RUKUN KETIGA: SA’IE
Niat Sa’ei
Sahajaaku berniat Sa’ie tujuh pusingan antara Safa dan Marwah Sa’ie umrah keranaAllah ta`ala.
Sa’ieialah perbuatan berjalan ulang-alik dari bukit Safa ke bukit Marwah sebanyak 7 kali, dan ia merupakan salah satu dari rukun umrah yang mesti dikerjakan, maka tidak sah umrahnya jika ditinggalkan.
Perhatian:
Semasa mengerjakan Sa’ie boleh berhenti jika masuk waktu solat atau terlalu penat,kemudian menyambung kembali dari tempat yang anda berhenti. Sebaiknya berpatah balik ke belakang beberapa langkah sebelum memulakan semula Sa’ie.
SUNAT
Memanjat naik kebukit Safa dan Marwah.
Memakai ihram cara idthib` bagi lelaki.
Berlari-lari anak antara dua tanda hijau.(lelaki)
DOA SELEPAS SA’IE
Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa kami, berilah kesihatan dan maafkanlah segala dosa kami. Dan bantulah kami dalam mentaatiMu dan mensyukuriMu. Dan janganlah Engkau biarkan kami bergantung kepada selainMu. Dan matikanlah kami dalam keimanan dan keislaman yang sempurna dan dalam keadaan Engkau redha kepada kami.
Wahai Tuhan kami,rahmatilah kami dan bantulah kami dalam meninggalkan maksiat-maksiat sepanjang hayat kami, dan rahmatilah kami dengan tidak memberatkan kami dengan sesuatu yang tidak menyenangkan kami, dan kurniakan kepada kami sebaik-baik pandangan dalam perkara-perkara yang mendapatkan keredhaanMu kepada kami, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang