Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
100,029
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 26
Zeaya merenung sayu wajah Nursyamia yang terlelap setelah menelan  ubat yang berikan. "Bagaimana mungkin ini terjadi?" desis hatinya. "Kenapa mesti dia anak kepada pembunuh aku dan anakku?" "Kenapa diaaa?" hati Zeaya galau memikirkan nasib Nursyamia. "Kalaulah dia tahu siapa aku?!..arghhhh..masakkk aku macam ni!!"..desis hatinya lagi.

 

Dalam resah yang semakin menggunung, Zeaya tetap mencuba sebaik mungkin memastikan Nursyamia selesa berada di rumahnya. Rumah yang kelihatan seperti rumah moden pada padangan mata kasar manusia biasa tetapi tidak pada padangan makluk sepertinya atau manusia yang terbuka hijabnya. Hakikat sebenar, rumah Zeaya ialah sebuah pondok usang yang terletak jauh di tengah hutan, dengan atap yang hampir runtuh, dan dinding yang semakin roboh bersebelahan pula dengan sepohon ara dengan akar yang berjuntaian ke tanah. "Arghhh..rumahku syurgaku!"... "Yeaalahh..kan aku cik ponti, takkan nak duduk rumah banglow pulakk...!huhuuhhhhehehe".


Melihatkan sekujur tubuh Nursyamia yang lena diselimuti selimut kulit harimau sebenar, Zeaya dengan lembut mengelus anak rambut Nursyamia. Lagaknya seperti seorang ibu sedang membelai si anak yang sakit dengan penuh kasih dan perhatian. 


" Maafkan aku Nursya..andaikata aku tidak dibunuh oleh ayahmu dulu, pasti bukan begini cerita kita..bagaimana harus aku terangkan? apa yang boleh aku cakapkan? percayakah kau pada aku kiranya aku menyatakan ayahmu adalah punca semua ini?" Dada Zeaya bagai mahu pecah memikirkan tindak balas yang bakal berikan oleh Nursyamia sekiranya dia bertindak membuka cerita yang telah bertahun tersimpan ketat.

 

Masih lagi terbayang onar kejahatan yang dibuat oleh Akthar Henderson kepadanya, namun mujurlah raut wajah Nursyimia tidak membawa genetik ayahnya. 

Ketika itu, barulah Zeaya menyedari, wajah sederhana milik Nursyamia adalah dari ibunya. "Sedap juga mata memandang..redup dan sejuk sahaja wajahnya.." desis Zeaya lagi. "Esok sahaja aku fikirkan macam mana nak terangkan pada Nursyamia tentang kisah durjana ayahnya dulu..aku perlu berehat".  Perlahan-lahan Zeaya menutup tabir mata. 


Sesaat itu juga, Zeaya kembali kepada rupa asalnya. Kuku pada jemarinya perlahan-lahan memanjang dan meruncing serta berona hitam. Kulitnya yang putih mulus perlahan-lahan bertukar menjadi sedikit kering dan menggerutu. Rambutnya yang ikal mayang perlahan-lahan menjadi kering dan kembang mengerbang. Sepasang taring juga mulai menjulur keluar daripada ulas bibirnya yang pucat kehitaman. Pasti Nursyamia ngeri sekiranya dia melihat rupa sebenar sahabat baiknya itu. Tetapi apa kan daya, hijab matanya belum terbuka dan Zeaya sebaik mungkin akan menyembunyikan siapa dirinya...




Previous: Bab 25
Next: Bab 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.