Home Novel Thriller/Aksi Bidadari Encik Mafia (Completed)
BEM 55

TANGAN Qarizh digenggam perlahan. Masuk hari ini, sudah dua minggu suaminya tidak sedarkan diri. Wajah pucat lesi Qarizh ditenung tanpa lepas. Hatinya dipagut sayu. Setiap hari, dia datang melawat dengan harapan Qarizh bangun dan tersenyum melihatnya. Beberapa hari yang lepas, kesihatan Qarizh tiba-tiba jatuh merundum. Hampir saja dia jatuh pengsan. Namun sempat ditahan oleh Haura. Gadis kecil itu sentiasa menemaninya. Sedikit pun tak pernah berenggang. Haura benar-benar menunaikan janjinya pada Qarizh untuk menjaga dia sementara suaminya belum sedar.

"Hubby... lamanya hubby tidur. Dira rindu hubby sangat-sangat. Rindu nak tengok senyuman hubby." Dia mengetap bibirnya, menahan tangisannya yang hampir saja terhambur. Itulah rutinnya setiap hari. Mengharap Qarizh bangun dari komanya. Tiada lagi perasaan ceria menyinari dirinya.

"Dah nak dekat dua minggu dah. Hubby tahukan yang Dira pregnant. Hubby happy tak? Kandungan Dira dah nak masuk dua bulan dah. Dira tak sedar pun yang Dira pregnant. Mujur baby selamat dalam kandungan Dira. Tapi hubby kenalah bangun, Dira nak hubby." Menitis juga air matanya. Cuba untuk terus bertahan namun gagal.

"Hubby..." Indira terkejut apabila melihat air mata Qarizh mengalir dengan kedua-dua belah matanya yang masih terpejam. Dipandang mesin talian hayat itu dengan perasaan cuak. Syukur dipanjatkan di dalam hati apabila melihat garisan yang ditayangkan pada skrin mesin itu, baik-baik saja.

"Hubby... hubby dengar suara Dira, kan? Sebab tu hubby menangis. Hubby pun rindukan Dira, kan? Bangunlah hubby, hubby kata hubby mafia. Mafia kenalah kuat. Mana boleh terbaring lama-lama macam ni. Hubby kata nak berubah. Nak ciptakan momen kita bersama." Indira mengucup tangan Qarizh bersama linangan air mata.

Namun, Qarizh masih lagi terbaring kaku. Air matanya sudah pun berhenti dari mengalir. Perlahan Indira melepaskan nafas panjang. Diusap tangan si suami dengan penuh kelembutan. Jari-jemari Qarizh juga diurut ringan satu per satu.

"Akak, jom makan dekat kafe. Abang Izz suruh akak makan dulu. Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari, akak kena makan ubat nanti," panggil Haura yang berdiri di muka pintu wad.

"Siapa jaga suami akak?"

"Aku, Dira." Hilmi muncul di tepi Indira dengan senyuman kecil.

Indira membalas senyuman Hilmi lalu bangun dari duduknya. Genggaman tangannya dan Qarizh dileraikan perlahan. Sebuah kucupan hangat dilabuhkan pada dahi suaminya sebelum mengelus pipi Qarizh buat seketika.

"Jangan risau. Aku akan tengokkan dia. Kau pergi makan. Jaga kesihatan kau dengan baby," pesan Hilmi.

Indira sekadar menganggukkan kepalanya lalu berpegangan tangan dengan Haura.

Hilmi memandang ke arah dua susuk tubuh itu sehingga hilang dari pandangannya. Bibirnya mengulum senyum. Kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil Qarizh ditarik mendekat lalu melabuhkan punggungnya. Pandangannya dipakukan pada wajah sahabatnya itu.

"Qarizh... aku ni... Hilmi..." Hilmi menggenggam tangan Qarizh perlahan.

"Bila kau nak bangun, dok? Aku dengan Yan rindu nak dengar suara kau. Budak-budak lain pun rindukan kau." Hilmi cuba menahan sebak yang mula membuatkan dadanya mengetat.

"Selalu kau tercedera, kau akan terus sedar tak sampai sehari lepas kau kena rawat. Kenapa kali ni kau tak bangun-bangun? Kau mimpi apa? Tak nak share dengan aku ke?" Dia tertawa kecil. Matanya sudah berkaca-kaca.

"Kau nak layan mimpi lama-lama tu, agak-agaklah. Kesian isteri kau setia tunggu kau ni, hah. Lagi-lagi dia mengandung. Aku happy doh, kau tak lama lagi nak jadi bapak. Mesti comel gila anak kau. Kau dengan Dira memang sepadan. Bagai bulan dengan bintang. Confirm punya anak-anak kau cantik-cantik."

Senyuman Hilmi mengendur. Nafas dihela perlahan. Tangan Qarizh ditepuk-tepuknya lembut.

"Aku tahu kau penat gila hadap semua ni. Tapi jangan lama-lama sangat. Nak sambung rehat tu biarlah masa kau dah sedar. Jadi, orang tak terlalu risaukan kau. Dira pun takkan tertekan sebab terlalu risaukan kau."

Hilmi senyum kecil.

"Tak apa, aku cuma luah saja. Aku tahu kau akan bangun. Kau rehatlah sepuas-puasnya. Aku nak ke tandas jap. Tumpang tandas dalam wad kau ni, eh." Hilmi bangun sekali gus meleraikan genggamannya pada tangan Qarizh.

"Eh?" Hilmi tersentak. Perlahan dia menoleh ke arah Qarizh. Terkelip-kelip matanya.



MAKANAN yang berada di atas meja, langsung tidak menarik seleranya. Fikirannya menerewang memikirkan Qarizh yang masih lagi belum sedarkan diri. Bila Qarizh tiada di hadapan matanya, mulalah pelbagai andaian demi andaian bermain di dalam minda sehingga kepalanya berasa sakit. Terlalu banyak fikir. Mujur adanya Haura yang sentiasa menemaninya setiap masa, membuatkan dirinya sedikit terus untuk meneruskan kehidupan seharian.

"Akak, lepas makan ni, akak nak balik? Atau..."

"Akak nak singgah wad Qar sekejap. Haura tunggu akak. Akak sekejap saja. Tak lama. Akak janji. Lepas tu, kita balik."

Haura senyum. Kepala diangguk sekali.

Ting! Ting!

Notifikasi telefon bimbit Haura berbunyi. Pantas tangannya menekan ikon Whatsapp yang muncul di notifikasi pada skrin telefon bimbit apabila tertera nama Hilmi.

Hilmi Nazran

Haura, Qar dah sedar! Abang terkejut sangat. Haura dekat kafe lagi ke? Dah sudah makan ke belum?

Haura terpaku apabila membaca chat yang dihantar oleh Hilmi. Sempat lagi dia mengerling ke arah Indira yang sedang makan.

Haura Sahirah

Seriously, abang? Ya Allah, syukurlah. Mesti akak suka sangat. Should I tell her now, abang?

Laju saja Hilmi membalas chat Haura.

Hilmi Nazran

Don't, not yet. Qar kata biar Dira habis makan dulu. Nanti bawa dia datang sini. Qar nak jumpa Dira.

Haura tersenyum lebar. Setelah dua minggu, akhirnya Qarizh sedarkan diri. Suami Indira memang kental.

Haura Sahirah

Noted, abang. Tunggu sekejap. Akak ngn Haura tengah makan. Lagi sikit.

Hilmi Nazran

Okey, sayang. Abang dengan Qar tunggu.

Fuh... berbunga hati Haura membaca chat Hilmi yang terakhir itu. Tak pasal-pasal jantung dia bermaraton. Haish!

"HAURA, kepala akak pening sikitlah. Tiba-tiba je. Akak rasa kita balik jelah dulu kut. Akak takut apa-apa berlaku kat baby. Darah akak ni pun kejap naik kejap turun."

Haura terkebil-kebil. Mana dia nak selongkar idea mahu memujuk Indira untuk pergi ke wad Qarizh.

"Kak, kita masuk kejap wad Abang Qar. Abang Hilmi tunggu kita. Katanya ada benda nak cakap sikit."

Indira terdiam seketika. "Pasal apa? Qar ke? Kenapa dengan dia? Doktor cakap apa?" Dengan mudah, matanya berkaca-kaca. Emosinya sejak hamil ni, terlalu senang tersentuh.

"Kak, jangan nangis. Abang Qar okey saja. Please, jangan nangis. Ikut je Haura sekejap, ya?" Cuak sudah Haura melihat mata Indira yang sudah berair. Aduh....

"Baiklah..." Indira memaut lengan Haura agar dapat menyeimbangkan badannya. Kepala yang berpusing, cuba ditahan.

"Assalamualaikum..." Haura memberi salam sebaik saja melangkah masuk ke dalam wad. Kelihatan Hilmi rancak berborak dengan Qarizh yang sedang bersandar pada kepala katil berlapikkan bantal.

"Waalaikumussalam. Hah, sampai pun." Hilmi tersenyum lebar. Dipandangnya Indira yang berdiri terkaku di sebelah Haura. Pastinya gadis itu terkejut besar.

"Hub... hubby...." Air mata Indira menitis ke pipinya saat pandangan matanya terkunci pada wajah Qarizh yang masih pucat itu. Tetapi kali ni, bersama dengan senyuman seperti yang dia impikan selama dua minggu ini.

"I'm sorry, sayang. Hubby buat sayang risau dengan tempoh masa yang lama macam ni. I tried my best to be consious."

Indira tidak membalas. Sebaliknya, tubuh Qarizh dipeluk erat dengan tangisannya yang sudah terhambur.

"Shhh... sayang... jangan menangis..." Belakang tubuh Indira diusap lembut. Sungguh dia merindui bidadarinya ini. Kata Hilmi, dia tidak sedarkan diri selama dua minggu dek dadanya ditikam oleh Yazir. Baginya dua minggu itu sungguh lama. Kasihan Indira menunggunya untuk bangun semula. Dan dari sini dia sedar, yang Sang Pencipta memberikannya peluang untuk hidup dan bertaubat kepadanya.

Indira tak mampu nak bersuara. Dia hanya memeluk tubuh Qarizh tanpa ada niat mahu lepas walau sesaat.

"Sorry, baby papa. Papa buat mama menangis. Papa janji yang lepas ni papa akan berubah dan sentiasa bersama dengan korang berdua. Sampai akhir hayat papa ya, sayang." Qarizh mengusap perut Indira yang sudah ternampak sedikit bentuknya. Perasaannya ketika ini, sukar untuk dia gambarkan. Terlalu gembira. Dia akan menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Berita ini adalah berita yang paling gembira yang diterima sebaik saja dia sedar daripada koma.

Indira mendongakkan kepalanya. Jarak wajahnya dan Qarizh terlalu dekat sehingga terasa deru nafas masing-masing. Sungguh dia terharu dengan omongan Qarizh sebentar tadi.

"I love you, sayang. I miss you so much." Qarizh mengucup dahi Indira lama. Melepaskan rindu yang membengkung di dada.

"I love you more, more and more. I miss you a lot...." Indira membalas dengan nada suaranya serak basah dek menangis.

Haura dan Hilmi sudah pun keluar dari wad, memberi ruang kepada pasangan suami isteri itu melepaskan rindu.

"Dapat juga Haura lepaskan nafas lega bila tahu Abang Qar dah sedar. Mesti Kak Dira happy plus terkejut sangat, kan?" Ditolak kepalanya memandang ke arah Hilmi yang berada di sisi. Lelaki itu hanya merenung ke arahnya tanpa membalas soalannya tadi.

"Abang?"

"Hah, Haura cakap apa?" Masaklah dia macam ni. Kantoi bila Haura dapat tahu yang dia merenung gadis itu tanpa lepas. Parah sangat dah nampak gayanya Hilmi Nazran ni.

"Hish, merajuklah. Cakap sebelah-sebelah aje pun. Takkan tak dengar. Yang duk tenung Haura sampai nak tertembus dinding wad Abang Qar tu kenapa?" Haura mencebik. Tangan disilangkan ke dada. Sesekali nak mengada dengan bakal suami sendiri, tak salahkan?

"Ya Allah, jangan merajuk. Please... sumpah abang tak pandai nak pujuk perempuan merajuk ni. Takut makin merajuk aje nanti kalau abang pujuk."

Haura tahan ketawa. Haih... sabar ajelah dengan Hilmi ni. Nak merajuk lama pun tak boleh. Ada saja nak buat dia ketawa.

"Nak merajuk juga. Bye." Haura terus berjalan meninggalkan Hilmi di belakang.

"Sayang... janganlah tinggalkan abang. Nangis abang nanti..."

Tahan gelak, Haura. Kau jangan nak gelak. Merajuk lama sikit. Getus Haura di dalam hati.

"Sayang... abang belanja aiskrim nak tak? Sayang suka aiskrim Chocotop MCD tu, kan?"

Haura menelan air liurnya. Chocotop, aiskrim kesukaannya. Hilmi memang main tipu! Menggunakan kesukaannya untuk memujuk. Memang cepat cairlah macam ni.

"Ayang..." Makin mendayu-dayu suara Hilmi memanggil Haura yang masih lagi mendiamkan diri tidak berkutik.

"Hmmmmmm...." Haura memusingkan tubuhnya menghadap Hilmi. Tangan naik mengusap dagunya.

"Bukan nak aiskrim je. Nak... Chatime... Big Apple... lepas tu...." Haura mula menyenaraikan makanan dan minuman kesukaannya. Masaklah Hilmi macam ni. Belum kahwin lagi, dah macam-macam permintaan harus diturutkan.

"Serius sayang abang ni, nak semua tu? Tak sakit perut ke nanti, makan banyak-banyak?"

Haura terus mencebik.

"Okey, okey. Abang beli. Anything for you. Jom..."

"Eh, Kak Dira macam mana?" Haura wajib ingat akan kakak kesayangannya itu.

"Biarlah dia spend time dengan Qar. Kita pergi makan sekejap. Sayang chat dia bagi tahu yang kita nak pergi makan sekejap. Lepas tu, kita ambil dia dan balik rumah."

Haura mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Eh..."

"Apa lagi, sayang?" Duk ber-eh-eh Si Haura ni. Sabar ajelah.

"Sejak bila abang tukar panggilan Haura ni? Sayang tiada dalam nama Haura. Kenapa abang panggil sayang?" Lurus benar Haura Sahirah ini bertanya. Riak blur ditayang.

"Errr...." Hilmi tercengang. Boleh pulak Haura tanya dia soalan macam tu? Jawapan apa dia nak bagi. Aduhai....

"Hehe! Alah... cuaknya muka tu. Haura saja ajelah. Abang panggil Haura sayang sebab abang sayangkan Haura! Kan, kan, kan!" Haura menyengih. Suka dia dapat menyakat Hilmi.

"Hish, sayang ni. Nasib belum kahwin... kalau tak...."

"Lari dulu!" Haura berlari sehingga keluar dari bangunan hospital sambil bergelak-tawa.

"Haura!" panggil Hilmi sambil mengejar gadis itu.

Pinnnnnn!

Tawa Haura terpadam apabila tersedar yang dirinya berada di tengah-tengah kawasan lot parkir sekali gus terdengar bunyi hon kereta yang boleh dikatakan sangat dekat dengannya.

"Haura Sahirah!" jerit Hilmi. Laju saja tangannya menarik lengan Haura sehingga masuk ke dalam dakapannya sebelum mereka berdua terjatuh di atas jalan.

Pemandu kereta itu langsung tidak berhenti. Malah, memecut laju keluar dari kawasan hospital tanpa bertanya tentang keadaan mereka berdua. Memang pentingkan diri!

"Haura Sahirah! Kalau nak bergurau dengan abang, tengok keadaan. Jangan buat abang takut!" tengking Hilmi tanpa sedar. Tubuhnya sedikit menggigil apabila melihat Haura yang hampir saja dilanggar oleh kereta tadi. Secara automatik dia teringatkan bagaimana arwah Qasrina meninggal dunia. Dia masih dalam trauma walaupun sudah dua tahun berlalu.

"So... sorry..." Air mata Haura jatuh menitis ke pipi. Ini pertama kali, Hilmi menengkingnya. Nada suara Hilmi yang tinggi itu membuatkan dia terkejut sekali gus hatinya terusik. Dia tahu salah dia. Janganlah tengking sampai macam tu sekali.

Hilmi terdiam apabila melihat air mata Haura jatuh. Dia tak sengaja. Dia betul-betul tak sengaja. Semuanya berlaku luar kawalan dia.

"Haura... abang minta maaf, sayang. Abang tak sengaja. Abang tak ada niat nak marah Haura. Abang takut. Abang takut Haura tinggalkan abang tu aje. Abang tak nak kehilangan Haura lagi."

Lagi... kenapa Hilmi kata lagi? Kerana dulu Haura pernah ditikam sehingga ditahan di wad. Dalam beberapa hari, tidak sedarkan diri. Membuatkan Hilmi berasa tidak keruan. Kepala otaknya ketika itu tidak habis-habis memikirkan Haura. Ditambah lagi dengan Kizo yang memberikan tekanan pada dia.

"Haura minta maaf jugak. Haura tak sengaja. Abang jangan takut. Haura akan ada sentiasa dengan abang. Lagi-lagi lepas kahwin nanti..." Haura menyengih.

Hilmi tercengang buat sekali lagi. Eh, eh budak ni. Orang tengah takut dan risau. Dia menyempat pula sebut pasal kahwin. Siap menyengih lagi. Memang Haura Sahirah ini seorang gadis yang lain daripada yang lain. Dia fikirkan Indira saja. Rupanya Haura pun sama.

"Abang bangunlah. Sampai bila abang nak bersimpuh dekat atas jalan tu? Kalau duk depan tok kadi pun, pengantin lelaki duduk bersila, kan?"

Ya Allah.... Hilmi dah tak tahu nak berkata apa. Haura memang suka buat jantungnya berdebar-debar. Memang lain macam!

"Haura, sudah sayang. Sabar, ya. Jangan risau. Abang akan kahwin dengan Haura. Abang takkan kahwin dengan perempuan lain."

Haura membulatkan matanya. "Amboi, macam ada niat aje nak kahwin lain. Ini boleh mengundang lava api kemarahan yang sangat mengerikan. Jangan main-main, abang. Haura bukak langkah penuh rahsia Haura ni, mahu terpeleot badan abang tu."

Terkelip-kelip mata Hilmi memandang Haura. Belum kahwin lagi dah kena ugut. Bukan setakat masak dah ni, rentung dah terus dia macam ni. Haih... nasib baik sayang....

"Ya, sayang. Abang janji. Dah, jom. Kita pergi makan, ya. Haura tak ada luka dekat mana-mana, kan?" Hilmi bangun lalu mendekati Haura.

"Ada." Sepatah saja Haura jawab sambil menayang wajah cemberut.

"Lah, kenapa tak cakap dari tadi? Dekat mana? Kita masuk dalam balik. Biar doktor rawat, karang masuk kuman."

Haura geleng. "Luka ni, doktor pun tak boleh nak rawat."

Hilmi bingung. Tangannya sudah naik menggaru kepala yang terasa gatal.

"Kenapa pulak doktor tak boleh rawat luka tu? Sayang luka dekat mana sebenarnya?"

Haura tekap dadanya. "Hati Haura sakit sebab kena tengking dengan abang. Senarai makanan yang Haura buat tadi, nak tambah lagi satu sebagai denda." Lalu dia berjalan meninggalkan Hilmi yang terkebil-kebil keseorangan di situ.

"Eh, yang. Tunggu abanglah!" Hilmi mengejar langkah Haura yang semakin jauh darinya. Laju betul budak kecik tu jalan. 


Previous: BEM 54
Next: BEM 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurshaza