Home Novelet Kisah Hidup Bertemu Lelaki Kiriman Tuhan
Bertemu Lelaki Kiriman Tuhan
masterzaki
10/7/2019 01:12:14
4,979
Kategori: Novelet
Genre: Kisah Hidup
Senarai Bab
BAB 1

Bertemu Lelaki Kiriman Tuhan

Bab 1

 

        Nama aku Zulkefli Shamsudin. Dulu akuhanya satu watak yang dihidupkan dalam novelet “Aku Bukan Playboy”. Kini watakitu telah hidup dalam dunia realiti. Tertera nama Zulkefli Shamsudin di ‘namecard’ tempat kerja yang aku baru berhenti ni. Kerja apa? Nah, inilah kisah aku.

 

        Lama dah aku tak ‘ride bike’ ni. Lepas ‘sportsbike’ aku dengan ‘bobber’ aku dijual beberapa tahun dulu. Tak silap lebihkurang 5 tahun dah lamanya aku tak naik motor. Kini aku kembali menjadi ‘BikerTak Kental’ dengan menunggang motor kapcai ‘Honda Cup’. Hehehe. Jadilah.

 

        ‘Starter tangan’ ditekan. ‘Enjin motor ‘HondaCup’ dua lejang bersesaran 125cc dengan teknologi Honda “PGM-Fi” iaitu “ProgrammableFuel Injection” dihidupkan. Bunyi enjin yang lembut dihembus keluar daripadasistem ekzos motor tersebut. Full set’ jaket hitam, helmet ‘fullface’ danberkasut ‘boot rider’ aku pakai hari ini. Tujuan hanya satu. Nak ‘warm up’balik skill ride bike selepas bertahun tahun aku tinggalkan. Trottle minyakdipulas. Aku mula menunggang motor Honda Wave 125i dari Jenaris, Kajang menujuke pejabat Epol di Loke Yew, Kuala Lumpur.

 

        Ketika sampai di simpang Masjid SaujanaImpian Kajang aku terpandang Kedai Makan Ikan Bakar di situ. Lantas aku terusmenghalakan motor aku tunggang ini ke tepi kedai tersebut untuk berhenti makan.

        Jaket dibuka. Disarungkan ke kerusimakan. Helmet ‘fullface’ diletak atas meja. Lantas aku membuat pesanan kat akakkedai makan yang ada di situ.

Aku: Kak, ikan pari bakar ade lagi?

Akakkedai : Ada?

Aku: 1 set kak. Pari bakar.

Akakkedai : Baik.

       

        Kemudian aku terus menaip mesej di wassapgroup “Geng Angah”. Beritahu aku singgah makan di Kedai Makan Ikan Bakar dekatsimpang Masjid Saujana Impian ini kepada ahli-ahli group. Sempat pula snapsekeping gambar kedai makan dan share kepada wassap group itu.

 

        Tiba-tiba, datang seorang lelaki umurlebih kurang 60an tinggi lebih kurang paras aku. 5kaki 2inci. Kulit pun lebihkurang aku. Cerah-cerah. Berjambang sedikit dan berkumis nipis. Dia datangbetul-betul depan muka aku sewaktu aku baru menoleh daripada memandang skrinhandphone.

Pakcikitu : Assalamualaikum.

Akuterkejut sedikit dan tangan masih memegang handphone lantas menjawab :Waalaikum salam.

Pakcikitu : Saya nak tumpang makan berjemaah. Boleh ke?

Aku: Eh. Silakan pakcik. Meja pun kosong ni.

Tanganaku mempersilakan pakcik itu duduk di kerusi depan aku. Tempat aku rancang nakmakan sorang-sorang sambil main mesej wassap. Namun hasrat itu terbatal apabilapakcik ini meluahkan hasrat untuk makan berjemaah. Entah apa niat dia, aku puntak tau. Tapi aku biarkan aje.

 

Akumengambil helmet yang aku letakkan atas meja. Diletakkan di kerusi sebelah aku.Meja makan itu aku kosongkan agar lebih selesa untuk pakcik ni makan berjemaah denganaku nanti. Dalam fikiran, aku rasa pakcik ni mungkin kekurangan duit. So naktumpang makan bersama aku. Takpelah. Ada rezeki dia In Sha Allah aku belanja.Takpe. Orang susah, kita tolong. Aku dah pasang niat nak sedekah.

 

Kemudianpakcik itu meletakkan plastik yang berisi makanan atas meja. Sambil membukaplastik makanan itu dia berkata, “Ni makanan Masjid Kajang bagi lepas SolatDhuha tadi.” Aku makin pelik. Dah ada makanan rupanya orang tua ni. Abis napedia nak duduk semeja dengan aku ye? Tanya aku dalam hati.

 

Aku : Oh pakcik gi Masjid Kajang ye. Lama dahsaya tak ke masjid tu. Rasanya baru setahun dua ni Masjid Kajang tu dibukasemula lepas meke buat ‘renovation’ dulu. Tutup lebih kurang 2 tahun lamanyakan?

 

Pakcik : Ahah. Gitu la dengarnya. Pakcik puntak biasa masjid sini. Singgah je tadi. Ada program mengaji kat masjid masaDhuha tadi.

 

        Pakcik itu mengambil 2 pinggan kosonguntuk meletakkan makanan dalam plastik yang dibawa. Sambil dia memesan buahtembikai potong kat akak kedai makan ni. Masa dikeluarkan makanan dalam plastik,baru tau apa dalam bungkusan itu. Nasi impit dengan kuah kacang bersamapotongan timun dan bawang. Macam menu makan satay lak. Tapi sataynya takde. Masjidni pun lain kali bagi la satay sama. Hehehe.

 

        Ketika itu juga, set ikan pari bakar akupun sampai. Akak kedai tu menghidangkan atas meja depan aku ni. Terus pakcik tumenadah tangan membaca doa makan. Aku pun lebih kurang je tadah dan amin.Heheheh. Tangan dah siap-siap basuh tadi. Pari dah hidang. Apa lagi. Bedal le.Masuk 3 ke 5 suap nasi ke mulut, bersama ikan pari bakar dicicah kuah kicapcili, baru terasa kepuasannya.

 

        Sesambil tu aku perati jugak pakcik yangduduk berjemaah makan dengan aku ni. Dia ni makan lebih kurang je. Nasi impittu dia makan sikit je. Cicah kuah kacang sikit. Buah tembikai potong ni pun diamakan sikit. Apahal lak pakcik ni. Nak aku kata dia ni saje nak scam aku, rupadia takde muka scammer pun. Aku ni pulak bukan ada duit untuk discam. Takberbaloi der. Hahaha

 

Aku   : Pakcik orang sini ke?

Pakcik: Tak. Pakcik dok Setapak Indah. KL.

Aku    :Ok. Abis pakcik datang sini saje ke Masjid Kajang ke? Belajar Haji ke?

Pakcik : Tak. Pakcik ada urusan jual rumahsini. Dulu pakcik dok sini. Tapi rumah tu nak jual. Tu tadi singgah MasjidKajang time Dhuha tadi.

Aku   : Oh jual rumah. Kat mana rumah tu pakcik?Saujana Impian ke?

Pakcik: Saujana Villa.

 

        Tertelan nasi terus aku. Tanpa kunyah.Terkejut. Kawasan rumah disebut Saujana Villa tu rumah orang kaya-kaya. Sebijirumah di situ je harga berjuta ringgit. Aku pandang betul-betul muka pakcik tu.Memang betul dia ni takde muka orang miskin atau scammer. Memang mukaorang-orang kaya dia ni. Tapi apahal dia nak makan berjemaah dengan aku?Tertanya tanya aku dalam hati lagi.

 

Aku : Rumah berjuta tu pakcik? Dulu rumahsitu harganya sejuta ringgit pakcik. Sekarang berapa ye harga pakcik nak jual?

Pakcik: Lebih kurang 2 juta.

       

Sekalilagi aku tertelan. Tapi kali ni bukan nasi. Ikan pari bakar. Telan terus tanpakunyah. Takpe. Bilas dengan air teh o ais sikit. Kasi lancar balik tekak ni.Nak terus berbual ni.

 

Aku: Pakcik jual sendiri ke guna ejen?

Pakcik: Dengan ejen.

Aku : Leceh gak ye pakcik. Dah sign denganejen tak leh nak urus cari buyer sendiri ek? Kena lalu ejen semuanya kan?

Pakcik : Eh tak. Pakcik takde sign apa-apa.Ejen tu tolong carikan buyer je. Tapi ada la upahnya nanti.

Aku : Oh bagus la gitu pakcik. Tapi biasa la. Kalau dahguna ejen ni. Semua duit deposit rumah buyer bayar memang masuk ke akaun ejendulu. Nanti lepas beberapa bulan baru meke bayar kat kita. Kita kalau boleh nakjual direct senang kan? Dapat duit cash terus.

Pakcik : Itu lah. Pakcik pun rancang nak jualsendiri. Tapi susah jugak nak cari buyer rumah macam tu kan? Pakcik ni tujuanjual ni pun sebab nak pakai cash. Nak bayar hutang-hutang banyak.

 

        Masalah kewangan? Ok. Faham. Kenapapakcik ni duduk depan aku. Makan berjemaah dengan aku sekarang. Dia ni dikirim Tuhanuntuk berjumpa dengan aku. Faham lah aku sekarang.

 

        Nasi putih dengan ikan pari bakar telahabis aku bedal. Tangan aku basuh dan lap kering dengan tisu. Terus aku membukaPorch Bike jenama Monster Energy beli kat pasar malam dulu. Di dalamnya akuambil “name card” yang tertera nama Zulkefli Shamsudin. Aku serahkan “name card”itu kepada pakcik tersebut.  

 

Aku : Pakcik ni name card saya. Saya memangmembantu orang yang mempunyai masalah kewangan. Saya bertugas sebelum inidengan Komuniti Belia Hulu Langat. Beri nasihat kepada belia dan masyarakattentang pengurusan kewangan agar mereka tidak putus harapan dan bijakmenguruskan kewangan dalam hidup mereka. Saya pun sebenarnya mempunyai masalahkewangan. Tapi dengan ilmu pengetahuan dan bantuan rakan-rakan, saya belajarcara menguruskan masalah saya. Hasilnya kini saya lebih tenang dalam menguruskanmasalah kewangan saya. Kalau pakcik berminat, boleh saya bantu pakcik dengan ilmuini.

 

Pakcik : SubhanAllah. Padanlah gerak kakipakcik ni tadi lepas keluar dari masjid terus nak duduk kat meja kamu ni. Tuhandah aturkan supaya pakcik berjumpa dengan kamu rupanya. MasyaAllah. Allahuakbar.Kuasa Allah Maha Besar. Boleh lah pakcik dapatkan nasihat kamu ye?

 

Aku : Boleh pakcik. Saya sebenarnya punsekarang sedang susun program dengan Masjid di Setiawangsa KL untuk programDhuha. Nak bagi ‘talk’ tentang pengurusan kewangan kepada semua lapisan masyarakat.Tapi kita mulakan dari masjid dulu.

 

Pakcik : Allahuakhbar. Syukur la sangat dapatjumpa orang macam kamu ni. Memang Tuhan aturkan semuanya ni ye. Dapat kitajumpa duduk semeja. MasyaAllah. Baik. Nanti pakcik panggil sama kawan-kawanpakcik yang ada masalah yang lebih kurang sama macam pakcik. Kami memang takdeorang yang bantu mengajar macam mana nak selesaikan masalah kami.

 

Aku : In Sha Allah pakcik. Jangan risau pakcik. Saya dulupun kusut dengan masalah kewangan macam ni jugak. Nasib baik kawan-kawan sayaramai yang bantu bagi nasihat. Saya pulak suka belajar daripada pelbagaisumber. Alhamdulillah la sekarang lebih tenang. Hehehe.

 

        Sekali teringat tujuan asal aku tadi.Nak pegi ke pejabat Epol ambil dokumen. Tengok jam dah dekat jam 4petang.

 

Aku : Pakcik. Saya kena mintak izin dulu.Sebab ada janji dengan kawan di KL ni.

 

        Aku terus ke kaunter bayaran dengan niatnak bayar semua. Termasuk makanan yang pakcik tu makan tadi. Namun tangan akuditarik pakcik itu. Dia merayu.

 

Pakcik : Dik. Tolong la dik. Bagi pakciksedekah belanja kamu. Ni je pakcik boleh buat.

 

        Akak kedai makan yang berdiri di kaunterbayaran sempat tersenyum tengok dialog drama pakcik ni. Aku pulak, dah orangnak belanja apa ade hal. Takde masalah.

 

Aku: Oh ye ke pakcik. Takpe ke? Saya boleh je bayar ni?

Pakcik: Tolong dik. Bagi pakcik belanja.

 

        Dalam hati aku. Pakcik ni sembang tadisemua citer berjuta juta je. Setakat aku makan 10ringgit ni apa la masalahuntuk dia kan. Dapat gak dia pahala kan. Dia nak tunjuk kesyukuran dia tu.Takpe la. Aku ok je.

 

        Aku terus salam pakcik tu dan menyarungjaket serta memakai helmet untuk bergerak. Belum sempat aku menekan startertangan motor, pakcik tu menahan aku pula.

Pakcik: Dik, boleh tak pakcik nak ambik gambar kita selfie sama. Nak simpan kenanganni.

 

        Macam artis lak aku rasa masa ni. Apasangat la orang nak bergambar kan? Aku ok je.

Aku: Boleh je pakcik.

 

        Sambil pakcik tu menekan butang ‘snappicture’, dalam hati aku tertanya, “Bertemu Lelaki Kiriman Tuhan”. Dia kah?Atau aku kah? 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.