Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
139,294
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 16

“Kamu balik ke sini sebab apa?” soal Puan Ainun kepada Encik Yusof. Encik Yusof meraut wajahnya mendengar soalan yang diajukan oleh ibunya. Dia tidak tahu mahu mula dari mana.dia tidak segera menjawab pertanyaan ibunya itu. Puan Ainun pula masih menunggu jawapan daripada anaknya.

“apa yang jadi pada Diana?” soal Puan Ainun lagi apabila Encik Yusof masih kekal membisu. Encik Yusof mengeluh perlahan.

“mak.. Saya bukan nak menuduh. Tapi saya rasa arwah abah ada wariskan sesuatu pada Diana. Dia dah tak macam dulu mak.” Ujar Encik Yusof.

“waris apa? Arwah abah dah buang semua tu! Arwah dah tak ada membela. Kamu jangan nak menuduh yang bukan-bukan!” bentak Puan Ainun. Dia tidak percaya yang anaknya sanggup membuat tuduhan kepada arwah suaminya.

“mak tengok kan Diana macam mana? tu tak teruk lagi mak. Sebelum ni lagi teruk mak sampai panjat siling tu haa.” Ujar Encik Yusof bersungguh-sungguh. Dia sangat berharap supaya ibunya akan mempercayainya.

“Kamu nak cakap Diana jadi macam tu sebab arwah abah?!”

“mak tak percaya abah akan buat macam tu! Kamu tahu kan betapa sayangnya arwah abah pada Diana!” Puan Ainun membentak menegaskan pendapatnya. Encik Yusof meraut wajahnya sekali lagi. dia tidak tahu bagaimana mahu membuat ibunya mempercayainya.

“macam ni mak. Saya balik sebenarnya nak cari punca Diana jadi macam tu. Dan saya yakin puncanya ada disini.” Tegas Encik Yusof. Bukan mahu menderhaka tetapi dia perlu bertegas kerana mangsanya adalah anak tunggalnya.

“Arwah abah dah buang semua yang dia ada. Setahu mak memang dah tak ada di simpannya. Last pun masa abah nazak, Ustaz Wahid yang tolong buang benda tu.” Ujar Puan Ainun.

“saya minta tolong sangat mak. Beritahu semua yang mak tahu. Diana perlu diubatkan.” Rayu Encik Yusof. Puan Ainun terdiam. Dia memikirkan sesuatu. Sebagai seorang ibu dan seorang nenek, dia juga tidak sanggup melihat anak dan cucunya menderita akibat perkara itu. walaupun dia masih tidak dapat mempercayai suaminya sanggup mewariskan saka keturunan kepada cucunya itu.

“Mak call Ustaz Wahid. Tengok macam mana. kalau-kalau dia boleh sembuhkan Diana.” Kata Puan Ainun lembut.

“Baik mak.”

 

Puan Kalsum melihat wajah tenang Diana yang sedang tidur itu walaupun sedikit pucat. Dia mengusap lembut kepala anaknya itu. Dia tidak sangka sedikit sebanyak dia mulai mempercayai apa yang berlaku kepada Diana itu adalah disebabkan perkara ghaib.

Dia masih menunggu suaminya berbincang dengan ibu mertuanya berkenaan perkara itu. Dia tidak tahu puncanya tetapi dia percaya perkara itu pastinya ada kaitan dengan keluarga suaminya.

“kesian anak mama.” Ujar Puan Kalsum perlahan. Matanya mula berkaca mengenangkan keadaan Diana. Dia tahu, dia dan suaminya amat sibukkan kerja sehingga mengabaikan satu-satunya anak mereka. Dia tidak tahu apa yang Diana lalui selama ini. Dia amat kecewa dengan dirinya sendiri yang dianggap gagal sebagai ibu.

“awak okay?” tegur Encik Yusof secara tiba-tiba. Dia perasan mata isterinya berkaca.

“okay.” Ringkas jawapan Puan Kalsum yang cuba mengesat air matanya. Dia tidak mahu suaminya menangkap yang dia menangis.

“jangan risau. Diana akan pulih seperti biasa.” Kata Encik Yusof sambil mengusap perlahan bahu isterinya.

“awak taknak cerita apa yang berlaku?” Soal Puan Kalsum. Hati kecilnya tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.

“awak percaya ke?” soal Encik Yusof.

“nak taknak saya kena percaya. Perkara ni dah berlaku depan mata pun.” Ujar Puan Kalsum.

“yelah . nanti saya cerita kat awak. Jom lah makan dulu. Awak belum makan lagi kan?” Ujar Encik Yusof.

Puan Kalsum bangun meninggalkan Diana yang sedang tidur keseorangan. Walaupun dia tidak ada selera untuk makan pada saat itu. Encik Yusof tetap memujuknya untuk turun makan.

Di meja makan, Makcik Kiah dan Puan Ainun sudah pun menunggu untuk makan bersama.

“Diana mana?” soal Puan Ainun.

“Tidur mak.” Ringkas jawapan Puan Kalsum. Puan Ainun hanya mengangguk.

“Kamu berdua ni cuti berapa hari?” tanya Puan Ainun sambil tangannya menyenduk kan nasi ke dalam pinggannya.

“saya mohon cuti 4 hari mak.” Jawab Encik Yusof.

“saya pun sama. 4 hari jugak.” Kata Puan Kalsum.

“Diana bila keluar keputusan untuk UPU?” Soal Puan Ainun. dia tahu cucunya itu sedang menunggu masa untuk mendaftar ke universiti.

“haa? Selalunya Upu keluar bulan 8. Sekarang dah bulan 9. Sepatutnya dah masuk ke universiti.” Kata Puan Kalsum. Dia baru tersedar yang dia terlupa akan pelajaran anaknya. Dek kerana kesibukannya dalam berkerja, pelajaran anaknya juga tidak diambil tahu. Encik Yusof pula hanya menepuk dahi. Mereka berdua baru tersedar akan perkara itu.

“Diana tak bagi tahu awak mana dia dapat tawaran?” soal Encik Yusof.

“Tak. Saya jarang jumpa dia kebelakangan ni.” Jawab Puan Kalsum kesal.

Puan Ainun menggelengkan kepala melihat anak dan menantunya yang amat mementingkan pekerjaan sehingga tentang anaknya sendiri pun boleh lupa.

“sepatutnya kamu berdua kena peka dengan anak kamu. Sibuk bekerja sampai lupa semua. Anak seorang pun boleh lupa.” Keluh Puan Ainun. Encik Yusof dan Puan Kalsum hanya mendiamkan diri apabila ditegur oleh Puan Ainun. mereka sedar akan kesalahan mereka. Mereka sepatutnya memberikan tumpuan kepada anak mereka.

“dah lahh makan dulu. Hal tu nanti bincang kemudian. Makan makan..” ujar Puan Ainun. dia sedikit kecewa dengan sikap anak menantunya yang lebih mementingkan kerjaya daripada anak sendiri.

 

“Diana sihat?” soal Encik Zulkarnain.

“ATOKK!!!” jerit Diana teruja. Dia berlari memeluk datuknya. Dia sangat rindukan datuknya itu.

“Atok pergi mana?kenapa tinggalkan Diana.” soal Diana. Namun pertanyaannya tidak dijawab.

“Diana takut. Ada hantu ikut Diana.” adu Diana kepada datuknya. Tapi datuknya hanya tersenyum.

“kenapa atok senyum?! Mana-mana Diana pergi mesti ada Lembaga tu. Dia besar. Kadang-kadang Diana ingat dia atok. Tapi bila Diana tegur tu bukan atok..” adu Diana lagi. senyuman di wajah datuknya mulai hilang. Kini riak wajah datuknya biasa. Tidak senyum tidak juga marah. Tiada sebarang riak yang ditunjukkan daripada datuknya.

Diana menggoncang lengan datuknya.

“Atok datang nak halau hantu tu kan. Atok halau lah.. atok kan kuat. Diana takut.” Rintih Diana seperti anak kecil. Mata Diana menangkap susuk tubuh seseorang yang kenali. Bapanya!

“baba?”

“Diana!!!! jauh dari situ!” jerit Encik Yusof. Riak muka Encik Yusof jelas menunjukkan wajah ketakutan.

“baba!! Sini. Atok dah balik! Dia nak tolong Diana halau hantu!!” jerit Diana sambil tersenyum.

“Diana mari dekat baba.Jauh dari situ.” Jerit Encik Yusof lagi.

Diana ingin melangkah mendekati Encik Yusof namun datuknya masih memegang erat tangannya.

“atok.. lepas jap.Diana nak panggil baba.” Kata Diana sambil cuba melepaskan tangannya daripada terus dipegang datuknya. Tapi tangannya tidak dapat dilepaskan malah genggaman tangannya itu semakin kuat dan semakin lama semakin sakit. Diana mula berasa sakit kerana digenggam dengan kuat.

“Sakit atok…” rintihDiana dan dia sangat terkejut melihat datuknya yang kini berubah menjadi lembaga yang sangat menakutkan. Wajah lembaga penuh dengan ulat yang sedang menjamah daging-daging busuk di muka. Diana menjerit ketakutan. Dia cuba melepaskan dirinya daripada genggaman makhluk itu. dia menangis meraung.

Lembaga itu menunjukkan taringnya. Darah yang busuk keluar daripada mulut lembaga itu. darah itu menitik di tangan Diana.

“Lepaskan aku!!!” jeritDiana.

“HAHAHAHAHA!!” makhluk itu ketawa dengan suara yang amat menggerikan. Darah dari mulutnya terus-terusan keluar dan menitik. Ulat di wajah makhluk itu menghurung daging-daging yang membusuk membuatkan Diana mula berasa mual. Dia ingin mengeluarkan isi perutnya pada saat itu juga.

“babaa!!” jerit Diana. Namun bayangan Encik Yusof tadi tidak kelihatan lagi.

“HAHAHA! Semua orang tinggalkan kau. Kau perlukan aku untuk kekal hidup!” kata Makhluk itu.

“tidak!!!! Tidakkk!!! Aku taknak!!!” jerit Diana.

Peluh membasahi dahi Diana. dia membuka matanya, dia melihat ibu bapanya ada di sisinya. Diana terus memeluk Puan Kalsum. Dia sangat ketakutan. Puan Kalsum mengusap perlahan belakang tubuh Diana.

“Diana okay?” Soal Encik Yusof.

“Diana mimpi.. mimpi atok.” Jawapan Diana membuatkan Encik Yusof dan Puan Kalsum terdiam.

“Takpe. Mimpi je tu.Diana nak makan? Lama dah Diana tidur.” Ujar Puan Kalsum.

“Pukul berapa dah maa?”

“pkul 9 malam.”

“haa? Lamanya Diana tidur.”

“haah. Jum makan. Nenek dah siapkan makan malam.” Diana menurut kata ibunya. Dia juga terasa amat lapar pada masa itu. 

Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.