Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
118,988
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 23

Rawatan diteruskan lagi pada malam seterusnya. Kini Ustaz Wahid sudah tahu puncanya bagaimana saka itu diwariskan kepada Diana. Menurut Encik Yusof yang bertanya kepada anaknya, arwah bapanya iaitu Encik Zulkarnain memberi sebentuk cincin kepada Diana.


Imbas kembali…

Sebelum cincin itu diserahkan kepada Diana, Encik Zulkarnain bertanya kepada Diana.

“Atok nak serahkan harta atok pada Diana. Diana ambil dan jaga elok-elok boleh?” Soal Encik Zulkarnain kepada cucunya. 

“Boleh atok. Diana janji.” Yakin Diana menjawab sambil tersenyum lebar.

“kalau macam tu. Bagi tangan Diana.” Diana patuh sambil menghulurkan tangannya kepada datuknya. Encik Zulkarnain mengambil pisau kesil yang dibalut dalam sehelai kain kuning. Dia menghiris sedikit jari Diana. Diana menyeringai kesakitan apabila tangannya dihiris oleh pisau itu. 

“Auchhhh. Sakit tok.” Ujar Diana. Darah Diana mengalir lalu dititiskan di atas batu sebentuk cincin. Pada mulanya batu itu berwarna hitam namun apabila darah Diana terkena batu tersebut ianya bertukar warna menjadi warna merah. 

Diana yang kagum akan cincin itu langsung tidak mengesyaki apa-apa. 

“wahhh. Cincin apa ni tok?” Tanya Diana ingin tahu.

“ni lah harta atok. Atok nak Diana jaga elok-elok. Ni dah jadi milik Diana tau. Dah lebih 60 tahun atok jaga ‘dia’.” Ujar Encik Zulkarnain. 

“baiklah tok. Diana akan jaga elok-elok. Sebab ni je yang boleh ingatkan Diana pada atok kalau Diana pergi belajar jauh-jauh. Bukan selalu dapat balik kan.” Ujar Diana tanpa ada perasaan curiga sama sekali. Encik Zulkarnain tersenyum pahit bagaikan menyimpan seribu satu rahsia. 


Begitulah ceritanya bagaimana saka itu diperturunkan kepada Diana tanpa mengetahui oleh sesiapa. Kerelaan untuk ‘menjaga’ saka tersebut tidak lah disengajakan tetapi kerana sebaris ayat janji itu menyebabkan semua ini terjadi. 

Encik Yusof menyerahkan sebentuk cincin yang berbatu berwarna merah kepada Ustaz Wahid. Diana yang melihat cincin pemberian datuknya itu hanya memandang dengan pandangan yang sedih. Dia tidak menyangka kerana sebentuk cincin yang diberi oleh datuknya menyebabkan semua ini berlaku kepada dirinya. 

“Kita guna kaedah tangkap dan buang.” Ujar Ustaz Wahid dan disetujui oleh Ustaz Khairi. Bagi mereka kaedah itu adalah kaedah terakhir untuk memisahkan terus saka itu daripada keluarga Encik Yusof. Tetapi ada syaratnya. Syaratnya, Diana perlu melafazkan sesuatu yang boleh memutuskan perjanjian itu. 

Dian dipanggil untuk berada di tengah bulatan yang dikelilingi Ustaz Wahid dan rakan-rakannya yang lain. Diana hanya patuh akan arahan itu walaupun dia berasa amat gementar. Badannya yang sakit akibat rawatan semalam juga masih belum pulih sepenuhnya. 

“Kita mula ya.” Ujar Ustaz Wahid memberikan arahan. Cincin tadi diletakkan di atas sehelai kain putih. Ustaz Wahid dan rakannya yang lain memulakan rawatan mereka dengan zikir-zikir dan ayat pendinding diri. 

Ayat kursi juga dibaca berulang kali. Diana mula berasa tidak selesa apabila mendengar alunan yang dibaca oleh Ustaz Wahid. Di menekup telinganya dengan tangannya. Cincin yang berada di atas kain itu juga seakan-akan bergetar. Perlahan-lahan cincin itu terapung ke udara. Semuanya seakan terkaku dengan apa yang dilihat dengan mata mereka. 

“DIA TUAN AKU! DIA DARAH AKU!” Ujar Diana secara tiba-tiba. Suaranya telah pun berubah menjadi suara yang sangat garau. Mata dan wajah Diana juga kelihatan amat menakutkan. Wajahnya yang jelas dengan urat-urat yang timbul di dahi dan pipi manakala matanya seakan-akan ingin tersembul keluar. 

Bacaan diteruskan lagi.

“Aku mahu kau pergi meninggalkan keluarga ini atau aku terpak tangkap dan kurung kau!” Tegas Ustaz Wahid mula berkomunikasi dengan makhluk yang berada di dalam badan Diana. 

“Tidak sesekali!! Perjanjian telah pun termaterai!” makhluk itu terus berdegil. Ustaz Wahid mencapai cincin yang sedang terapung ke udara itu. Cincin tersebut kini berada di dalam gengaman Ustaz Wahid. Tangan Ustaz Wahid seakan-akan bergerak-gerak seperti ada sesuatu menolak-nolak tangannya. 

Namun ilmu kebatinan Ustaz Wahid amat kuat dan dia membaca ayat-ayat ruqyah dan menghembuskan kepada Diana. Apa lagi terguling-gulinglah Diana kesakitan. Dia merangkak namun tidak dapat mendekati Ustaz Wahid. Itu menyebabkan Diana menjerit kemarahan. 

“BANGSAT!!!!”

Ustaz Wahid menghembus pula kepada cincin yang berada di dalam genggamannya itu. serentak dengan itu Diana terbaring tidak sedarkan diri. Cincin tersebut di masukkan ke dalam sebuah botol. Botol itu telah pun dikunci menggunakan ayat al quran. 

Apa yang pelik, warna batu pada cincin tersebut berubah semula menjadi warna hitam. Batu tersebut jelas kelihatan kera botol tersebut adalah botol lutsinar. 

“Alhamdulillah. Kita tak boleh bunuh dia. Tetapi kita boleh kurung di tempat yang tak mungkin ada orang boleh bukanya.” Ujar Ustaz Wahid. Mereka semua memanjatkan kesyukuran setinggi-tingginya kepada Allah kerana telah mengutuskan orang yang dapat membantu keluarga mereka bagi menangani perkara itu. 


Diana membuka matanya. Badannya terasa sakit dan lenguh. Tetapi di mula terasa ringan badannya bagaikan batu yang dipikulnya sebelum ini telah pun dialihkan. 

“Diana dah bangun.” Ujar Puan Kalsum yang masuk ke dalam bilik itu lalu menerpa ke arah anak gadisnya itu. bagaimana dia tidak merasa risau, sudah Seminggu anaknya tidak sedarkan diri. 

“Mama ingat Diana takkan bangun dah.” Kata Puan Kalsum sambil menitiskan air mata. Baru Diana perasan bahawa dia bukan berada di rumah neneknya tetapi di hospital. 

“apa jadi maa?” tanya Diana lemah.

“dah seminggu Diana tak sedarkan diri, Doktor pun tak tahu nak buat apa.” Ujar Puan Kalsum sambil mengesat airmatanya.

“Alhamdulillah. Cucu nenek dah sedar.” Puan Ainun yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik itu terus menerpa ke arah cucunya. Dia memeluk erat cucunya itu. Encik Yusof yang melihat saat yang menggembirakan itu dengan rasa syukur yang teramat sangat.

“Terima Kasih Ya Allah. Kau dah selamatkan keluarga aku.” Bisik hati Encik Yusof. Dia mendekati anaknya itu lalu mengusap lembut kepala anaknya. 

“Anak baba nak makan apa? Baba belikan.” Kata Encik Yusof. Diana tersenyum lebar, dia lega semuanya telah pun berakhir. 

“Alhamdulillah” bisik hati Diana. 


Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.