Saya akan uploadkan part yang telah di edit dalam Novel ini. Part-part ini tiada dalam Novel tetapi ada dalam Manuskrip. Ada beberapa bahagian dalam Novel yang kelihatan sedikit tergantung. Jadi dalam MSS ini di ceritakan dengan lebih terperinci. Bukan sebab apa di keluarkan kerana terlalu tebal ceritanya..:)
Gazaku berdarah lagi
Belum
hilang lelah semalam
Belum
kebah sakit semalam
Belum sembuh
luka semalam
Kini
Gazaku berdarah kembali
Tika
terhimpit dalam derita
Tika
hilang tiang bersandar
Tika
rebah tidak bisa bangkit
Saat
ini Gazaku berdarah sendirian
Tiada
yang peduli
Tiada
yang memandang
Tiada
yang mendengar
Tertutup
kemas hati mereka
Kerana
itulah Gazaku berdarah lagi
Darah
ini tidak akan pernah berhenti mengalir….
Muaz Fahim/8th Jan 2013
Ringkasan
dari Bahagian Pertama Novel Legasi Perjuang
Syed
Kairi bin Syed Fahim adalah seorang anak muda kelahiran dan warganegara
Malaysia, Bapanya berbangsa Arab dan Ibunya pula berbangsa Perancis, seluruh
usia mudanya dihabiskan di Kuala Lumpur. Telah terjadi perkara yang tidak
pernah disangka oleh sesiapapun, dia diculik dan di jadikan tebusan serta di
bawa ke Algeria oleh Sheikh Mahdi seorang pemimpin sebuah pertubuhan Islam. Di
sana dia telah ditukar namanya menjadi Muaz dan dilatih menjadi seorang Pejuang
Islam, Kerana kehandalannya dia telah dihantar bertugas dibanyak Negara dan
menimba banyak pengalaman yang menjadikan dia mesin pembunuh dan digeruni oleh
pihak musuh, sehinggalah dia bertemu dengan Maria Biskic dan telah menjalankan
hubungan dengan Wanita berbangsa Bosnia itu. Muaz menjadi buruan pihak CIA kerana
mereka mendapat maklumat yang ia adalah orang yang menghapuskan Perdana Menteri
Israel dan kerana sukar untuk menangkap dan memerangkap Muaz mereka telah
menggunakan cara yang hina iaitu menangkap sahabat baik dan teman wanitanya.
Kerana
dipengaruhi perasaan marah dan benci dengan tindakan CIA itu dia telah
mengambil keputusan untuk memecah masuk Ibupejabat CIA di Lengley, tetapi
tindakan nekad Muaz itu telah membawa padah kepadanya dia bukan sahaja
kehilangan kawan baik dan teman wanitanya malahan Muaz sendiri telah ditembak
dan jatuh ke dalam sungai. Dengan Kuasa ALLAH Muaz, tidak mati kerana tembakan
itu tetapi dia telah kehilangan semua ingatannya, dia telah dianggap mati oleh
CIA sehinggalah Takdir ALLAH telah mengembalikan Muaz untuk membongkarkan
segalanya…..