Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
118,472
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
BAB 1

“kat mana aku ni?”monolognya dalam hati.

Kakinya terus melangkah meninjau kawasan tersebut dengan harapan dia boleh tahu dimana diaberada sekarang. Semakin lama dia berada di kawasan itu, semakin dia rasanya jauh ke dalam hutan. Namun begitu dia teruskan juga melangkah sehingga dia terlihat sebuah gua. Tanpa menunggu lagi, dia terus masuk ke gua tersebut.

“akhirnya! Sampai juga kau disini. HAHAHAHA! Syabas!” gadis tadi terkejut mendengar satu suara menegur tatakala dia masuk ke gua itu.

“Siapa kau?!”

“Aku adalah kau! Kita serupa! Kau adalah tuan aku!” kata suara itu lagi.

“Tuan apa ?tunjukkan diri kau!”

“Aku adalah kau dan kau adalah aku!”

Gadis itu keliru.Apa yang dimaksudkan oleh suara itu? Dia berjalan terus tanpa menghiraukan suara itu. Sehingga lah dia sampai di suatu kawasan sungai. Dia tidak tahu tentang kewujudan sungai tersebut. Sangat jernih airnya. Dia yang penat berjalan mendekati sungai tersebut.

Dia mengambil air dari sungai tersebut untuk menghilangkan rasa haus. Tatkala dia menundukkan kepalanya dia melihat wajahnya melalui pantulan air sungai tersebut. Alangkah terkejutnya dia, wajahnya berubah menjadi seorang yang sangat buruk rupa.

“arghhhhh! Kenapa dengan wajah aku?” jerit gadis itu.

“Kau dan aku bersatu. Jika kau tidak memeliharaku dengan baik maka itulah wajah kau!” katasuara misteri itu lagi.

“tidak! Tidak! Itu bukan wajahku. Kembalikan semula wajah asalku!” jerit gadis itu sambil menangisi rupanya yang kelihatan sangat menyeramkan. Wajahnya mempunyai benjol-benjolan yang hodoh,luka seperti terbakar dan separuh dari kulitnyaseperti tersiat. Walau bagaimanapun, dia tidak pula merasa sakit di mana-mana bahagian mukanya.

“HAHAHAHAHAHA! Ingat kata-kataku wahai manusia. Aku akan menjaga kau seperti mana kau menjagaaku!”

“bagaimana aku nak jaga kau?!”

“Kau akan mengetahuinya nanti!”.

Diana terbangun dari mimpi ngerinya. Peluh membasahi dahinya. Sudah banyak kali dia mimpi  perkara yang sama. Mengapa? Siapa? Semuanya bermain di fikirannya. Dia buntu memikirkan mimpinya itu. Pada mulanya dia menganggap itu adalah mainan tidur namun apabila dia kerap mendapat yang sama, dia mula berasa pelik.

“apa maksud mimpi aku tu?” monolognya dalam hati. Namun dia hanya mengabaikan mimpinya itu. Baginya itu adalah mainan tidur. Dia pun bangun daripada tempat tidurnya dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

“selamat pagi maaa” sapa Diana kepada Puan Kalsum. Puan Kalsum hanya tersenyum melihat anak gadisnya.

“awal anak mama bangun?” tanya Puan Kalsum.

“hehe. Hari ni ada interview kerja.”

“patut lah. Kalau tak jangan harap nak tengok awak bangun awal.” Sindir Puan Kalsum. Dia tahu kalau tiada apa-apa yang ingin dilakukan oleh anak gadisnya itu, takkan nampak mukanya bangun awal pagi. Diana hanya tersengih seperti kerang busuk mendengar sindiran mamanya.

“haa makan lah,mama masak nasi lemak hari ni.”

“sedapnya bau.Hehe. Mama kerja ke harini?”

“kerja lah. Baba awak tu awal-awal lagi dah keluar. Busy sangat gayanya. Kalah Menteri.” Bebel Puan Kalsum. Diana hanya tersenyum mendengar kata-kata mamanya.

Puan Kalsum memang seorang yang sibuk. Maklumlah kerjayanya sebagai seorang pensyarah amat menyekat masanya untuk berada di samping keluarga. Suaminya pula Encik Yusof seorang pegawai tadbir diplomatik yang sememangnya tidak lekat di rumah. Jarang sekali mereka berdua meluangkan masa bersama anak tunggal mereka iaitu Diana.

Diana pula seorang yang pandai membawa dirinya. Walaupun dia tidak seperti keluarga lain yang sering dapat meluangkan bersama keluarga tetapi itu tidak menjadikan dia seorang anak yang gagal. Dia juga sedang menunggu keputusan STPM untuk melayakkan dia masuk ke universiti awam.

“mama balik lambat malam ni. Duit mama masukkan dalam akaun bank Diana okay.” Kata Puan Kalsum lalu berlalu dari situ. Dia perlu ke tempat kerjanya kerana ada mesyuarat tergempar universiti. Diana hanya mampu mengeluh melihat mamanya. Dia tahu mama dan babanya sangat sibuk akan kerjaya masing-masing. Bukan dia tidak teringin akan meluangkan masa bersama keluarga seperti keluarga kawan-kawannya yang lain.Namun dia terpaksa faham akan kerjaya mama dan babanya. 

“asalamualaikum.” Diana mendengar suara orang memberi salam di luar rumahnya. Sambil tersenyum dia terus bangun dan menuju ke luar rumah.

“sampai pun kau.Hahahaha meh masuk kita makan dulu.” Kata Diana kepada kawan baiknya Gina.

“tahu-tahu je aku lapar. Hahaha.” Kata Gina lalu masuk ke dalam rumah Diana. Gina adalah satu-satunya kawan baik yang Diana ada. Dia juga sedang menunggu keputusan STPM. Dia mengambil STPM juga adalah kerana Diana. Sedangkan pada SPM yang lepas dia telah pun layak untuk masuk ke UITM. Namun dia tolak untuk mengambil STPM bersama Diana.

“haa makan-makan.Mama aku masak nasi lemak.” Jemput Diana.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.