Home Novel Lucu BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
BUKAN KISAH HERO YANG KLISE
Rizal Rahman
17/8/2017 01:09:59
81,227
Kategori: Novel
Genre: Lucu
Bab 7


“Jadi, korang bercadang nak berenang aje la tadi?”

“Macam tu la kira-kira.”

“Kau ni tak ingat ke laut ni banyak jerung? Nasib baik aku tengah lepak kat tempat tadi. Kalau tak, korang tinggal tulang. Jerung-jerung kat sini sekarang ni bukan main jahat dan pandai cari peluang.”

Ikan paus berborak dengan Razin! Duduk atas belakang ikan paus! Ikan paus tolong bawa ke pulau Auf! Mimpi ke aku ni? Aku ni kat dalam filem Finding Dory ke? Aku ketuk kepala Kuzi.

“Adoi, yang kau ketuk kepala aku ni buat apa?”

“Oh, aku tak bermimpi rupanya.”

Serba sedikit aku dapat tahu yang ikan itu adalah kawan lama Razin. Namanya Yaya Grand. Pelik betul. Macam cerita dongeng saja. Si Razin ni pun satu. Boleh tak kenal member sendiri. Buang masa saja aku rasa suspen tadi. Tapi diam-diam aku respek juga budak Razin ni. Macam-macam jenis spesis jadi kawannya. Siapa pernah terfikir berkawan dengan ikan paus? Killer whale pulak tu. Eh boleh bersembang bagai pulak tu. Aku dan Kuzi segan nak join. Lagipun mereka banyak borak kisah-kisah lama, pasal kawan-kawan mereka macam Joy si musang pulut, Idun si kuda laut, Aloyah si tapak sleman dan... macam-macam lagilah watak yang pelik-pelik. Kalau aku cerita kat keluarga aku, sah mereka akan menangis on the spot, bukan pasal apa tetapi kerana menyangkakan yang anak mereka sudah termasuk dalam golongan manusia-manusia bangang dan tolol.

“Dah sampai dah,” tiba-tiba Yaya membuat pengumuman. “Aku terpaksa turunkan korang kat sini pasal aku tak boleh berenang dekat pantai. Air cetek. Takkan aku nak bunuh diri. Aku grand. Korang kena sambung berenang sendiri.”

Berenang lagi? Alamak...




Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rizal Rahman