Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
119,036
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 21

Encik Yusof berkumpul bersama-sama Ustaz Khairi dan juga Ustaz Wahid bagi membincangkan cara untuk membuang saka yang diperturunkan kepada Diana. 

“ustaz, kaedah apa yang boleh dilakukan untuk membuang saka ni?” soal Encik Yusof. 

“untuk membuang saka keturunan, ada beberapa kaedah.” Ustaz Wahid menjawab.

Menurut Ustaz Wahid, kaedah untuk membuang saka ada beberapa kaedah iaitu kaedah memutuskan perjanjian awal yang dibuat oleh tuan lama dengan saka ini. Memutuskan perjanjian itu boleh dibuat dengan ungkapan sebaris ayat tetapi perlu dipersetujui oleh saka tersebut. Tetapi mungkin tidak sesuai jika saka itu adalah saka kafir yang penuh tipu daya.

Kaedah yang kedua adalah kaedah paksaan atau lebih tepat lagi kaedah ruqyah yang menggunakan ayat-ayat al-quran bagi membakar serta membinasakan terus saka itu. kaedah seterusnya adalah kaedah yang biasa dilakukan adalah menangkap saka tersebut dan meletakkan di dalam botol serta menghanyutkan ke laut atau sungai. Dan kaedah terakhir adalah kaedah jurus. Kaedah jurus adalah satu kaedah yang menggunakan senjata-senjata ghaib bagi melawan saka kafir. 

“jadi ustaz, kaedah mana yang sesuai untuk kita guna?” soal Encik Yusof tidak sabar.

“macam ni. Tadi saya dan Ustaz Khairi dah pun berbincang. Kami akan gunakan kaedah ruqyah terlebih dahulu untuk mengetahui kekuatan saka ini. Dan akan membuat keputusan untuk menggunakan kaedah lain bagi langkah seterusnya untuk membuang saka tu.” Ustaz Wahid tenang berkata. Encik Yusof menganggukkan kepala tanda faham. Dia hanya berharap hal ini akan cepat berakhir dan Diana dapat hidup seperti sediakala. 

“kita akan mula malam ini” putus Ustaz Khairi.

“saya akan bawa beberapa orang rakan lagi bagi membantu kita dalam membuang saka ini.” Katanya lagi dan disetujui oleh Ustaz Wahid. 

“harap-harap semuanya berjalan dengan lancar” Ujar Encik Yusof berharap.

“insya allah. Semuanya kita serahkan kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh pasti Allah bantu.” Balas Ustaz Khairi. 


Encik Yusof melangkah masuk ke dalam bilik Diana. dia melihat Diana sedang duduk termenung sepertinya sedang memikirkan sesuatu. 

“menung apa tu?” Teguran Encik Yusof mematikan lamunan Diana. Dia berpaling ke arah Encik Yusof lalu tersenyum.

“tak ada apa.” Ringkas jawapan Diana. Encik Yusof mengambil tempat duduk di sudut katil Diana. 

“Baba nak tanya Diana boleh?” 

“apa pulak tak boleh. Boleh je.” Jawab Diana.

“Awak tahu kan apa yang berlaku sekarang?” soalan Encik Yusof hanya disambut dengan anggukan daripada Diana. Dia tahu apa yang bapanya ingin tanyakan. Pastinya tentang arwah datuknya.

“awak kena kuat. Baba tak mahu awak lemah semangat. Benda ni bukan boleh dibuat main. Kita kena buang dia. Awak faham kan?” ujar Encik Yusof bersungguh-sungguh. Dia tidak mahu anaknya hanyut dengan permainan syaitan.

“faham baa. Diana pun dah tak tahan dengan bend ani. Diana nak hidup Diana macam sebelum ni.” Jawab Diana dalam nada yang mula sebak. Dia masih tertanya-tanya mengapa dia yang dipilih untuk mewarisi saka datuknya. Namun masih tidak ketahui puncanya. 

“insya Allah. Baba yakin, Ustaz Wahid dan Ustaz Khairi boleh bantu kita. Diana boleh bagi Kerjasama kan?” 

“Boleh baba.” Kata Diana sambil menundukkan kepalanya bagi menahan air matanya yang tiba-tiba ingin mengalir. Encik Yusof mengusap perlahan kepala anaknya tanda memberikan semangat. 

Diana pula agak gementar untuk menunggu waktu malam. Dia tahu malam ini kedua ustaz yang dikatakan itu akan datang membantunya bagi membuang saka yang diwariskan kepadanya itu. Perkara yang membuatkan dia gementar adalah dia takut dia akan mencederakan orang-orang disekelilingnya. 


Malam itu..

Seusai solat isyak, Ustaz Wahid dan Ustaz Khairi serta beberapa orang rakan mereka yang lain memulakan aktiviti bagi membuang saka milik keluarga Encik Yusof. Diana diminta untuk bersila membelakangkan Ustaz Khairi yang akan memulakan kaedah perubatan islam. 

Perubatan untuk membuang saka dimulakan dengan bacaan doa-doa pendinding diri dan zikir. Encik Yusof sekeluarga juga turut disuruh berzikir tanpa henti. Diana mula merasakan getar yang amat kuat. Dia mula berasa takut dan risau. 

Ustaz Khairi membacakan surah Al- Fatihah sambil meletakkan tangannya di ubun-ubun Diana dengan berlapikkan tudung yang dipakai oleh Diana. Bacaan yang dialunkan oleh Ustaz Khairi amat merdu didengari oleh orang sekeliling namun tidak pada Diana. Selepas bacaan surah tersebut diikuti pula dengan bacaan surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 5, disambung pula dengan ayat 163 hingga 164 dari surah yang sama. 

Bacaan demi bacaan yang dialunkan oleh Ustaz Khairi menyebabkan Diana mula memberikan reaksi. Kepala Diana bergetar dan mula mengeluarkan bunyi dengusan. Sepertinya haiwan yang sedang dalam kemarahan. Namun bacaan disambung lagi dengan ayat 18 hingg 19 dari surah Ali-Imran. Dengusan Diana semakin lama semakin kuat. Mata Diana membulat dan nampak sangat menyeramkan. Sesiapa yang melihat mata Diana pastinya dapat merasakan aura ketidakselesaan itu. 

“grrrrrrrrrr.” Diana mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Ustaz Khairi tahu di hadapannya kini itu bukan lagi diri Diana tetapi adalah makhluk yang cuba mendampingi gadis malang itu. bacaan diteruskan bagi melemahkan makhluk itu. Ayat Kursi dibaca namun Diana tersengih sambil mengikut bacaan itu. Daripada posisi bersila, Ustaz Khairi berubah kepada posisi melutus dan meneruskan lagi bacaan ayat-ayat ruqyah. Namun reaksi yang ditunjukkan oleh makhluk yang berada di dalam badan Diana bagaikan tiada kesan. 

Ustaz Khairi memberikan isyarat kepada Ustaz Wahid untuk membantunya. Ustaz Wahid turut membacakan ayat-ayat ruqyah bersama-sama dengan Ustaz Khairi. Bacaan seterusnya adalah bacaan daripada surah Al-Jin ayat 1 hingga 9. Bacaan yang berulang kali it uterus dialunkan bagi memprovok makhluk dalam badan Diana.

“grrrrrr. Jahanam!” keluar ayat itu daripada bibir mungil Diana. Nada yang perlahan tetapi amat keras apabila didengar. Ustaz Khairi dan Ustaz Wahid tidak menghiraukan cacian itu malah teruskan membaca ayat-ayat bagi melemahkan makhluk itu.

“TIADA SIAPA YANG MAMPU PISAHKAN KAMI!! WALAU SEKUAT MANA PUN KAU!!” Jerit Diana secara tiba-tiba. Suara yang keluar itu serratus peritus bukan milik Diana. suara yang garau dan keras pasti menggetarkan sesiapa yang mendengarnya. Tetapi tidak bagi Ustaz Khairi dan Ustaz Wahid. Mereka tahu makhluk itu mula menunjukkan rekasi terhadap bacaan yang dibaca oleh mereka. 

“Kau mahu cara baik atau cara yang kasar untuk aku berurusan dengan kau?!” Ujar Ustaz Wahid cuba berkomunikasi dengan makhluk yang berada dalam badan Diana. 

“HAHAHAHA, apa yang kau mampu buat?!” Makhluk itu membalas dengan memprovok Ustaz Wahid.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Dengan bantuan-Nya tiada apa yang mustahil” Ustaz Wahid membalas dengan tenang. 

“Jika kau mahu menerima islam dan sedia memutuskan hubungan dengan keluarga ini, aku akan membantu kau.” Ujar Ustaz Wahid cuba menggunakan jalan damai dengan makhluk tersebut. 

“TAK MUNGKIN! Perjanjian aku dan keluarga ini tidak mudah untuk dileraikan!” Tengkin makhluk itu. Diana bangun daripada posisi duduknya. Puas Ustaz Khairi menahan supaya makhluk itu tidak dapat berbuat sesuka hati dengan tubuh Diana. Namun makhluk di dalam tubuh kecil gadis itu cukup kuat. Diana bangun dan posisinya berubah bertentangan mata dengan kedua itu. 

Matanya penuh dengan kebencian. Giginya dikertap seolah menahan amarah yang teramat sangat. Anak mata putih ditutupi dengan mata hitam yang sudah pastinya bukan milik Diana. Urat-urat jelas kelihatan di dahi Diana. 

“nampaknya, kau yang tidak mahu jalan damai terjadi antara kita! Jangan salahkan aku jika menggunakan cara yang kasar terhadap kau!” tengking Ustaz Wahid. Namun kata-katanya disambut dengan hilaian ketawa daripada Diana. sangat menyeramkan jika mendengar hilaian itu. 

“A’uzubillahi minasy syaiton nirrajim.” Ustaz Wahid memulakan bacaan ruqyah semula. Bacaan itu dibaca bersama-sama Ustaz Khairi dan rakan mereka yang lain. Jelas suara ayat quran mula berkumandang di dalam rumah Encik Yusof. Diana mula menunjukkan reaksi kepanasan. Tidak senang duduk dan sesekali cuba menerkam ke arah perawat. Namun belum sempat sampai ke arah mereka, Diana jatuh tersembam bagaikan ada suatu kuasa yang menghalang Diana daripada berbuat  begitu. Dengusan yang kuat jelas keluar dari mulut Diana. 

“JAHANAM! KAU CABAR AKU!” seusai sahaja Diana berkata begitu, Pintu rumah yang terkunci tiba-tiba terbuka dengan sendirinya. Tingkap di bahagian dapur tiba-tiba terpecah dengan sendirinya. Semua orang terpaku akibat terkejut dengan kejadian yang luar biasa itu. bacaan ayat quran terhenti seketika, namun cepat-cepat dibaca semula oleh Ustaz Wahid. 

Encik Yusof sekeluarga bagaikan tidak percaya perkara itu terjadi di hadapan mata mereka. Sebelum ini mereka hanya melihat adegan itu di dalam drama mahupun filem. Ini benar-benar terjadi di dalam kehidupan mereka. 

Badan mereka menggeletar akibat ketakutan yang teramat. Namun Ustaz Khairi memberi isyarat supaya mereka teruskan bacaan zikir tanpa henti. 

Ayat ruqyah dibaca tanpa henti. Bunyi atap yang kuat menandakan angin yang amat kuat sedang melanda keliling rumah Encik Yusof. Namun tak mematikan bacaan mereka kerana mereka tahu itu adalah tindak balas saka itu. 

“Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!” 


Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.