Home Novel Seram/Misteri SAKA 2 (COMPLETE)
SAKA 2 (COMPLETE)
ErAisyaaa
27/4/2020 22:16:49
141,975
Kategori: Novel
Genre: Seram/Misteri
Bab 22

“Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!” Diana menjerit dengan nyaring apabila Ustaz Wahid menekan ubun-ubunnya dengan sedikit kuat. dia cuba menepis tangan Ustaz Wahid daripada memegang ubun-ubunnya. Tangan Ustaz Wahid dicengkap dan dicakar sehingga berdarah. Namun tetap tidak dilepaskan oleh Ustaz Wahid. 

“Keluar! Bukan tempat  kau disini!!” Tengking Ustaz Wahid.

“JAHANAM. BANGSAT!!” Jerkah Diana. Diana meronta dengan kuat sehingga Encik Yusof dan rakan ustaz yang lain terpaksa memberikan bantuan. Diana dipegang dengan 6 orang lelaki termasuk bapanya sendiri. Namun kekuatan Diana amat luar biasa. Pegangan 6 orang lelaki tiada tandingan dengan seorang gadis. 

“HAHAHAHAHAHA! Kekuatan kau bukan tandingan ku!!!” Diana ketawa dengan nyaring sekali. Pegangan semakin lama semakin longgar. Diana Berjaya terlepas daripada pegangan tersebut. 

“Kita terpaksa guna kaedah kedua.” Ujar Ustaz Wahid. Kaedah yang dikatakan adalah kaedah jurus. Itu merupakan keistimewaan Ustaz Wahid dalam menangani makhluk yang mendampingi kehidupan manusia. Namun kaedah ini hanya boleh digunakan dalam keadaan yang amat memerlukan sahaja. 

Ustaz Khairi dengar sahaja Ustaz Wahid ingin menggunakan kaedah jurus, dia terus mengarahkan rakannya semua mengelilingi Diana. mereka membuat formasi seperti kurungan supaya Diana tidak dapat keluar daripada bulatan yang dibuat. Mereka berdiri mengelilingi Diana. Ustaz Wahid pula masuk ke dalam bulatan tersebut untuk memulakan kaedah yang dikatakan itu.

“Dengan Nama Allah yang Maha Berkuasa, Ku Mohon Padamu Agar Aku diberikan Kekuatan Untuk Menangani Makhluk Yang Dilaknat Ini.” Doa Ustaz Wahid. Diana bagaikan tidak dapat mendekati Ustaz Wahid kerana sepertinya ada sesuatu yang menghalangnya daripada mencederakan Ustaz Wahid. 

Diana memandang dengan tajam ke arah Ustaz Wahid. Ustaz Wahid duduk di dalam bulatan tersebut dan mula bertakafur. Ustaz Khairi dan rakannya yang lain membacakan ayat-ayat quran bagi membuat penghalang atau pendinding supaya Diana tidak dapat keluar daripada bulatan itu. 



Ustaz Wahid perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat di sekelilingnya. Keadaan sudah pun berubah. Kini dia berada di dalam hutan. Baru sekejap tadi dia berada di rumah Encik Yusof bagi membantu Diana bagi membuang saka. 

Dia berdiri dan mula berjalan melihat keliling hutan tersebut. Dia tahu kini dia berada di alam ghaib. Mungkin tempat asal dimana makhluk itu berasal. Setelah berjalan lebih 5 minit, Ustaz Wahid mendengar suara orang berdehem. Dia menoleh ke belakang, dan menangkap satu susuk tubuh seorang lelaki yang dia kenali.

“Pakcik?” panggil Ustaz Wahid.

“Masih kenal kau dengan aku Wahid.” Balas suara itu. Susuk tubuh tadi mula menampakkan wajahnya kepada Ustaz Wahid. Wajahnya jelas kelihatan dengan bantuan cahaya bulan yang agak terang malam itu. 

Ustaz Wahid berhati-hati kerana dia tahu di hadapannya itu bukan Encik Zulkarnain yang sebenar. Itu hanyalah jelmaannya. Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat pendinding diri.

“Menyerahlah Wahid. Perjanjian aku dan dia tidak dapat diputuskan kecuali dengan kematian.” Ujar jelmaan Encik Zulkarnain. Namun kata-kata itu tidak dipercayai oleh Ustaz Wahid kerana dia tahu, jin dan syaitan ini sudah tugasnya menipu dan menyesatkan manusia.

“Allah akan bantu aku. Aku percaya akan kekuasaan Allah. Tidak terbatas langit dan bumi kekuasaan-Nya.” Ujar Ustaz Wahid tenang. Dia tidak boleh mudah terpengaruh dengan kata-kata syaitan itu.

“Kau tak mampu!” Jerkah jelmaan itu.

“Sesungguhnya ak tetap berpegang teguh dengan pendirianku akan kekuasaan Allah yang Esa!” Ujar Ustaz Wahid membalas provokan yang dilemparkan oleh jelmaan itu.

“JAHANAM KAU!!” Jerit jelmaan itu sekaligus cuba menyerang Ustaz Wahid. Namun tindakan Ustaz Wahid yang tangkas menepis serangan itu. Ustaz Wahid mula membuka kekuda silatnya bagi menangkis serangan daripada jelmaan itu. 

Kini wajah jelmaan itu berubah menjadi seorang lelaki yang berbadan besar dan tinggi. Wajah jelmaan itu amat hodoh. Berkedut dan berulat wajahnya. Ulat-ulat itu sepertinya  memakan daging di wajah itu. 

Sekali lagi jelmaan itu cuba untuk menyerang Ustaz Wahid dengan cuba menumbuknya. Namun sekali lagi dapat ditangkis dengan mudah oleh Ustaz Wahid. Jelmaan itu kelihatan sangat marah, Dia melompat menerkam Ustaz Wahid daripada atas. Ustaz Wahid bergolek ke tanah bagi mengelakkan terkena serangan yang tidak terduga itu. 

Mulut Ustaz Wahid membaca sesuatu dan tiba-tiba satu cahaya datang mendekati Ustaz Wahid. Cahaya itu berhenti betul-betul dihadapan Ustaz Wahid. Perlahan-lahan cahaya itu berubah menjadi sebilah pedang. Ustaz Wahid mengangkat pedang itu lalu diacukan kepada jelmaan itu. 

“Tinggalkan gadis itu jika tidak mahu nyawamu melayang” ujar Ustaz Wahid. 

“Kau pasti kenal dengan pedang ini bukan?!” 

Kata-kata Ustaz Wahid itu dibalas dengan dengusan yang kedengaran amat sombong. Jelmaan itu tidak peduli akan pedang itu lalu mengatur langkah bagi menyerang Ustaz Wahid lagi. Jelmaan itu berubah lagi menjadi seekor binatang berbulu yang besar dan berkuku Panjang. Jelmaan itu cuba menerkam Ustaz Wahid dan cuba mencakar leher Ustaz Wahid. Tetapi langkah Ustaz Wahid lagi pantas dan menghalang dengan pedang ditanganya. Ustaz Wahid pula mengatur langkah cuba menyerang jelmaan itu. 

Pedang di tangannya dilibas kea rah jelmaan itu. sekali libasan tersasar kerana jelmaan itu juga tidak kurang hebatnya dalam mengelak daripada terkena serangan. Ustaz Wahid menyerang dengan bertalu-talu kea rah jelmaan itu dan melompat lalu melibas kea rah kaki jelmaan itu. 

“Arghhhhhhhhhhhhhhhh!” jelmaan itu mengerang kesakitan apabila mata pedang itu terkena di bahagian kakinya. Perlahan kaki jelmaan itu bagaikan dibakar oleh api yang tidak ketahui dari mana datangnya. Darah yang keluar membuak-buak membuatkan jelmaan itu terjelepok lalu berubah menjadi seorang lelaki tua yang mempunyai wajah yang sangat tua. 

Ustaz Wahid mendekati jelmaan itu. 

“Tidakkk!! Jangan sakiti aku!” Jelmaan itu mengesot menjauhi Ustaz Wahid. 

“Tinggalkan gadis itu. Putuskan segala hubungan dengan keluarga ini.” Ujar Ustaz Wahid. 

“Tak boleh! Darahnya Bersatu dengan ku. Jika aku tinggalkan dia, Dia tak dapat hidup lagi!” jelmaan itu berkata.

“ajal dan maut itu ditangan Allah S.A.W, bukan kerja kau menentukannya!”


Mata Ustaz Wahid perlahan-lahan terbuka, dia kini berada di rumah Encik Yusof kembali. Diana sudah pun terjelepok tidak sedarkan diri. 

“Apa sudah jadi ustaz?” Tanya Encik Yusof. Dia risaukan anak gadisnya yang pada mulanya kelihatan bertenaga dan cuba menyerang Ustaz Wahid ketika ustaz itu duduk bersila sambil bertakafur. Tetapi tiada satu pun serangan yang dibuat Diana terhadap Ustaz Wahid Berjaya. Bagaikan ada yang menghalang semua serangan Diana itu sehingga lah anaknya itu bagaikan terkena sesuatu. Diana mengerang kesakitan dan akhirnya pengsan tidak sedarkan diri. Dia cuba membantu anaknya namun dihalang oleh Ustaz Khairi.

Ustaz Wahid menghelas nafas kepenatan. Tenaganya bagaikan hilang akibat berlawan dengan jelmaan itu. 

“Alhamdulillah. Makhluk itu cedera parah. Esok kita teruskan dengan kaedah seterusnya. Sebelum itu, saya nak minta Encik Yusof tanya kepada Diana, sebelum arwah meninggal dunia ada apa-apa barang tak yang ditinggalkan oleh arwah.” Ujar Ustaz Wahid. 

“baik Ustaz. Jadi esok kita teruskan lagi?” 

“yaa. Saya baru sahaja cederakan makhluk itu dan esok kita akan cuba ikhtiar  cara seterusnya bagi membebaskan terus daripada cengkaman saka ini.” Kata Ustaz Wahid. 

Diana diangkat masuk ke dalam biliknya oleh Puan Kalsum dan Mak Kiah. Encik Yusof pula sepertinya terus membincangkan sesuatu dengan para ustaz yang membantu anak gadisnya itu. 

“Terima Kasih Ustaz.” Ucap Encik Yusof dengan sepenuh hati. 


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.