Home Novel Thriller/Aksi SERINGAI
SERINGAI
#mystrill
21/11/2019 19:04:47
32,352
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

Keadaan dalam kelab Hell Fire sungguh tidak selesa buat Ana. Dia terasa panas dan lemas. Tiada ruang bernafas dalam tempat gelap dan berasap itu. Bau rokok dan masam alkohol memenuhi rongga hidungnya. Beberapa kali dia mengibas tangan di depan hidung, menghilangkan asap rokok dari pengunjung-pengunjung kelab. Dia menyesal bersetuju dengan pelawa anIqa, rakan karib Ana sejak zaman diploma lagi yang memang terkenal di kalangan rakan-rakan mereka sebagai kaki kelab tegar.

Sekarang dia ditinggalkan di meja bersendirian dengan lelaki yang baru dia kenali kurang dari sejam lalu. Victor masih tersengih di sebelah Ana.Dia serta-merta tidak sukakan Victor apabila pasangan Iqa memperkenalkan Victor pada Ana. Ada sesuatu yang merunsingkan Ana di sebalik senyuman Victor. Anak mata lelaki itu bersinar merah dengan malap seperti ada aura jahat. Dia cuba untuk tidak memikirkannya lagi dan hanya menumpukan perhatian pada muzik yang berkumandang. Iqa dan pasangannya sudah hilang di tengah lautan manusia yang sedang ghairah menari mengikut rentak lagu “Dissolve Girl” oleh Massive Attack. Ana tidak suka menari dengan lelaki asing.

Dia perasan Victor ingin berbual. Lelaki berambut pacak-pacak itu merapatkan kerusi mereka. Ana cepat-cepat keluarkan iPhone5S pemberian seorang mamat kaya yang menyimpan perasaan padanya. Ana tidak menerima lamaran lelaki tersebut untuk menjadi teman wanitanya sebaliknya dia berkeras untuk menjadi kawan rapat. Lelaki tersebut tidak pernah berputus asa. Ana sering keluar bersama menemani lelakiitu ke mana sahaja dan kadang-kadang Ana beri peluang juga kepadanya, bercumbu dan ‘ringan-ringan’ namun tidak pernah melakukan hubungan seks. Lelaki malang itu digantung tanpa tali oleh Ana. Dan dia bukanlah lelaki pertama yang terjerat dengan gadis itu.

Jam sudah menunjukkan pukul sebelas empat puluh lima. Iqa berjanji mereka tidak akan lama menari, hanya satu lagu sahaja. Sekarang sudah hampir empat lagu silih berganti, batang hidung Iqa dan pasangan masih belum muncul-muncul lagi. Dia sudah masak dengan perangai Iqa, tetapi memandangkan mereka sudah berkawan rapat sejak sekelian lama, dan Ana sudah letih berdebat dengan Iqa, dia turutkan sahaja permintaan BFF-nya itu. Iqa tak mengambil masa yang lama meyakinkan Ana untuk berkunjung ke kelab ini. Ana mengeluh. Dia menghantar mesej WhatsApp.

“Woi. Lepaklah kat table. Mati kutu aku dengan mamat ni. Muka cam pervert je. Seram aku tengok. Lepak la sini. Please.”

Ana lihat dua tanda tick masih kelabu, langsung tidak diendahkan mesejnya. Iqa masih seronok di lantai tari bersama Hassan. Victor merapatkan mukanya dengan muka Ana. Sebotol Heineken kemas digenggam di tangan kiri. Ana perasan barisan gigi Victor bersinar putih seperti mutiara, menyeringai ke arahnya. Dia mengherotkan mukanya, jijik dengan gerak geri Victor.

He’s creeping me out la Iqa. Getback here, please.” Mesej dihantar lagi.

Ana memasukkan telefonnya ke dalam clutch bag merah Ferragamo dan meminta diri untuk ke tandas. Dia menahan nafas kerana mulutVictor yang masam dengan bau arak.

Excuseme Victor. I nak pi toilet.” Ana terus berlalu tanpa menoleh ke belakang. Victor ditinggal bersendirian bersama Heineken yang sudah tinggal separuh. Lelaki yang sudah menggelodak nafsunya itu mengeluh kecewa. Victor menyumpah geram, kata-kata makinya seperti ‘bitch’ dan ‘berlagak’ tenggelam dalam laungan speaker kelab tersebut. Untung rakannya, Hassan, dapat Iqa yang lebih peramah dan manja dari si Ana yang sombong dan berat mulut. Victor menyumpah Hassan dalam hati berkali-kali, membuat nota minda, lepas ini biar dia pula yang pilih dulu. Dia memandang sekeliling jika ada mangsa lain yang boleh menggantikan Ana.

Ana berjalan dengan kelam-kabut sambil mengelak pengunjung kelab yang sedang terkinja-kinja kegirangan. Lagu “Self Control” dendangan Raf versi remix yang lebih rancak dan gelap bergema membingitkan telinga Ana. Beberapa orang lelaki menyapa dan membuat mimik muka lucah ke arahnya tetapi Ana buat tak endah. Dia mendengus beberapa kali bila punggung dan payudaranya dihinggap tangan-tangan gatal. Ana semakin rimas. Terasa nafasnya semakin tidak keruan.

“Hmmm. Sedap.” Suatu suara garau berbisik di telinga Ana. Dia berpaling dengan perasaan membara meluap-luap. Sangat mustahil untuk Ana mencari milik suara tersebut di dalam lautan manusia yang sedang menari dalam keadaan separa gelap. Mahu saja dia cilikan mulut celupar itu dan menyumbat kasut tumit tingginya ke dalam hidung pemilik suara tersebut. Dia terlanggar seorang lelaki bertubuh sasa ketika dia berpusing semula. Kalau lelaki tersebut tidak menyambut Ana, sudah pasti dia jatuh terjelopok ke belakang.

Ana tersentak melihat wajah kacak Pan-Asianl elaki itu. Wajahnya macho dan perkasa, bukan jambu seperti penyanyi K-Pop yang menjadi kegilaan Iqa. Rambut lelaki itu kemas dan berkilat disikat ke belakang. Matanya melirik tajam ke arah Ana.

S-Sorry.” Suara Ana tersekat-sekat. Kenapa bukan dia yang datang lepak bersama mereka di meja tadi? Hati Ana berbisik.

Previous: BAB 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill