BAB 4
Semua yang berada di situ tercengang. Kata-kata yang
terkeluar dari mulut Raimi itu benar-benar memeranjatkan. Melah yang paling
terkujat sekali!
“Alah, Melah baru nak ayat abang Raimi sebab muka abang
Raimi sebijik muka pojaan hati Melah, Kim Hyun Joong tu. Kenapa pulak tiba-tiba
abang Raimi nak kahwin dengan Tipah pulak?”
Raimi terus tertawa terbahak-bahak. Lucu benar dia mendengar
kata-kata Melah yang bendul itu. Geram pula Tipah dengan tingkah laku abang
tirinya itu.
“Abang ni dah kenapa? Kejap terpekik-pekik, kejap ketawa. Sakit
jiwa ke apa abang ni?” Merah padam muka Tipah di buatnya. Namun semakin merah
wajah itu semakin jelita pula ianya kelihatan di pandangan mata Raimi!
Raimi cuba menahan gelojak perasaannya. “Tipah, abang
main-main jelah tadi. Takkanlah abang nak kahwin dengan Tipah pulak, kan? Abang
tahu dah lama Tipah minat kat Rayyan tu.”
Pantas Tipah membidas. “Cop! Bukan Tipah yang minat dengan
Rayyan tu tapi kami berdua saling mencintai antara satu sama lain.”
Melah menggaru-garu kepalanya. “Yeke? Abis tu kenapa nampak
macam kau je yang beria-ria nak kahwin dengan dia, yek?”
Buntang biji mata Tipah mendengarnya. “Kau ni, Melah!
Agak-agaklah kalau nak cakap pun. Takpe kalau Rayyan tak nak kahwin dengan aku,
aku kahwin dengan abang Raimi jelah. Habis cerita!”
Pedih hati Raimi mendengarnya. Namun sedaya-upaya dia cuba
berlagak selamba. “Boleh, bisa di atur tu semua. Bila nak kahwin tu? Hari ni?
Esok? Sekarang pun boleh!” Sekali lagi meletus gelak tawa di petang yang hening
itu. Raimi mencuri pandang ke arah Tipah. Gelak tawa gadis tersebut benar-benar
menawan kalbunya!
Perasaan Raimi di selaputi kesedihan yang tidak terperi.
“Tipah, aku cintakan kau, Tipah! Benar-benar cintakan kau! Kalaulah kau faham
isi hatiku ini,” keluh Raimi dalam hati.
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kopi panas yang masih berasap itu langsung tidak terkesan di
bibir Rayyan. Hatinya jauh lebih panas dari kopi tersebut. Entah angin puting
beliung apa yang merasuk Dato’ Khalid pagi itu. Kata-kata atau lebih tepat lagi
arahan dari Dato’ Khalid itu benar-benar merentap jiwanya.
“Kenapa papa nak paksa-paksa Rayyan ni? Rayyan tak sukalah,
papa! Dahlah papa paksa Rayyan kahwin dengan budak sekolah tak cukup matang tu,
sekarang ni papa nak paksa Rayyan bertentang mata dengan dia pulak. Rayyan tak
naklah!”
Datin Khalida dan Mak Roza terkedu melihat adegan cerekarama
tahap 18 PL yang tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga itu. “Abang, benda
kecil je ni. Cubalah bawak berbincang.”
Pantas Dato’ Khalid membidas. “Benda kecil awak cakap, Ida? Kita
nak merisik Latifah tu untuk dia juga tapi dia sendiri pulak tak mahu hadir.
Tak ke biadap namanya tu? Eloklah sangat. Belalah anak kesayangan awak tu!”
Muncung Rayyan sudah panjang sedepa. “Papa, tolonglah faham
perasaan saya! Kenapa papa beria-ria nak kahwinkan saya dengan si Tipah tu? Papa,
zaman sekarang ni kita tak boleh senang-senang nak percayakan orang walaupun
saudara sendiri. Rayyan dapat rasakan, Pak Saad dan anaknya ada agenda nak
kikis segala harta kita.”
Dato’ Khalid bertempik. “Rayyan! Kamu jangan nak kurang
ajar! Papa dan mama tak ajar kamu untuk jadi biadap begini. Sekarang kamu
pasang telinga kamu baik-baik. Walau apa pun yang terjadi, minggu depan kamu
mesti ikut kami balik Malaysia, faham!”
Rayyan tidak mampu bersabar lagi. Dia bingkas bangun dan
melangkah menuju ke pintu. “Kamu nak ke mana tu, Rayyan? Papa tak habis cakap
lagi!”
Rayyan memulangkan paku buah keras. “Hai, Rayyan nak ke
pejabatlah, mana lagi! Kan papa sendiri cakap sebagai ketua kita harus
tunjukkan contoh yang baik kepada anak buah kita.” Dato’ Khalid terkedu.
Kata-kata Rayyan itu tepat mengena ke batang hidungnya!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Kicauan burung yang riang menyanyi
di pagi hari sepertinya menggambarkan hati Tipah yang berbunga ria. Dia gigih
menghitung hari. Hari di mana dia dan Rayyan akan di ijabkabulkan. Tak sabar
rasanya bergelar isteri kepada seorang lelaki yang telah di dambakannya selama
berbelas tahun.
“Dah tak ada kerjalah tu!
Pagi-pagi buta ni dah bersidai kat tangga! Tersengih sana, tersengih sini! Kau
jangan buat malu aku, Tipah. Jangan sampai orang cakap anak Makcik Rosnah tu gian
nak berlaki!”
Tipah menyerigai. “Memang saya
gian nak berlaki pun! Eei, tak sabarnya nak kahwin! Yeye minggu depan dah nak
kahwin!” Dengan selamba Tipah berlalu ke dalam biliknya.
Panas hati Makcik Rosnah melihat
kelakuan Tipah. “Eei, geramnya aku budak ni! Hei, Tipah! Kau jangan lagi nak
main kahwin-kahwin tu, ya? Kalau aku ternampak kau buat lagi perangai tak
senonoh tu, aku ligan kau satu kampung nanti!”
Tipah sekadar menadah telinga.
Malas dia nak melayan bini tarzan tu pagi-pagi buta begini. “Aha baik aku bukak
‘facebook’. Manalah tau bakal laki aku tu ‘online’ pagi-pagi buta ni,” desis
Tipah dalam hati.
Pantas tangannya membuka laptop.
Lincah jemarinya menaip. Sebaik sahaja akaun ‘TIPAH CANTIK’ di bukanya, terus
di carinya nama ‘RAYYAN DATO’ KHALID’. Yes! Rayyan sedang ‘online’! Sahlah
mereka berdua ni memang ada jodoh! Jemarinya mula menaip kata-kata mukadimah.
- Salam awak. Rajinnya...awal pagi dah online
Rayyan tersentak. “Cis!! Macam
mana aku boleh tak perasan minah ‘psycho’ ni pun tengah ‘online’ juga?”
sungutnya dalam hati. Pantas jemarinya membalas.
- Salam. Biasalah tu. Saya ni kan pekerja yang berdedikasi
Tipah menjuih bibir. “Berdedikasi
konon! Pagi-pagi dah layan ‘facebook’ dedikasi apa mendanya tu?” kutuk Tipah
dalam hati.
-Oh, baru saya tahu
istilah pekerja dedikasi di Australia. Pagi-pagi layan ‘facebook’ adalah lambang
pekerja dedikasi di sana, ya?
Rayyan terkesima. “Ceh budak kampung ni! Selamba je dia
kutuk aku.”
- hello cik tipah
cantik! abis tu yang awak layan ‘facebook’ pagi-pagi buta ni dedikasi
sangatlah???
Tipah ketawa terbahak-bahak. “Boleh tahan juga loratnya
bakal laki aku ni!”
- saya tak kerja,
lainlah cerita. awak, saya dah tak sabar nak jumpa awak. minggu depan awak
balik sekali ke Malaysia, kan?
Rayyan mendengus. “Miang jugak sepupu aku ni! Menyampah
betul aku.”
- kalau saya tak nak
balik, awak nak buat apa?
“Sengaja nak cari pasal dengan akulah ni! Nasib baiklah kau
tu pujaan hati aku! Kalau tidak dah lama aku campak kau dalam lombong,” sungut
Tipah. Dia begitu asyik ber’chatting’ sehinggakan kemunculan Raimi dari
belakang langsung tidak di sedarinya.
“Cakap dengan siapa tu, Tipah? Dari tadi abang tengok kamu
membebel sorang-sorang.” Terperanjat Tipah di buatnya. Pantas tangannya menutup
laptop yang ternganga.
“Abang ni! Main redah je masuk bilik Tipah! Buatnya Tipah
tengah tukar baju ke tadi tak naya di buatnya.”
Raimi mengerling nakal. “Abanglah yang paling untung kalau
macam tu. Dapat tengok tayangan perdana percuma!”
Tipah memekik sambil menampar lengan Raimi bertubi-tubi. “Melampaulah
abang ni!”
Tiba-tiba Makcik Rosnah terjegul di muka pintu. “Apa yang
korang berdua memekak dalam bilik ni, hah? Dah! Cepat keluar sekarang. Banyak
lagi kerja yang menanti kat luar tu!” Bergegas Tipah dan Raimi melangkah
keluar. Bimbang pula mereka kalau-kalau Makcik Rosnah meroyan lagi!
Pandangan mata Rayyan pula tidak beralih-alih dari skrin
laptopnya. “Bertuah punya sepupu! Boleh dia main ‘offline’ macam tu je?
Sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal dulu. Eh, tapi selalunya aku pun
main ‘offline’ macam tu jugak, kan?” Musykil pula Rayyan di buatnya. Sejak dia
mula ber’chatting’ dengan Tipah, inilah pertama kali sepupunya itu ‘offline’
dulu! Keegoannya rasa tercalar!
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Hari yang di nanti-nanti Tipah sudah tiba. Hari ini Dato’
Khalid sekeluarga di jangka akan tiba di KLIA pada pukul 11.00 pagi. Pak Saad,
Tok Penghulu dan sebahagian besar penduduk kampung mengambil keputusan untuk
menyambut kedatangan Dato’ Khalid sekeluarga di KLIA. Tipah juga tidak
ketinggalan. Usai sahaja solat subuh tadi dia sudah sibuk bersiap-siap.
Melah lah yang bertindak selaku perunding fesyen Tipah.
Rambut lurusnya di tocang tinggi-tinggi. Cekak rambut polkadot dengan reben
besar berjuntaian di atas kepalanya. Kemeja lengan panjang warna pink di
padankan pula dengan seluar ‘skinny jean’ polkadot warna pink dan ungu
benar-benar membuatkan penampilan Tipah bagaikan budak sekolah tak cukup umur!
Terbeliak biji mata Raimi sebaik sahaja Tipah dan Melah
melangkah keluar dari bilik. “Tipah! Fesyen apa yang kamu pakai ni?” Raimi
sedaya-upaya cuba menahan tawanya.
Dengan bangganya Melah bersuara. “Inilah fesyen terkini lagi
sensasi, abang Raimi! Fesyen ini di namakan ‘Warna-Warni Polkadot Di Hati’!”
Pak Saad dan Makcik Rosnah yang terkocoh-kocoh keluar dari
bilik terpempan seketika melihat penampilan Tipah. Makcik Rosnah segera
menjerit. “Ya Allah! Fesyen apa kau pakai ni, Tipah? Kau jangan nak buat malu
aku. Pergi tukar sekarang!”
Pak Saad segera menukas. “Kita dah lambat ni! Jom, cepat
semua! Nanti Dato’ Khalid pula kena tunggu kita. Tipah, tolong makcik Rosnah
kamu tutup semua tingkap dan pintu.”
“Baiklah, ayah.” Sahut Tipah dengan perasaan yang
berbunga-bunga. Jiwanya riang tidak terperi. Hari ini kalau Makcik Rosnah suruh
dia masuk hutan sekalipun dia sanggup!
Sepanjang perjalanan senyuman di bibir Tipah langsung tidak
lekang. Dada Raimi yang sarat dengan api cemburu terasa bagaikan hendak meletup
apabila melihat kegembiraan Tipah. Semasa dia balik tempohari pun Tipah tidak
segirang ini!
“Kita dah sampai!” Teriakan Pak Saad itu benar-benar
membuatkan Tipah teruja. Sebaik sahaja kereta di parkir, Tipah lah orang
pertama yang berlari turun. Pantas dia mendaki eskalator demi eskalator
sehinggalah dia sampai ke ruang legar balai ketibaan KLIA. Melah yang muncul di
belakangnya sejurus selepas itu sedikit jakun melihat keindahan salah satu di
antara lima lapangan terbang terbaik di dunia.
“Tipah! Kau tengok tu! Banyaknya kedai jual coklat! Wow! Ada
kapal terbang mendarat dalam bangunan ni! Macam mana kapal terbang tu boleh
masuk ke sini, hah?”
Tercengang seketika Tipah melihat replika kapal terbang itu.
“Ahalah! Macam mana kapal terbang ni boleh mendarat kat sini, yer? Hairan bin
ajaib namanya ni!”
“Korang berdua ni boleh tak jaga perangai tu sikit? Tak malu
ke? Semua orang tengok perangai korang yang tak semenggah tu!” gerutu Makcik
Rosnah dengan nada geram.
Tiba-tiba Pak Saad menuding jarinya ke arah pintu ketibaan
antarabangsa nombor 5. “Tengok semua! Tu dia Dato’ Khalid!” Seluruh penduduk
Kampung Delima yang turut serta dalam rombongan tersebut terus menerpa ke arah
Dato’ Khalid, Datin Khalida dan Rayyan. Tipah terlopong seketika. Tidak di
sangkanya Rayyan jauh lebih kacak dari dalam gambar!
“Hai, satu kampung datang untuk sambut kedatangan kita?
Hebat!” sinis Rayyan menempelak Dato’ Khalid.
“Rayyan! Please behave yourself!” bentak Dato’ Khalid dengan
nada keras.
Tiba-tiba gegendang telinga Rayyan dapat menangkap suatu
suara sedang menyeru-nyeru namanya. “Rayyan! Awak kenal saya, tak? Sayalah
Tipah, sepupu merangkap bakal isteri awak!” Seorang gadis kecil molek dengan
cekak reben besar dan berkaca mata tebal sedang berlari-lari anak ke arahnya. Rayyan
terkesima seketika melihat kemeja pink di tambah dengan ‘skinny jeans’ polkadot
pink dan ungu yang menyarungi tubuh Tipah.
Rayyan berteriak. “Badut sarkas macam ni ke yang nak jadi
bini aku? Arghh aku tak nak!” Pantas Rayyan membuka langkah seribu.
“Rayyan! Tunggulah saya, Rayyan! Jangan tinggalkan saya!”