Home Novelet Islamik Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Corat-coret Umrah – Taubat di Bumi Anbiya
Jiwa Jingga
16/12/2019 10:05:38
87,275
Kategori: Novelet
Genre: Islamik
Bab 9

RUKUN 4:BERCUKUR/BERGUNTING

Bercukur atau bergunting adalah tahallul (keluar dari ihram) bagi ibadah umrah. Dan kadar yang wajib adalah dengan menggugurkan tiga helai rambut.

Bagi lelaki, bercukur adalah lebih baik dari bergunting, kerana Rasulullah s.a.w mendoakan mereka yang bercukur tiga kali, sedangkan yang bergunting didoakan sekali sahaja.

Sementara jemaah wanita pula hanya bergunting dari hujung rambut dan dilarang bercukur.

DOA SELEPAS BERCUKUR/BERGUNTING

Segala puji bagi Allah yang telah membantuku menyelesaikan ibadah Umrahku. Ya Allah berilah kurniakanlah kepadaku kebaikan dengan setiap rambut yang gugur ini, dan hapuskanlah dari kukeburukan dengan gugurnya setiap rambut tersebut, dan naikkanlah dengannya darjatku di sisiMu, dan ampunkanlah aku dan mereka mereka yang bergunting dan bercukur dan juga sekelian muslimin. Ya Allah tambahkanlah bagiku keimanan dan keyakinan,taufiq dan pertolongan, dan ampunkanlah kami dan kedua ibu bapa kami.

 

Alhamdulilllah selesai umrah pertama pada hampir 3.30 pagi.

Keesokkan harinya tiada aktiviti,tetapi  kaum wanita ke Masjidil Haram untuk menunaikan Solat Jumaat. Mutawwif memaklumkan bahawa di Mekah kebiasaannya kaum wanita turut menunaikan Solat Jumaat. Pertama kali saya melakukan Solat Jumaat di bumi Mekah yang barokah ini.

Benarkah solat di Masjidal-Haram mendapat 100 ribu kali ganda pahala berbanding solat di tempat lain?

Hal ini disebut didalam sebuah hadith, yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah RA bahawa NabiSAW bersabda: 

صَلَاةٌ فِي مَسْجِدِي هَذَا أَفْضَلُ مِنْ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ،إِلَّا الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ، وَصَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَفْضَلُمِنْ مِائَةِ أَلْفِ صَلَاةٍ فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: “Solat di masjidku ini (masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. Dan solat di Masjidal-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. [RiwayatAhmad (15271)] [Sanadnya adalah sahih mengikut syarat Imam al-Bukharimenurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth ketika beliau mentakhrijkan hadith ini didalam musnad Ahmad]

Berdasarkan hadith ini, jelas menunjukkan bahawa ganjaran bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjidal-Haram adalah amat besar berbanding masjid-masjid yang lain.

Alhamdulillah, saya tidak melepaskan solat di kedua-dua masjid apabila diizinkan Allah juga haid datang setelah beberapa hari kembali ke Malaysia.

Jika diizinkan Allah juga, insyaAllah dimasa-masa mendatang ingin juga saya bersolat di Masjid Al-Aqsa.

Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhudari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : MasjidilHaram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan MasjidilAqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari

Daripada hadis-hadis di atas Nabi menggalakkan untuk menziarahi ketiga-tiga masjid yang bersejarah iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin. Disamping itu, baginda menggalakkan juga kepada umat Islam sama ada yang tinggal menetap di Mekah, di Madinah atau yang datang dari seluruh dunia untukmengerjakan ibadat haji kemudian mengerjakan sembahyang sebanyak-banyak yan gdapat di kedua-dua masjid yang mulia itu bagi mendapat pahala yang berganda-ganda.

Dalam sebuah hadis lagi adamenerangkan pula secara khusus kelebihan orang yang mengerjakan sembahyang dimasjid Nabi sebanyak 40 waktu berturut-turut iaitu :

Ertinya :

Dari Anas bin Malik RadhiallahuAnhu, Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam bersabda " Sesiapa sembahyang di masjidku 40 sembahyang ( dengan syarat ) ia tidak ketinggalan dalam satu sembahyang ( waktu ) pun, nescaya akan ditulis baginya kelepasan dari api neraka, dan kelepasan dari azab siksa dan (ia juga akan bersih ) darisifat munafik."

Biasanya orang-orang yang pergi menunaikan haji dan menziarahi masjid dan makam Nabi di Madinah, untuk mendapatkan kelebihan ini mereka akan tinggal di Madinah selama 8 hari sekurang-kurangnya iaitu untuk mengerjakan sembahyang dalam 40 waktu selain daripada mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat yang dituntut.

Mengenai kelebihan Masjidil Aqsapula ada diterangkan dalam hadis-hadis yang lain yang bermaksud,

"Satu sembahyang yang dikerjakan di masjid itu lebih afdhal daripada 500 sembahyangyang dikerjakan di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah danMasjid Nabawi di Madinah."

Demikianlah kelebihan ketiga-tiga masjid itu iaitu satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Haram lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain (kecuali Masjid Nabi di Madinah dan Masjid Aqsa di Palestin, dan satu sembahyang yang dikerjakan di Masjid Nabi ( di Madinah ) pula lebih afdal daripada 1 000sembahyang yang dikerjakan di masjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haramdan Masjid Nabi ) sementara satu sembahyang yang dikerjakan di Masjidil Aqsa (di Palestin ) lebih afdhal daripada 500 sembahyang yang dikerjakan dimasjid-masjid yang lain ( kecuali Masjidil Haram dam Masjidil Nabawi ).

Di samping itu, Junjungan Besar NabiMuhammad Sallallahu 'alaihi Wasallam  telah mengakui bahawa Masjid Quba'adalah sebuah masjid yang dikasihinya dan kerap kali baginda menziarahinyaserta sembahyang di dalamnya.

Abdullah bin Omar Radiallahu Anhuada meriwayatkan "adalah Nabi Sallallahu 'alaihi Wasallam selalu berziarahke Masjid Quba'" dan satu riwayat lagi menyatakan Rasulullah berziarah keMasjid Quba' setiap hari Sabtu, kadang-kadang menunggang unta danterkadang-kadang berjalan  kaki serta menunaikan sembahyang sunat duarakaat di dalamnya.

Usaid bin Zahir Radiallahu Anhupula meriwayatkan sebuah hadis yang maknanya "satu sembahyang didalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

Besar fadilat / ganjaran yang kita bolehdapat hasil umrah yang kita kerjakan. InsyaAllah jika diizinkan Allah datangpula sebagai tetamu Haji.

InsyaAllah.

Sedikit perkongsian antara lain memberipanduan dan pengalaman sendiri buat saya. Mohon jari sepuluh memohon keampunanjika terdapat silap dan salah. Sesungguhnya yang jahil adalah diri saya sendiridan yang baik semuamya datang dari Allah s.a.w 

 

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.