Selesai sahaja makan malam, Diana terus masuk kebiliknya. Dia tidak mahu diganggu. Dia mahu sendirian.
“Diana taknak tengok TV?” soal Puan Ainun.
“tak nek. Diana mengantuk.” Jawab Diana sopan sambil tersenyum tawar.
“yelah. Tidur lah.”
“Goodnight nek.” Diana terus melangkah masuk ke biliknya.
Puan Ainun memanggil anak-anak dan menantunya ke ruang tamu. Dia mahu membincangkan sesuatu.
“Yusof.. panggil isteri kamu sekali. Mak nak bincang sesuatu.” Arah Puan Ainun. Puan Ainun juga memanggil Encik Yunus abang kepada Encik Yusof.
“Duduk.” Arah Puan Ainun.
“Haa Yusof. Kamu ada penyelesaian dengan hal Diana?” soal Puan Ainun.
“Saya ada kenal seorang ustaz ni mak. Hari tu masa Diana dirasuk pun ustaz ni yang datang membantu. Saya ingat nak minta tolong ustaz ni je.” Jelas Encik Yusof.
“Mak.. Saya rasa kita kena jugak minta tolong dengan Ustaz Wahid. Masa arwah abah hari tu pun dia yang bantu.” Encik Yunus memberikan pendapatnya. Puan Ainun menganggukkan kepalanya tanda setuju.
“kamu macam mana Kalsum?” tanya Puan Ainun kepada menantunya. Dia tahu menantunya itu kurang percaya akan perkara sedemikian.
“saya ikutkan je mak. Kalau itu yang terbaik untuk Diana.” jawab Puan Kalsum.
“apa yang berlaku masa arwah nazak mak?” soal Encik Yusof. Dia tidak berkesempatan untuk berada di sisi bapanya kerana dia dan isterinya masa itu masih berada di Jepun atas urusan kerja.
Adik-beradik yang lain juga tidak pernah menceritakan kisah yang berlaku kepada arwah bapanya.
“kalau kau nak tahu. Waktu abah nazak, dia susah nak pergi. Sebab belaan dia tu. Dia nazak tapi bila orang ramai datang dia boleh berjalan macam orang yang sihat. Dia juga boleh makan nasi dengan banyak seperti orang sihat.” Jelas Encik Yunus panjang lebar bagi pihak Puan Ainun.
“lepas tu?”
“Ustaz Wahid tu lah datang bantu. Kata ustaz tu, belaan dia tu taknak lepaskan abah pergi. Tu sebab abah susah nak pergi.”
“lepas je ustaz tu berikhtiar, bermacam cara ustaz tu cuba buat. Akhirnya belaan dia tu lepaskan arwah abah. Tapi ustaz tu kata juga belaan abah tu takkan pergi dengan mudah.”
“tapi tulah. Lepas arwah abah meninggal. Kita semua hidup macam biasa. Tak tahu pulak Diana yang jadi mangsanya.” Jelas Encik Yunus lagi.
Encik Yusof kesal dengan bapanya yang mengamalkan perkara syirik. Dia tahu bapanya memang banyak mengambil atau menuntut ilmu yang salah. Dia juga tahu bapanya menuntut perkara itu kerana ingin menjadi kebal dan berani. Tambahan pula, arwah bapanya dulu seorang askar. Jadi seorang askar perlu berani jika masuk kedalam hutan seorang diri.
Dia pernah bertanya kepada bapanya mengapa menuntut ilmu itu. alasannya untuk menjaga keluarga apabila dia keluar berkerja.
Waktu kecil juga dia pernah beberapa kali terserempak dengan makhluk belaan arwah bapanya. Mula-mula rasa takut juga tetapi semakin hari semakin biasa kerana belaan bapanya itu tidak mengganggunya.
Encik Yusof dan Puan Kalsum masuk ke dalam bilik mereka. Puan Kalsum duduk di atas katil sambil memandang suaminya.
“saya tahu awak nak tanya sesuatu kan? Tanya je lah.” Ujar Encik Yusof. Dia sudah faham benar dengan pandangan isterinya itu.
“awak kata nak cerita kat saya.” Ujar Puan Kalsum.
“yelah saya cerita.”
Encik Yusof duduk disamping isterinya. Puan Kalsum menunggu suaminya menceritakan tentang bapa mertuanya. Sebenarnya dia sendiri tidak mengetahui tentang ilmu yang dituntut oleh bapa mertuanya itu.
Encik Zulkarnain menyediakan satu dulang besar yang berisi pulut kuning, seekor ayam separuh masak dan 7 biji telur ayam kampung. Dia meletakkan dulang itu di bawah sebatang pokok besar tidak jauh dari rumahnya. Lokasi pokok tersebut agak tersorok daripada pandangan orang lain. Pokok tersebut juga diikat dengan 3 urat tali yang berbeza warna. Ikatan pertama adalah menggunakan tali berwarna hitam. Ikatan kedua menggunakan tali berwarna merah dan ikatan ketiga menggunakan warna kuning.
Di bawah pokok itu juga terdapat bermacam peralatan seperti kemenyan, colok, garam dan bermacam alatan lagi. Sepertinya alatan utnuk membuat pemujaan. Setiap malam Jumaat pastinya Encik Zulkarnain akan menyediakan hidangan seperti itu untuk diletakkan di pokok besar itu. Tiada sesiapa pun dibenarkan untuk mendekati pokok tersebut termasuk anak-anak dan isterinya.
Encik Zulkarnain merupakan seorang penuntut ilmu sesat. Dia mengamalkan ilmu kebal yang dituntut semasa dia mempelajari silat. Dia juga pengamal ilmu penunduk bagi mengatasi serangan binatang buas dan berbisa jika dia masuk ke hutan. Oleh sebab itu juga, dia seorang yang amat disegani ramai kerana keberaniannya untuk masuk ke dalam hutan seorang diri. selain ilmu-ilmu itu, dia juga pengamal ilmu kebatinan dan mempunyai keupayaan untuk mengubati orang. Ramai yang mempunyai penyakit misteri seperti disampuk makhluk ghaib dan terkena sihir pergi berubat dengannya pastinya akan sembuh.
Dia tahu ilmu yang dituntutnya itu adalah ilmu yang salah. Beberapa kali dia cuba membuang ilmu yang dituntutnya namun perkara buruk pastinya akan berlaku. antaranya, menantunya dikhabarkan keguguran, anak dan menantunya mengalami kemalangan dimana meragut nyawa menantunya dengan tragis sekali. Sejak dari itu, dia hanya membiarkan dan tidak sesekali membuang belaannya lagi.
“maksud awak arwah Kak Maya meninggal sebab belaan abah?” soal Puan Kalsum setelah mendengar cerita suaminya tentang arwah bapa mertuanya.
“saya tak cakap lah macam tu. Tapi arwah abah percaya perkara tu berlaku sebab dia.” Encik Yusof menjelaskan.
“kenapa pulak?” soal Puan Kalsum ingin tahu.
“sebab masa malam arwah abah pergi berubat. Belaan abah pesan pada abah kalau taknak keluarganya terluka abah kena ingat perjanjian mereka.”
“macam mana awak tahu?”
“masa abah pergi berubat, mak ikut sekali. Mak lah yang cerita.”
“tapi malam tu abah degil jugak dan dia cuba untuk membuang belaannya. Tapi tak sampai 30 minit. Kami mendapat panggilan yang Kak Maya dan Abang Yunus terlibat dalam kemalangan di Melaka.”
Mulut Puan Kalsum membuat bentuk “o” tanda memahami cerita yang disampaikan oleh suaminya.
“Abah dan mak bergegas ke Melaka dengan keluarga abang long dan keluarga kak ngah. Tapi sayang, Allah lebih menyayangi Kak Maya. Abang Yunus juga hampir gila, awak pun tahu kan?” ujar Encik Yusof Panjang berjela.
“ohh saya tahu. Tapi kita tak sempat balik kan masa arwah Kak Maya dikembumikan” ujar Puan Kalsum dalam nada yang agak sedih. Dia agak rapat dengan arwah birasnya itu.
“haah. Kita masih di London masa tu. Kita bergegas balik pun masih tak sempat. Hanya sempat untuk majlis tahlil arwah.” Balas Encik Yusof. Dia tidak percaya sebenarnya akn kematian kakak iparnya itu disebabkan makhluk belaan bapanya. Dia hanya percaya itu semuanya adalah ajal yang telah ditentukan oleh Allah S.A.W.
“macam mana pulak dengan arwah anak abang long yang dalam kandungan tu? Saya tahu cerita tu tapi tak berani nak tanya banyak.” Ujar Puan Kalsum terus mengorek rahsia keluarga suaminya. Dia penuh dengan perasaan ingin tahu pada saat ini.
“Ni yang paling memberikan kesan pada arwah abah. Sebab bend ani pun berlaku masa abah cuba nak buang belaan dia. Tiba-tiba kita semua dapat tahu anak dalam kandungan Kak Jasmin gugur. Mereka pelik sebab pagi tu diaorang baru lepas check up and anak diaorang baik-baik je.”
“sejak tu abah taknak pergi berubat sebab dia takut belaan dia tu terus menyakitkan keluarga dia. Dia juga pernah tipu kami semua yang dia dah buang belaan dia tu.”
“kami dapat tahu yang dia tak dapat nak buang belaan dia masa arwah abah nazak aritu.” Jelas Encik Yusuf lagi. Tiba-tiba dia terdengar esakan di sebelahnya, Puan Kalsum mengesat air matanya.
“ehh kenapa ni?” soal Encik Yusof.
“Saya takut Diana akan jadi mangsa seterusnya. Diana akan okay kan? Kita cari lah ustaz mana pun, banyak mana duit habis pun takpe, janji Diana kita sihat semula.” Kata Puan Kalsum teresak-esak. Encik Yusuf membelai lembut ubun-ubun isterinya. Dia tahu pada saat ini pastinya hati isterinya tidak tenteram. Dia juga begitu.
“jangan risau. Diana akan okay. Kita kena banyak berdoa.” Pujuk Encik Yusof lembut.