Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
100,022
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 5
“Dah la Zeaya.. saya tak nampak apa pun.. jommm!! hujan dah berenti nih!” ujar Nursyamia sambil menarik tangan Zeaya.  

“okay-okay.. jommm!” sahut Zeaya mengiakan sahaja kata-kata Nursyamia. Dia tidak mahu memanjangkan cerita kerana hijab mata Nursyamia pastinya masih tertutup. 

“Itu lebih baik daripada membahayakan nyawa Nursyamia sekiranya dia mampu melihat benda-benda yang tidak sepatutnya dia lihat..” desis hati Zeaya. 

Walaupun menyedari dirinya juga bukanlah makhluk yg  sepatutnya boleh dilihat oleh Nursyamia, namun Zeaya telah berjanji pada dirinya, untuk menjadi “semanusia” mungkin sehinggalah dia bergradusi kelak. 

“Dah sampai pun. ...aaahhhh.. penattttnyerrrr!”.. rungutan kecil Nursyamia menyedarkan   Zeaya.

“Ehhh.. a’ahhh laaa.. huhuhu”.. 

“Awak?! Sambil jalan pun boleh mengelamun yek?! Hebakk..hebakkk!!” ujar Nursyamia sambil mengukir senyuman sinis. 

“Mujur tak tersadung kaki awak.. nampak longkang tuh?!” sambil muncung kan mulutnya ke arah longkang kecil tidak jauh dibelakang mereka.

“ nyarissss tauuu dakkkk?” sambungnya.

“Nyaris ape?” soal Zeaya kehairanan.

“Nyaris awak nak tersadung laaa tadi!.. aiyohhhh Zeaya!!”

“Erkkk.. Huh? Ohhh yea kee?”

“Iye la Cik Zeaya oiiii”..

“Kita jumpa esok yea? Kat kelas?..”sambung Nursyamia. Dia ingin segera membersihkan dirinya, menunaikan solat Maghrib dan merehatkan diri. Kepalanya juga mulai terasa berat. 

“Okay Nursyamia, jumpa esok”.. Zeaya berlalu pergi setelah memastikan Nursyamia menutup pintu bilik asramanya. “Harap kau datang esok Nursyamia”..

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.