Home Novel Cinta KOPI CINTA
KOPI CINTA
Jiwa Jingga
17/6/2019 13:36:53
7,380
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
KOPI CINTA

KOPI CINTA

Oleh JIWA JINGGA

 

TIDAK menang tangan Melah dan suaminya Kamal mengambil order daripada pelanggan petang itu.Gerai mereka yang beroperasi pagi sehingga ke petang atau malam itu menyajikanmasakan lauk kampung dan goreng-goreng. Zali pembantu mereka baru sahajaberhenti kerana terpaksa pulang ke kampung menjaga ibunya yang sakit. Adik-adikZali  masih bersekolah.

“Abang, kita cari pembantu ye”

Melah yang sedang membancuh Teh Tarik menyuarakan rasa penatdan lelah semenjak Zali tiada.Tidak menang tangan dibuatnya.

“Kalau ada Zali senang kita sikit, tapi kita pun tak bolehnak halang dia. Niat dia dah cukup baik..nak jaga maknya yang sakit di kampung”.

“Awak ada kenal ke siapa yang boleh membantu kita?, kalaudapat bancuh air pun dah cukup baik. Sebab selama ni air yang dibancuh Zalimemang sedap”

“Ramai yang memuji..”.

Puji Kamal kepada Zali pembantunya itu.

“Semua orang suka”.

“Kita cuba tanyakan Kak Jah gerai sebelah ni ye bang”.

Pintas Melah sambil matanya liar mencari-cari Kak Jah digerai sebelah.

“Kak Jah …oooh Kak Jah”.

Jerit Melah.

“Mari ke sini kejap”.

Melah melambai-lambai tangan ke arah Kak Jah.

“Sekejap…aku hantar mee goreng ni kejap” sampok Kak Jah.

Kak Jah membawa pinggan berisi mee goreng kepada pelanggannyadan terus menuju ke arah Melah.

“Kenapa Melah?”.

Tanya Kak Jah sambil mengesat-ngesat peluhnya dengan apron.

“Bunyi macam serius je panggil akak?”.

Tanya Kak Jah.

“Ni ha…kami berdua tak cukup tangan, kalau Kak Jah ada kenalsesiapa yang boleh bantu kami di gerai. Syukur sangat-sangat”

Melah memulakan bicara, sambil tangannya ligat memotongtimun.

“ Ada hari tu jiran kampung kawan anak mencari kerja, nantiakak tanyakan semula”

“Nak tolong amikkan order ke atau kena tolong masak?” tanyaKak Jah semula

“Kalau dapat tolong buat air atau amik order pun dah ok kak”

“Yelah…nanti akak tanyakan”

“Terima kasih kak Jah”.

“Akak sambung kerja balik ye” Kak Jah ingin menyambung semulamengambil order.

Melah pun menyambung semula kerjanya memotong timun yang hampirsiap.

“Kak Melah, Kopi 1 dengan nasi lemak paru”.

Pelanggan tetapnya Haris dan Bakri baru saja duduk.

“Kak saya nak Teh Tarik dan nasi lemak kerang” kata Bakri.

Haris dan Bakri bekerja di kawasan berhampiran, sebuahsyarikat pengiklanan. Dia dan rakan-rakannya yang lain memang pelanggan tetapMelah.

“Lama tak nampak Haris?, outstation ke” Tanya Melah.

“Ke mana pula kali ni?”

“Ke Melaka Kak” balas Haris ringkas.

Kerjanya memang banyak diluar selain di pejabatnya. Kadang 2minggu tak nampak muka. Haris peramah orangnya dan selalu berseloroh.

“Rizal, ingat tak siapa yang nak cari kerja sebelum ni” tanyakak Jah kepada anaknya Rizal.

“Aizshah, mak kawan Annur” jawab Rizal.

“Dia kawan sekampung dengan Annur”. Rizal menambah.

Annur merupakan kawan kepada Rizal.

“Belum dapat kerja lagi mak, kenapa mak ada kerja kosong ke?

“Cik Melah kamu ni sedang mencari pembantu, kata dia yangboleh tolong-tolong bancuh air dan mengambil order makan minum”.

“Sesuai sangatlah mak, Aizshah pernah membantu abangnya di kedaidulu.”

“Kalau macam itu, bagitahulah pada Annur, minta Aizshahdatang sendiri berjumpa Mak Melah kamu”

“Senang sikit kalau jumpa terus, boleh dia tanya sekali gajidan tugas dia”

“Nanti Rizal mintak Annur sampaikan.” Rizal melipat suratkhabar yang telah habis dibaca.

“Malam nanti habis kerja, datang tolong mak ye” Kak Jahmengingatkan anak bujangnya itu.

“InsyaAllah mak”,

“Assalamualaikum, “ Annur memberi salam di hadapan rumahAizshah.

“Waalaikumussalam” Aizshah segera mencapai tudung yangtersangkut sambil membetulkan tshirt yang dipakainya. Dia baru selesai membasuhpinggan di dapur.

Aizshah membuka pintu.

Kelihatan kawannya Annur di hadapan pintu.

“Maaf ganggu kau, kau dapat kerja dah ke?”

“Belum lagi Nur”

“Kau nak tak kerja di Gerai makan, tolong bancuh air danambil order?”

Pantas soalan yang keluar dari mulut Annur.

“Boleh sangat, “

“Kalau kau nak, bolehlah datang terus ke gerai Cik Melahsebelah gerai mak Rizal. “

“Esok boleh datang ke?” tanya Aizshah seronok.

“Boleh..amboi tak sabra nampak” Annur tersenyum.

“Bosan lama terperuk di rumah”

“ Nak aku temankan ke?” tanya Annur.

“Tak mengapa Nur, aku boleh pergi sendiri naik motor”.

Aizshah membantu ibunya menjual kuih sikit-sikit selepasibunya diberhentikan kerja dari sebuah butik. Butik yang telah bertukarpemilik. Adik-beradik  Aizshah yang lainmasih bersekolah.  Selaku kakak yangsulong memang tugas dia membantu keluarga kerana mereka bukan di kalanganorang-orang berada.

Pagi-pagi lagi Aizshah telah bersiap untuk ke gerai. Selesaisahaja membantu ibunya menjual kuih.

“Alhamdulillah, habis kuih hari ni mak”

“Syukur Alhamdulillah,” balas Aizshah.

“Lepas ni kakak terus bersiap-siap nak jumpa mak cik Melah”

Ibunya memanggil Aizshah dengan panggilan kakak.

“Kakak naik apa?”

“Motor ibu, ala bukan jauh mana pun, depan simpang tu je”

Perjalanan ke kedai Mak Cik Melah hanya 5 minit sahajadaripada rumah Aizshah.

“Hati-hati bawa motor nanti” pesan Ibu Aizshah sambil membawasemua Tupperware berisi kuih yang telah kosong ke dapur.

“Kejap lagi Kakak tolong basuh ye Ibu”

“Kakak siap je, biar ibu yang basuh. Lagipun sikit je ni”

“Kalau macam tu , kakak masuk dulu salin baju”

10 minit kemudian, Aishah keluar mengenakan Tshirt biru labuhdan seluar jeans berwarna hitam. Mengenakan kasut sukan berwarna hitam.

Dicapainya kunci motorsikal yang tergantung lalu enjinmotorsikalnya dihidupkan.

“Ibu, kakak pergi dulu” Aizshah bersalaman dengan ibunya.

“Hati-hati Aizshah”

“Baik Ibu” jawapan Aizshah pendek.

Terus meluncur laju motosikal Aizshah.

Sejurus sampai di gerai mak Rizal, Aizshah memberhentikanmotosikalnya dan memarkir di situ. Pernah 2 atau 3 kali Aizshah singgah kekedai mak Rizal bersama Annur. Jadi tidaklah Aizshah kekok sangat dengan MakcikJah.

“Assalamualaikum Mak Jah.” Aiszhah meletakkan beg danhelmetnya diatas meja.

“Waalaikumussalam Aizshah”.

Aizshah bersalaman dengan Mak Jah.

“Mari Mak Jah kenalkan dengan mak Cik Melah”

Cik Jah menarik tangan Aizshah untuk bertemu dengan Melah.Melah sibuk mengupas bawang besar ketika itu.

“Melah, inilah Aizshah. Sembanglah dulu. Biar aku sambungkerja balik”

Mak Jah segera ke dapur menyambung tugasnya.

Melah memandang Aizshah, cantik orangnya, berkulit putih,bertudung dan sopan.

“Senang je kerjanya Aizshah, tolong-tolong bancuh air danambil order.Selain tu boleh lah tolong-tolong apa yang patut macam kupas bawangke, potong sayur.”

Melah memberi penerangan ringkas.

“Jangan risau, apa-apa makcik dan pakcik ada. Tanya jerterus”

Melah menambah lagi.

Aizshah mengangguk tanda faham.

“Bila boleh mula kerja, esok boleh ke?” tanya Melah.

“Sekarang pun boleh Cik Melah, lagipun Aizshah bantu ibu buatkuih & jual pada waktu pagi sahaja” Aizshah menjawab sambil tersenyum.

Gembira tidak terkata kerana telah diterima Mak Cik Melah.Sekurang-kurangnya dapatlah dia membantu ibunya.

“Lagi bagus..” Melah setuju dengan jawapan Aizshah untukterus mula bekerja.

“Gaji hari ye, RM50 sehari”

“Maaflah, tak dapat nak bayar banyak. Tapi kalau untunglebih, InsyaAllah gaji Aizshah pun Makcik beri lebih.”

“Tak mengapa Mak cik, RM50 sehari pun dah cukup banyak bagisaya” pintas Aizshah.

“Mak Melah…oohh Mak Melah”

Kedengaran suara dari meja hujung memanggil nama Mak Melah.

Kelihatan Haris dan raka-rakannya ada disitu.

“Boleh ke Aizshah tolong ambilkan order?” Kata Melah.

“Nah ni bukunya dan pen” Melah menyerahkan buku supaya senangAizshah menulis order.

“ Baik Mak Cik”

Aizshah terus berjalan menuju ke meja Bakri , Haris dankawan-kawannya.

Dari Jauh lagi Haris telah memerhatikan Aizshah.

“Cantik orangnya dan sopan” hati Haris berkata. Ni mestipengganti Zali.

“Ye encik semua, nak minum dan makan apa?”

Suara Aizshah bagai meruntun hati Haris.

“Suara pun sedap, lembut je” hati Haris berkata lagi.

“Saya nak kopi O dan nasi lemak kerang. Awak baru kerja ke?”Haris  mengusik.

Aizshah tersipu malu.

“Ya” Aizshah mengangguk.

“Saya nak teh tarik dan nasi lemak ayam goreng”

“Kawan dua orang lagi ni pun sama” Bakri bersuara.

“Baik” jawab AIzshah dan terus masuk untuk membancuh air.

Pandangan Haris masih lagi tertumpu kepada Aizshah.

“Amboi Haris, lain macam je tanya. Tersuka dah ke?” Bakrimengusik Haris sambil ketawa kecil.

“eeh…tak adalah” Haris seperti menyangkal kata-kata Bakrisedangkan hatinya ingin sekali mengenalinya lagi.

10 minit kemudian, Aizshah datang semula membawa air minumandan nasi lemak seperti yang di pesan.

Haris, Bakri dan kawan-kawannya menjamah nasi lemak yangmasih panas-panas lagi

“Sedapnya kopi ni. Pekat dan cukup manisnya” Haris menghirupkopinya dengan memuji-muji kesedapan air kopinya.

“Amboi ..sedap sangat ke, esok aku nak order pulak lah”.

Bakri seperti tidak puas hati dengan jawapan Bakri.

“Dah lah cantik, air pun sedap” Puji Bakri sambil meliriksenyumannya

 “Dah jom, nanti lambatpulak masuk ofis. Encik Soffian akan adakan briefing pagi ni”

Haris memotong perbualan kawan-kawannya.

‘Mak Melah kira. semua berapa?” Haris memanggil mak Melah.

“Ni Aizshah  tolongkirakan” senang betul Mak Melah rasa pagi ni, ada Aizshah membantunya.

“Oh Aizshah namanya. Nama sedap sesuai dengan orangnya” hatiHaris berkata-kata.

“Semua RM28.00 sahaja” Aizshah menulis di buku catatannya.

Haris menghulurkan wang genap-genap RM 28.00 kepada Aizshah.

“Terima kasih”

“Sama-sama” jawab Haris sambil mata melirik ke Aizshah.

Ramai pelanggan Mak Melah hari ni, terasa juga letihnya.Alhamdulillah, murah rezeki Mak Melah. Hati kecil Aizshah berkata-kata. MasakanMak Melah dan Pak Kamal memang sedap. Patutlah gerai mereka dikunjungi ramaiorang.

“Aizshah, dah makan dah ke?, makan dulu sebelum balik” pesanMak Melah.

“Kenyang lagi mak Jah, petang tadi pun dah makan” jawabAizshah sambil mengelap pinggan.

Mau naik badan ni, kalau asyik makan je…bisik hati Aizshahlagi.

Nasi lemak memang terbaik. Sedap sangat.

“Mak Melah saya balik dulu, jumpa esok pagi ye” Aizshahmenghidupkan enjin motornya.

“Nah ni gaji untuk hari ni” Mak Melah menghulurkan wangberjumlah RM50 kepada Aizshah.

“Terima kasih Mak Melah” Aizshah gembira.

Setibanya di rumah, Aizshah menyimpan duit gajinya ke dalamtabung khas.

Biar sikit, lama-lama membukit. Getus hati Aizshah. Walaupunsikit gajinya namun dapat juga dia membantu modal beli bahan kuih ibunya.

Seperti biasa Aizshah membantu ibunya di gerai.

“Bungkuskan karipap kentang RM2” suaranya seperti biasa didengar Aizshah.

‘La..Haris rupanya, mana Haris tahu saya meniaga di sini”tanya Aizshah.

“Apa khabar Makcik”

“Baik” mengangguk-angguk mak Aizshah.

“Ni Haris, Ibu.  Pelanggantetap Mak Melah” Aizshah terpaksa memperkenalkan Haris kepada ibunya.

“Oh..inilah Haris yang selalu disebut Aizshah” Aizshahtersipu malu.

“Dia mengumpat saya ke mak cik” Haris berseloroh.

“Tak…tapi kata dia kamu selalu menyakat dia” Jawab ibuAizshah.

“Nah kuihnya”

Haris menghulurkan wang RM2 kepada ibu Aizshah.

“Saya balik dulu makcik, Aizshah nanti jumpa di kedai…assalamualaikum. Kopi saya jangan lupa”

“waalaikumussalam” tersipu-sipu Aizshah menjawabnya.

Mah Aizshah tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

Ingin saksikan sambungan perkenalan dan persahabatan mereka,nantikan cerpen terbaru.

 

TAMAT.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Jiwa Jingga