Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
119,030
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 31
"Ustaz.. malu sebenarnya saya nak bercerita siapa suami saya pada Ustaz. Lagi pula di hadapan anak-anak tahfiz ini. Mana mungkin saya tergamak membuka aib suami saya Ustaz?" ujar Datin Syamimi dengan wajah penuh resah. Dia hanya mampu menundukkan wajahnya tanpa dapat bertentang mata dengan Ustaz Lokman. Yang saya tahu, suami saya dulu agak nakal orangnya. Itu sahaja. Nakal yang bagaimana tu saya sendiri kurang pasti Ustaz..maafkan saya", sambung Datin Syamimi bersama helaan nafas penuh kesalan. 


"Datin..saya tidaklah berniat untuk memburukkan Datuk, cumanya saya tak pasti bagaimana dapat membantu Datuk dengan lebih baik dan cepat kalau saya tidak tahu kisah sebenar. Datin pasti tiada yang mencurigakan tentang Datuk sewaktu dia muda-muda dulu? sebelum dia menjadi suami Datin contohnya?". Ustaz Lokman masih berusaha mengorek kisah silam Datuk Akhtar. Baginya, pasti keadaan yang berlaku pada Datuk Akhtar sekarang berkait rapat dengan kisah silam masa mudanya dahulu. Dan untuk membantu memulihkan Datuk Akhtar dia perlu tahu apakah yang telah berlaku dahulu. 


"Baaiklahh Ustaz. Boleh kita beransur ke ruangan solat di hujung sana?" seraya tangan Datin Syamimi lurus menunjukkan kearah satu ruang di dalam rumah agam tersebut. Kedua-dua mereka berjalan seiringan menuju ke ruangan tersebut menjauh daripada tempat Datuk Akhtar dan anak-anak tahfiz tadi. 


"Ceritanya, yang saya dengar-dengar dahulu, suami saya ni masa mudanya memang menjadi kegilaan ramai perempuan. Tapi khabarnya dia hanya setia pada seorang sahaja. Dan pemilik nama itulah yang disebut-sebut tadi." 

"Maksud Datin, perempuan yang namanya Zeaya?" 

"Yea Ustaz. Saya sendiri kurang pasti apa yang terjadi pada hubungan mereka,  kerana tiba-tiba sahaja saya disuruh oleh keluarga untuk menerima pinangannya sewaktu kami sama-sama belajar di luar negara dulu. Kerana kurang berpuas hati, saya merisik juga pasal Datuk, dan daripada cerita-cerita yang saya dengar, khabarnya Zeaya itu curang kepadanya sampai mengandung Ustaz!!. Sebab itulah dia ditinggalkan!". Datin Syamimi sengaja menekankan perkataan curang itu. 


"Datin percaya dengan cerita-cerita tanpa bukti tu?" 

"Nak bukti apa lagi Ustaz? cerita pasal Zeaya mengandung anak luar nikah tu setahu saya, satu kampus universiti suami saya tahu dulu". 

"Kalau Zeaya bagai merpati dua sejoli dengan suami Datin dulu, macam mana anak tu jadi anak orang lain kan? musykhil pulak saya!" tingkah Ustaz Lokman.

"Apa maksud Ustaz?" 

Previous: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.