Home Novel Seram/Misteri CHE' PONTI NAME ZEAYA
CHE' PONTI NAME ZEAYA
asmaya ally
20/10/2020 15:22:59
97,626
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 23
“Aabangggg…?!” Mata Datin Shamimi meliar kiri dan kanan. Terlihat di pandanganya belukar dan semak samun yang tidak bertepian sepanjang perjalanan mereka menuju ke alamat yang diambil dari asrama Nursyamia. Air muka Datin Shamimi jelas menunjukkan kegelisahan. 

“Shusshh.. rileks sudah la intan payung.. dah alamatnya macam ni.. kita ikut je laa”.. ujar Datuk Akhtar sekadar menutup resah dihatinya sendiri. 

“Kenapa aku mcm pernah lalu jalan ni?!” Getus hatinya. Saat tuh jantung Datuk Akhtar berdegup kencang. Mata mengamati dengan jelas jalan yang dilaluinya.”Argghh.. tak mungkin laahhhhh”. 

“Eehhh.. aadaa tasikkk la banggg?!.. tuhh..tuhh…!!” tiba-tiba Datin Shamimi bersuara semula dengan jari yang dihalakan dan mulut yang dimuncungkan ke arah tasik yang kelihatan berbalam-balam dek kedalaman airnya. 

“Sreettttttttttttt!!!!” “Kukkkk!!!” 

“Adoiiiii!!!” Jerit Datin Shamimi. Tangannya segera mengusap dahi yang kemerahan akibat hentakan pada  dashbord kereta yang dihentikan secara tiba-tiba oleh si suami. 

“Abang dah kenapa? Sakit laaaaa!!” gerutu Datin Shamimi kebingungan saat suaminya menghentikan kereta yang dipandu. 

Namun Datuk Akhtar langsung tidak memandang ke arah Datin Shamimi. Matanya tertancap kukuh pada pacangan kayu berbentuk seperti lambang agama Kristian di hujung tasik. Saat itu juga, hidungnya tertangkap bau seperti daging yang sedang dipangang. 

“Aarghhh… bau nihhh” desis hati Datuk Akhtar. Bau yang sangat menusuk hidungnya. Serentak dengan itu juga pintu kereta di buka dan dia meluru keluar. “Zeayaaa..Zeaya.. Maafkan aku..maafkan aku..!!!” 

“Aabanggg.. nak kemana tuhhh??!” Laung Datin Shamimi yang kaget ditinggalkan sebegitu. 

“Apa yang berlaku nihhh.. Ya Allahhh”

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.