Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,330
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 13
Lyssa mempercepatkan kayuhan basikal. Seram sejuk tengkuknya saat mata bertentang dengan makhluk di seberang titi. Walaupun dalam samar bayangan, Lyssa seakan terasa pernah mengenali makhluk di seberang titi itu. "Tapi dimana yee??!" Dimana aku pernah melihat dia?" hatinya tertanya-tanya. Suara itu yang menyebut nama "Lukha" juga seperti biasa di dengarinya. "Arghhh..sudahhh!! siapa dia?? Siapa Lukha?" .Ingin sahaja dia memberhentikan kayuhan dan berpatah balik ke titian dan menyeberang bertanyakan empunya badan. Namun akal warasnya segera menghalang. "Bagaimana kalau dia bukan manusia?!" ..fikiran Lyssa. "Sreeekkkkkkkkkkk!!!!". Kedengaran bunyi tayar getah bergeseren dengan aspal jalan raya. Berbekas hitam alur kecil tayar basikal Lyssa pada permukaan jalan. "Huhh..huhh.. tak boleh jadi nih..aku mesti berpatah balik!! aku nak tahu macam mana dia boleh kenal aku?" kerut-kerut dahi Lyssa sewaktu dia akhirnya memutuskan untuk bersemuka dengan Lukha di alam nyata. "Maafkan Lyssa..Mak Tok..next time la kita makan miangkam yek!" gumam Lyssa sendirian. Kala itu, dia sudah pun berdiri di hadapan titi kecil yang jarang digunakan orang kampung buat menyeberang. 


Dihadapan Lyssa, di hujung titi kecil itu, Lukha masih tercegat disitu. "Ahh..wajah itu.." gumam Lyssa. Dia mengertap bibirnya. Nafasnya berlari kencang. Semakin direnung semakin dia pasti. "Yeahhh..kita pernah bertemu..pastinya bukan disini kan?" bisik hati Lyssa. "Yup..kau dan aku pernah bertemu Lyssa!" mata Lyssa hampir terjojol keluar apabila suara Lukha kedengaran di tepi cuping telinganya sedangkan tubuh Lukha nun jauh di hujung titi seberang sungai. "Masih ingat pada dendam kau terhadap Haris?" hasut Lukha dari kejauhan namun kedengarannya seperti bercakap di bersebelahan. 


"Dendam pada Haris?" 

"Kau sudah lupa Lyssa?"

"Ahhaa..bbbellummm.."tergagap Lyssa mengiakan. Mana mungkin dia boleh melupakan dendamnya pada lelaki itu. Jika tidak kerana dia menghadiri perkahwinan bekas kekasih, pasti dia tidak akan ketemu dengan Lukha. Apatah lagi pengalaman ngeri yang dilaluinya semata-mata untuk menjaga maruah Tok Ayah dan Mak Tok. "Hati kau masih sakit kan Lyssa? bila kau terpaksa membunuh zuriat si Haris jahanam tuh kan?" sambung Lukha.

"Mana kau tahu pasal nih?" sahut Lyssa yang tanpa sedar telah pun berdiri betul-betul dihadapan Lukha. 

"Aku tahu semua pasal kau Lyssa..s.e.m.u.a!!!" ujar Lukha sambil menyeringai.

"Urkkk..boleh tak kau jangan buat muka tuh depan aku?" soal Lyssa, ketakutan tadi melayang entah kemana. 

"huhh? kau tak takut?"

"kau ingat kau hensem tersengih-sengih macam kerang busuk kat aku? blurghhhh!! nak muntah aku tengok!!'..sambung Lyssa sambil ketawa kecil.

"apa lagi kau tahu pasal aku?" soal Lyssa semula. 

"dah dua kali kan?" soal Lukha kembali.

"huh? kau tahu berapa kali aku buat benda tuh?"

"yup...kau gugurkan janin Haris tuh dua kali kan Lyssa?"


Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.