Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
119,019
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 14

Encik Yusof dan Puan Kalsum memohon cuti kecemasan keesokan harinya. Mereka berdua berbincang untuk membawa Diana pulang ke kampung. Encik Yusof merasakan dia tahu punca Diana menjadi seperti itu.

“Awak ada jalan penyelesaian ke?” soal Puan Kalsum. Encik Yusof diam membisu. Dia sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Dia tidak mendengar soalan yang dilontarkan oleh isterinya itu.

Puan Kalsum turut sama membisu setelah suaminya menghiraukan pertanyaannya itu. dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Perkara yang mereka lalui masih lagi baru dan membuatkan mereka buntu.

“Esok kita balik kampung.” Kata Encik Yusof tiba-tiba.

“Minta cuti kecemasan”Encik Yusof berkata lagi. tidak sempat Puan Kalsum hendak berkata apa-apa,Encik Yusof terus bangun pergi ke bilik air.

Puan kalsum yang termangu-mangu setelah mendengar kata-kata suaminya itu. atau lebih tepat lagi arahan yang keluar dari mulut suaminya. Tidak sampai 5 minit, Encik Yusof keluar dari bilik air.

“saya boleh minta cuti.Tapi awak taknak bagitahu kenapa kita kena balik kampung esok?” Ujar Puan Kalsum ingin tahu. Encik Yusof menghempas badannya atas katil dan tidak segera menjawab pertanyaan isterinya. Encik Yusof menghelas nafas keras.

“saya rasa saya tahu kenapa Diana jadi macam tu. Kita kena balik kampung untuk kepastian.” Kata Encik Yusof lambat-lambat. Puan Kalsum hanya terdiam mendengar jawapan suaminya. Dia tiada apa yang ingin dikatakan walaupun mindanya gini ingin melontarkan seribu soalan yang bermain di fikirannya disaat itu.

 

Mata Diana sembam akibat menangis semalaman. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Terbayang-bayang wajah datuk kesayangannya yang amat menggerikan. Jika dia menutup matanya,pasti wajah datuknya berlegar-legar di fikirannya. Bagaikan wajah itu berada dihadapannya saat itu

Perlahan Diana bangun dari katilnya. Dia duduk sambil memikirkan akan keadaan dirinya yang semakin kurus dan tidak bermaya. Dia membelek tangan dan kakinya yang penuh dengan kesan lebam. Sekali lagi air matanya jatuh ke pipinya.

“kenapa atuk buat Diana macam ni?” rintih Diana perlahan.

“Atuk tak sayang Diana ke?”

“Atuk tak nampak yang Diana sakit hadap menda ni?” Dia merintih. Pintu biliknya perlahan dikuak oleh Puan Kalsum yang masuk secara tiba-tiba. Cepat-cepat Diana mengesat air matanya. Dia tidak mahu Puan Kalsum risau akan dirinya.

“Diana dah bangun?” Ujar Puan Kalsum lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan anaknya itu. muka Diana yang tidak bermaya itu merobek hatinya sebagai seorang ibu. Perlahan dia mengusap kepala Diana.

“Anak mama kuat kan?Diana ada apa-apa masalah boleh terus cerita pada mama.” Ujar Puan Kalsum memberikan semangat kepada anaknya walaupun dia masih tidak mengetahui punca sebenar yang berlaku kepada Diana.

Diana sebak mendengar kata-kata ibunya itu. dia menahan air matanya daripada keluar. Dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu airmatanya tumpah di hadapan Puan Kalsum.

“Harini kita balik kampung. Baba dan mama dah mohon cuti.” Kata Puan Kalsum. Diana mengangkat wajahnya memandang Puan Kalsum.

“balik kampung?” soal Diana.

“yer. Diana suka kan balik kampung. Mama tak tahu apa yang baba fikir tapi baba kata mungkin boleh sembuhkan Diana.” Ujar Puan Kalsum sambil terus mengusap kepala Diana.

“Kenapa nak balik kampung?”Soal Diana resah. Dia mula berasa resah apabila mendengar mereka akan pulang ke kampung. Dia tiba-tiba brasa takut untuk pulang ke kampung. Padahal sebelum ini, jika dia mendengar perkataan pulang ke kampung, dia lah orang yang paling ceria.

“baba yang nak bawak semua balik kampung hari ini.” Kata Encik Yusof yang tiba-tiba masuk ke bilik Diana. Wajah Diana yang jelas riak risau itu dipandang oleh Encik Yusof.

“Diana ada masalah nak balik kampung ke?” soal Encik Yusof. Diana hanya menggelengkan kepalanya.

“kalau macam tu,bersiap lah. Pukul 8 pagi kita gerak.” Kata Encik Yusof sambil menepuk bahu Diana lembut. Encik Yusof melangkah keluar dari bilik Diana dan membiarkan Puan Kalsum bersama Diana.

Puan Kalsum membelek tangan Diana yang penuh dengan kesan lebam. Hatinya sakit melihat anaknya dalam keadaan seperti itu.

“Diana taknak cerita pada mama apa yang berlaku?” Soal Puan Kalsum dalam nada yang memujuk. Dia tidak dapat menahan perasaan ingin tahunya itu. Diana memandang tepat ke dalam mata Puan Kalsum. Dia dapat merasakan kerisauan Puan Kalsum terhadap dirinya.

Dia masih ragu-ragu sama ada ingin menceritakan hal sebenar atau tidak. Dia tidak pasti ibunya akan mempercayai apa yang dia ingin sampaikan nanti. Bukan dia tidak tahu bahawa ibunya itu seorang yang moden dan tidak mudah mempercayai perkara yang dianggap kolot itu.

Diana yang terus diam seribu bahasa itu membuatkan Puan Kalsum faham bahawa Diana tidak bersedia lagi mahu menceritakan masalahnya.

“tak apa lah. Diana pergi mandi dan bersiap. Sekarang dah pukul 7 pagi. Mama nak bersiap dulu.” Kata Puan Kalsum dengan lembut lalu bangun dan bersedia untuk keluar dari bilik Diana. Diana hanya menganggukkan kepalanya.

***

Puan Kalsum yang sudah bersiap turun ke dapur.

“Ehh Makcik.. Bila makcik balik? Bukan makcik kata nak cuti 2 hari?” Soal Puan Kalsum yang terkejut melihat pembantu rumahnya sedang menyiapkan sarapan pagi.

“haa baru je balik pukul 7 pagi tadi. Urusan saya selesai awal jadi saya balik lah.” Jawab Makcik Kiah. Dia memang tinggal bersama majikannya sejak dia berkerja dengan pasangan itu. Sepatutnya dia masih lagi bercuti hari ini tetapi dia segan untuk bercuti lama-lama kerana Puan Kalsum melayannya sangat baik dan tidak melayannya seperti pembantu rumah. Puan Kalsum dan Encik Yusof melayannya seperti keluarga sendiri.

“Laaa, kenapa tak cuti je makcik? Tak apa lah rehat-rehat dekat rumah.” Kata Puan Kalsum lembut.

“Tak apa lah Puan. Saya kalau tak buat kerja sehari mulalah badan ni sakit-sakit” kata Makcik Kiah sambil tersenyum manis. Puan Kalsum membalas senyuman sambil menepuk lembut bahu Makcik Kiah.

“kami sekeluarga nak balik kampung hari ni. Tak tahu berapa hari kami berada kat kampung. Takkan makcik nak tinggal seorang diri di rumah. Jom ikut balik kampung sekali.” Ujar Puan Kalsum sekaligus mengajak Makcik Kiah mengikut mereka pulang ke kampung sekali.

“ehh tak apa ke? Kang mengganggu urusan kamu sekeluarga.” Ujar Makcik Kiah berat hati ingin mengikut mereka pulang ke kampung.

“Tak ada apa lah makcik. Jom je lah balik dengan kami sekali.” Ujar Encik Yusof yang tiba-tiba muncul di dapur sebelum sempat Puan Kalsum berkata apa-apa. Puan Kalsum hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

“kalau macam tu. Yelah makcik ikut sekali. Tapi sebelum tu jom lah makan dulu. Makcik dah siapkan sarapan.”

“haa yelah. Jom makcik makan sekali.” Ajak Encik Yusof.

“ehh tak apa lah. Makcik dah makan tadi. Makcik pergi siapkan barang dulu.” Kata Makcik Kiah meminta diri untuk mengemas barangnya untuk mengikut keluarga itu nanti. Encik Yusof dan Puan Kalsum hanya menganggukkan kepala sambil mengambil tempat duduk dimeja makan.

“awak tak panggil Diana turun makan sekali?” Soal Encik Yusof kepada Puan Kalsum.

“ohh yaa, lupa pulak saya. Kejap.” Baru sahaja Puan Kalsum mahu bangun dari tempat duduknya. Diana turun dari tingkat atas menuju ke meja makan. Diana sedaya upaya mengukirkan senyuman kepada ibu bapanya.

“morning maa.. morning baba.” Ucap Diana lembut.

“morning sayang..”jawab Encik Yusof dan Puan Kalsum serentak. Mereka tersenyum melihat Diana yang nampak segar setelah mengenakan solekan ringkas walaupun masih nampak lesu di wajahnya. Sekurang-kurangnya wajah Diana tampak sedikit segar.

“mari duduk makan.”Ajak Encik Yusof sambil menarikkan kerusi untuk Diana duduk. 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.