Home Novel Seram/Misteri MARGASATWA
MARGASATWA
Saidee Nor Azam
23/2/2013 13:30:04
104,804
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
SINOPSIS

Sinopsis

MARGASATWA

TIGA penuntut sebuah Universiti tempatan hilang di hutan Tasik Kenyir. Dipercayai mereka telah diserang binatang buas, ini kerana ada kesan cakaran dan darah ditemui di kawasan perkhemahan mereka. Anehnya, mayat-mayat mereka tidak ditemui dan pihak ranjer hutan tidak dapat mengesahkan binatang apakah yang menyerang pelajar-pelajar tersebut, kerana kesan tapak kaki yang dijumpai langsung tidak menyamai tapak kaki binatang pemangsa seperti harimau mahupun beruang. Tapak kaki misteri itu terus menjadi persoalan, apakah yang menyerang dan apakah nasib mangsa, antara masih lagi hidup ataupun mati. Manakala Adi Putra yang kecewa dalam percintaan telah memilih untuk menjadi novelis seram sepenuh masa. Dia nekad ke Tasik Kenyir setelah mendengar akan kehilangan misteri tersebut. Dia berminat dan teruja untuk mengabadikan kisah misteri itu ke dalam novelnya. Tetapi Adi Putra tidak mengetahui bahawa maut sedang menantinya di sana.

Previous: BAB 5
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.