Home Novel Seram/Misteri MANUSCRIPT
MANUSCRIPT
Saidee Nor Azam
6/2/2016 10:13:05
4,041
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Prolog
GURUH berdentum menggegarkan alam. Hujan turun
mencurah-curah tanpa henti dari langit, bagaikan
membawa satu petanda. Di dalam hujan yang sangat lebat
itu, terlihat tiga kelibat manusia. Salah seorang daripada
mereka sudah tidak terdaya untuk bangkit berdiri dan
terbaring lesu. Dia mendongak memandang seorang lelaki
yang sedang memegang sesuatu di tangannya.

“Bunuh dia!” arah seorang lelaki dengan nada suara
menekan.

“Baik,” ujar seorang lelaki lain yang memegang
sebatang penyodok tanah.

Lelaki itu bergerak mendekati tubuh seorang
perempuan yang sedang terbaring dan tidak bermaya.
Lelaki yang kelihatan sudah berusia itu mengangkat tinggi
penyodok tanah dan bersedia menghunjamkan tikaman
mautnya. Namun, perempuan malang itu sempat menoleh
ke arah lelaki yang sedang cuba membunuhnya.

Perempuan yang mengalami kecederaan di bahagian
wajahnya mencerlung tajam wajah lelaki tua itu dalam-
dalam. Perbuatan lelaki tua itu terus terhenti ketika wajah
direnung tajam bakal mangsanya. Kini, lelaki itu teragak-
agak untuk meneruskan niatnya. Pandangan perempuan itu“Bunuh dia!” jerit seorang lelaki yang lebih muda dan kuat, mengarahkan lelaki yang memegang penyodok tanah  
itu menjalankan tugasnya.

Akhirnya, tanpa berfikir panjang lelaki berusia itu terus
menujah hujung mata penyodok tanah tepat ke rengkung
mangsanya. Bukan sekali, tetapi berkali-kali sehingga
kepala perempuan itu terpisah daripada badan. Darah
merah memancut serta membuak-buak membanjiri tanah
kebun roselle. Akhirnya, kepala dengan bola mata terbeliak
tergolek lemah menjauh daripada badannya.
 
Kilat memancar disusuli guruh yang berdentum kuat
menggegarkan seisi alam. Umpama mengiringi kematian
ngeri seorang wanita yang lemah dan tidak berdaya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.