Home Novel Seram/Misteri UMMU SIBYAN
UMMU SIBYAN
asmaya ally
6/9/2020 11:59:35
68,299
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 12
"Mak Tokk..saya dah sihat...tak yah ribut-ribut Mak Toookk.." Alyssa bersuara manja nada memujuk. Hampir seminggu selepas kejadian dia dirasuk, barulah Mak Tok melepaskan dia untuk turun ke tanah. Alyssa juga terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana desakan Mak Tok yang mahukan dia bercuti untuk merehatkan mindanya. 


Asalnya Alyssa hanya mahu bercuti seketika di kampung, bertemu Mak Tok dan Tok Ayah melepaskan dan rindu pada kampung halaman. Menghadiri perkahwinan bekas kekasih hati pula sebenarnya tiada dalam perancangan. Namun siapa sangka, selepas menghadiri majlis itu, Alyssa kerasukan sehingga seminggu. Sumpah dia sendiri tidak jelas dengan apa yang berlaku pada dirinya. Sepanjang seminggu dalam tempoh kerasukannya, yang dia tahu orang-orang kampung sentiasa gelisah mendengar jeritan nyaringnya terutama sekitar waktu menjelang senja. 

"Lyssa..kalau rasa tak sihat, tak payah la kerumah Mak Pah. Esok pagi pun boleh pegi ambikan daun kaduk tuh"..ujar Mak Tok yang berdiri di beranda rumah.

"Dah petang nih nak.."sambungnya.

"Alahhh..Mak Tok...dah lama Lyssa mengidam nak makan miangkam..dah alang-alang dok kampung ni nak kutip daun kaduk yang segar-segar la Mak Tok.." sahut Alyssa. 

"Jangan macam-macam Lyssa oiii...apa kejadahnya nak jadi miang kau nih?."

"Alahh..alllahhh..alahha..Mak Tok..bukan Lyssa nak  jadi mianggg...nak makan miangkam!..huhuhu"

"Makan mianggg?? apa tuh nakk? makanan apa?"

"Nanti lepas Lyssa amekkan daun kaduk kat umah Mak Pah, Lyssa tunjukan pada Mak Tok miangkam tuh benda apa yeakk..sedappp Mak Tokk.."kecur liur Alyssa .

"Lain dari daun tu apa lagi yang kau nak guna Lyssa? Mak Tok boleh tolong siapkan..balik karang senang sket... nak buat..macam erkkk..kerabu daun kaduk ke Lyssa?"

"Ehhh..tak la Mak Tok..tak sama ..tak pe, nanti balik Lyssa buat semua..Mak Tok tinggal ngappp jeekk..heheh".. kegirangan Alyssa seolah mengambarkan dia langsung tidak terkesan dengan apa yang berlaku pada dirinya. Mak Tok tersenyum meleret. "Alhamdullilah..moga-moga kau sentiasa dilindungi Allah SWT nakk.."

"Lyssa pergi dulu yea Mak Tok..tunggu Lyssa balik tau..nanti bagitau kat Tok Ayah yea..Lyssa pegi amek daun kaduk kat umah Mak Pah."

"Yea lahh..yea lahh..hati-hati Lyssa. "

"Baikkk Mak Tokkk"..sahut Lyssa sambil mengayuh basikalnya dengan cermat.


          ************************************************************************************************************

"Grekkkk..grekkk..grekkkk.." Alyssa memberhentikan kayuhan apabila dia tiba di atas titi kecil melintasi sebatang sungai cetek yang jernih airnya. Dihujung titi kecil itu, dia melihat seakan ada seseorang yang melambai-lambai tangan. "Ehh..sapa pulakk?" Setahu Alyssa, titi kecil itu tidak lagi digunakan oleh penduduk kampung kerana telah beberapa kali berlaku kejadian penduduk kampung dihanyutkan air sungai ketika hujan lebat kerana titi itu terputus talinya. Walaupun sudah di baik pulih, penduduk kampung lebih senang menggunakan jambatan konkrit yang dibina agak jauh daripada titi kecil itu. Lebar jambatan itu turut boleh dilalui oleh sebuah kereta. 

"Alyssa..Alyssa.."

"huhh?" mata Alyssa memicing cuba melihat dengan lebih jelas siapakah gerangan yang masih lagi melambai tangan kearahnya.

"kemari..kemari Alyssa"

"kau siapa ?" Alyssa cuba untuk berkomunikasi menggunakan gerak bibirnya.

"Aku..Lukha"

"hah??..Alyssa dengan segera memalingkan wajah ke kanan. Seakan ada seseorang membisikkan nama Lukha betul-betul disebelah telinganya.

Mata Alyssa masih lagi tidak berkedip menatap seseorang di hujung titi itu. Dia tidak dapat melihat dengan jelas, apatah lagi rupa fizikal nya juga sebenarnya tidak ketara. "Kenapa badannya seakan tembus padang?" getus hati Alyssa. 

"Arghhh..sudahhhhh..baik aku cabuttt!!"


Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.