Club’ ini macam tak cukup syarat. Sebab pergi ke ‘Club’ ni kena berjemaahdengan perempuan. Oleh itu, aku ambil masa dalam 2 3 jam untuk aku mainchatting di internet. Dalam dunia MiRC chat ni macam-macam perempuan ada. Kitatinggal pilih je. Dalam 2jam setengah, aku dah dapat 3 orang perempuan untukmeneman aku ke ‘Club’ malam nanti. Tapi 3 perempuan dengan aku sorang laki,masih tak cukup sifat, jadi aku mintak si Ana ni carikan sorang lagi kawanperempuan dia. Jadi 4 perempuan dengan aku sorang laki baru lah mantap barisankawad masa berjalan nanti. Dua perempuan di kiri aku dan dua di kanan aku.

     Seperti yang akujanjikan kepada ‘girls’ tadi, jam 8.00 malam siap. Aku jemput mereka di ‘bus stop’dekat rumah masing-masing. Bukan tak nak berbudi bahasa, datang jemput merekadi depan pintu rumah mereka. Cuma takut kot bapak atau abang-abang mereka nanticam muka aku bawa keluar anak dara mereka malam dan hantar pagi esoknya.Hehehe. Sebelum kantoi lebih baik amalkan langkah keselamatan awal.

     Mula-mula akujemput Siti, sebab rumahnya di Sg Jelok, Kajang. Dekat rumah aku di Bt. 10Cheras. So lepas ambil Siti, aku terus ambil Ita di Sg Ramal. Kemudian lastsekali aku ambil Ana dan rakannya nama Wani. Menaiki Proton Perdana V6 milikbapaku, rasa hebat sungguh aku malam itu.

     Destinasi malamitu adalah ‘Club’ di Ampang Park yang aku tak tau namanya. Aku tau ade ‘Club’je di situ. Mereka berempat ni pula dah biasa dengan ‘Club’ jadi bila ada lelakimacam aku ajak nak belanja mereka ke ‘Club’ umpama ‘Orang mengantuk disorongkanbantal la’. Sampai di pintu masuk ‘Club’ aku ditahan pengawal pintu @ tukangpukul ‘Club’ itu dan meminta aku membayar ‘entry fee’. Aku tanya, “Berapa?”Pengawal tu menjawab, “Laki masuk RM30 sekali ‘free 1st drink’. Perempuan masukfree. Takde free drink.” Aku pun memberinya sekeping RM50 sambil berkata, “Keepthe change”. Pergh. Sekali masuk ‘Club’ terus pandai cakap orang putih aku.Tapi cakap bahasa jawa tak reti jugak aku sampai sekarang.

     Masuk je ke dalam‘Club’ sambil diiringi di kiri ku, Siti dan Ita. Sambil di kanan ku, Ana danWani. Tersenyum panjang ‘girls’ ni sebab dapat masuk ‘Club’ dan segalaperbelanjaan ditanggung aku. Tapi aku pelik, tang mana aku kena bayar untukmereka ni. Sebab mereka masuk ‘Club’ ni free. Kemudian Siti bertanya aku, “Zul.Awak dapat first drink free ni, awak minum ke?” Aku pun menaikkan kening matakiri dan menjawab, “Eh mesti la minum. Air kita boleh pilih kan?” Hehehe, lupanak cerita ni pengalaman pertama aku masuk ‘Club’. Jadi aku ingat macam masukpusat karaoke je kot. Lalu Ana menambah, “Mana ade pilih air la Zul. Firstdrink tu Vodka la. You minum ke Vodka?” Terkaku aku sebentar. Vodka? Mak ai,air haram ni memang tak pernah aku diajar minum. Jadi lebih baik aku hindariaje. Lalu aku berkata, “Oh kalau Vodka tu, I memang tak nak la. Sakit tekakmalam ni. I ingat nak minum mineral water je.” Alasan aku biar nampak tak bodohsangat masuk ‘Club’ ni. Rupanya bebudak perempuan ni suka aku bawa mereka masuk‘Club’ sebab nak aku belanja mereka minum air haram ni la. Lantak korang la nakminum air apa pun. Aku bawak RM500 je malam ni. Abis duit ni nanti, korangminum la air Sungai Klang yang percuma kat sini. Hehehehe.

     Selepas kamimengambil air yang dipesan di bar, terus kami duduk di kerusi berbentuk ‘U’dihujung gelap dalam ‘Club’ tersebut. Aku duduk di tengah-tengah. Siti dan Itadi kiri ku. Ana dan Wani di kanan ku. Sambil tangan aku melebarkan tanganumpama sayap di belakang bahu Siti dan Wani. Ketika dalam kegelapan suramdiselang seli cahaya lazer dalam ‘Club’ sambil dentuman muzik yang menghentakjantung kami, aku terperasan ramai lelaki dalam ‘Club’ ini yang memandang akusecara pandangan sinis. Seperti tidak berpuas hati dengan apa yang aku ada dikiri dan kanan ku. Dalam hatiku berkata, “Apahal lak dia orang ni. Aku bawakpompuan suka hati aku la nak kepit kiri dan kanan. Kalau korang nak awek-aweksmacam aku dapat ni, bawak la sendiri. Apahal lak tak puas hati nak mandang-mandang.Kang aku cungkil bijik mata baru tau.” Hehhehe. Sambil tu aku senyum kepuasan.‘Dance music’ atau lagu disko terus berkumandang dan setiap lantunan bunyi drumatau bass akan menhentak bersama jantung kita yang berada dalam ‘Club’ ini.

     Lebih kurang 3minit kami duduk di kerusi berbentuk ‘U’ itu, Siti lantas bangun dan berkata,“Jom guys, kita dance.” Wani dan Ana pun menjawab, “Ahah. Jom” Lalu merekabertiga pun bangun pergi ke ruangan menari. Ita pula berkata, “I nak abiskansmoke ni dulu. Kang I pun nak dance. You nak dance dengan I tak?” Ita bertanyakepada aku. Aku menggelengkan kepala sambil tangan ku mengeluarkan sebatangrokok dan letakkan di bibir untuk dinyalakan. Aku lebih selesa duduk di kerusiini sambil menghayati situasi dalam ‘Club’ ini. Di atas meja depan ku adalahair mineral dalam botol kecil yang aku beli dengan harga RM10 di Bar tadi.Kejadah punya ‘Club’. Air mineral botol kecil RM10 dia jual. Air vodka yangharam tu dia jual RM5 je pulak. Lantak korang la ‘girls’, nak minum sampaimabuk. Aku bayar aje. Tapi aku tak minum. So aku takkan mabuk dengan minum airmineral ni kan? Heheheh.

     Selepaskeempat-empat perempuan yang kubawa tadi pergi menari di lantai tarian, akutersenyum kelakar melihat mereka menari sesuka mereka. Tiada corak tarian atautidak mengikut rentak muzik, semuanya hanya menggoyangkan badan dan kepalasesuka hati. Aku rasa bebudak ni dah separuh mabuk atau khayal. Heheheh. Senyumje aku sorang. Ketika ini aku berkata dalam hati, “Hebat juga aku ni ye. Dapatbawak 4 aweks sekaligus. Ini baru namanya enjoy. Aku rasa bebudak laki yangtengok aku macam tak puas hati tadi, mesti fikir aku ni ‘Player’ hebat.Hahahaha.” Gelak aku dalam hati. Hakikatnya, aku bukan ‘Player’ atau ‘Playboy’.Cuma nasib aku baik dan aku bijak menggunakan segala yang aku ada. Kemewahanharta.

     Sebenarnya, tujuanaku enjoy malam ni pun bersebab. Yang pertama, aku nak ‘test’ ketajaman aku‘mengayat’ perempuan untuk bawa keluar malam ni. Hasilnya aku lulus cemerlangsebab berjaya bawa keluar 4 orang perempuan sekaligus. Malah tak bergaduhsesama sendiri pun. Semuanya ‘sporting’ dan ‘open minded’. Keduanya, aku nakmengalami sendiri suasana dalam disko atau ‘Club’ tempat muda-mudi menari ni.Ada orang kata best. Ada orang kata bising. So sekarang aku dah ada dalam‘Club’, baru aku faham perasaan berada dalam ‘Club’ ini. 

     Ketiganya, aku naktengok, lepas bebudak perempuan berempat ini mabuk, aku kena anta mereka balikkan? Sebab mereka mabuk tapi aku tak mabuk. So takkan aku nak hantar merekabalik rumah dalam keadaan mereka tak sedarkan diri itu kan? Jadi apa yang akunak buat dengan mereka berempat kejap lagi? Apa yang akan jadi dengan Siti,Ita, Ana dan Wani selepas ‘Club’ ni ditutup jam 2 pagi sebentar lagi? Hehehehe.Nak tau apa aku akan buat kepada mereka? Akan ku ceritakan dalam bab 2.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.