MAMAT
depan aku ni handsome. Nama dia Azlan Syah Tan Sri Ariffin. Boleh terus jatuh
cinta. Tidak sia-sia berkenalan di facebook. Awin… jangan kau toleh belakang
lagi.
“Awin Aweena kan?”
Awin angguk. Tersipu-sipu malu.
“Comellah you ni.”
Makin merah pipi gebu Awin. Tak perlu
bubuh blusher dah dah cukup merah bak
air sirap.
“Terima kasih.” Orang sudah puji kenalah
ucap terima kasih.
“Berapa umur you? I sudah nak masuk twenty-eight.”
“Agak-agak you.”
“Kalau tengok you ni macam budak sekolah around sixteen. You comel sangat.”
Awin tertawa halus. Senang hati dengan
pujian lelaki itu.
“I’m
twenty-five.”
“Are
you serious?”
“I tak tipu okay.”
“Itulah kata orang wajah pun pun boleh
menipu ornag sekeliling. Ada yang tua nampak muda dan yang muda nampak tua.”
“I
agreed dengan kata-kata you.”
Bunyi deringan telefon bimbit Azlan Syah
mengganggu perbualan ramah mesra mereka. Seorang pemuda bertubuh agak kurus dan
berjerawat hampir penuh di muka muncul di antara mereka. Kawan Azlan Syah
agaknya?
“Kenalkan ini Azlan Syah Tan Sri Ariffin.
Saya ni cuma pekerja bawahan Encik Azlan. Dia mahu menguji Cik Awin dan minta
saya gantikan tempat dia.”
Mulut Awin terlopong.
“Hai…” Azlan Syah yang original
menghulurkan tangan.
Awin rasa tertipu. Retak terus simbol
cintanya. Mati-mati dia ingat si handsome
depan matanya itu Azlan Syah Tan Sri Ariffin. Awin capai gelas minumannya
lalu disimbahkan pada muka Azlan Syah. Manakala gelas minuman yang berbaki itu pula
disimbah pada muka lelaki kacak yang menyamar sebagai Azlan Syah. Kedua-dua
lelaki itu memandang antara satu sama lain.
Awin capai tas tangan lalu beredar. Sakit
betul hati ni. Baru pasang impian hendak menjadi menantu Tan Sri sudah
berkecai. Kalau perempuan lain mungkin tidak kisah jerawat batu penuh muka asalkan
poket penuh. Awin berselera lain sikit. Kalau kaya mestilah hendak yang kacak.
Awin memang jenis yang memilih.
Awin menelefon Mint untuk meluahkan rasa
kecewa di hati. Mint yang sibuk menemani suami melayan bola di Astro terpaksa
mendengar luahan sahabat baiknya. Suami Mint geleng kepala. Mujur Mint ada
suami yang jenis memahami. Hubungan Mint dan Awin sudah seperti adik-beradik.
Erat sejak di zaman tadika lagi. Ke mana saja pasti berdua.
Awin mengesat setitik dua mutiara mata
yang menitis. Kalau ada Mint mesti Mint akan hulurkan tisu buatnya.
“Apalah kau ni, dapat anak Tan Sri pun kau
lepaskan. Tak kacak tu lain kira.” Setakat jerawat pada muka masih boleh
diubati. Apalah si Awin ni.
“Aku nak yang handsome.”
“Ala… dia banyak duit. Kau pujuklah dia
buat plastic surgery.”
“Tak mahulah. Aku nak original face.”
Mint menghela nafas kecil. Macam-macamlah
budak Awin ni.
“Dah-dah. Kau layanlah perasaan sendiri.
Aku nak layan bola dengan suami aku.” Talian Mint putuskan sebaik mengucapkan
salam.
Awin menongkat dagu. Temujanji malam ini
tidak seperti yang diharapkan. Buat penat make-up
cantik-cantik. Alih-alih dia melepak kat kedai makan gerai Sup Meletup. Awin
tidak tidak peduli pada mata-mata yang memandang ke arahnya. Pakaiannya itu
macam tak sesuai duduk di gerai Sup Meletup.
“Tisu…” Ada tangan kasar menghulurkan satu
kotak tisu kepada Amin.
Awin angkat kepala.
Lelaki yang menghulurkan kotak tisu itu
melirikkan senyuman cukup manis di bibirnya.
“Thanks.”
Lelaki itu beredar dan menghampiri
rakan-rakannya.
Apalah nasib kau malam ni, Awin…
PINTU
bilik dihempaskan dengan kuat. Teman-teman serumah Awin mengurut dada. Adalah
yang tidak kena pada minah seorang itu. Wilma berbisik pada telinga
teman-temannya. Mereka saling berpandangan.
“Eloklah sangat dia nak keluar!” Sheila
sengaja menguatkan suaranya. Dia orang yang pertama memberikan sokongan jika
Awin mahu keluar dari rumah sewa itu.
Awin mengetap bibir. Orang tengah patah
hati ada pula yang sengaja mahu menambah sakit hati. Sheila ingat dia bagus
sangat! Bergaya pun pakai harta karun dia. Ingat dia tidak tahu ke?
Awin sudah tegak bercekak pinggang di
depan pintu bilik. Mata bulatnya merenung Sheila dengan tajam. Pakaian masih
tidak berganti. Make-up nya masih
belum ditanggalkan. Dia tidak kisah kalau mahu bergusti mulut dengan Sheila
dalam keadaan cantik begini.
“Setakat mulut berbisa tiada maknanya.
Kalau berani mari fightdengan aku
satu lawan satu. Aku sudah bersedia nak buka langkah kijang ni.” rengus Awin. Riak
wajah Awin ke main serius.
“Wei… tak mahulah gaduh-gaduh. Malulah
jiran tetangga dengar nanti.” Noni yang bertubuh agak gempal itu mencelah.
“Kalau hati dah busuk, mulut pun sama
busuk! Sedarlah diri sikit. Syampu Rejoice dalam bilik air tu siapa yang punya.
Kau jugak yang pakai hari-hari kan? Tu… segala isi dalam dalam bilik air ada
cop nama siapa?” Kata-kata Awin
membuatkan seisi penghuni rumah sewa itu terasa. Awin memang letakkan penanda
atas namanya pada setiap barang-barang di rumah sewa ini. Biar mereka tahu
siapa yang empunya tuan barang.
“Pakai sikit pun nak kecoh.” cebik Sheila.
Orang ni kalau muka tak tahu malu memang
tiada perasaan segan silu.
“Sikitlah sangat!”
Sheila mencemik muka. Sheila memang suka
mencari pasal dengan Awin. Sheila tidak suka Awin lebih segala-galanya dari
dia. Sheila tidak suka Awin dapat pujian. Sampai bab teman lelaki pun Sheila
mahu menandingi Awin.
“Berambus cepat-cepat!”
“Aku akan ambil semua barang aku. Lepas ni
pandai-pandailah korangmenabung beli
barang sendiri.” Sekali lagi pintu bilik itu dihempaskan oleh Awin. Biar
bergegar satu rumah.
AWIN
datang ke pejabat dengan koyok bertampal di kiri-kanan dahinya. Mint melirik
senyuman panjang. Masalah apa yang Awin peningkan sampai koyok melekat di
kepala. Bos besar menyuruh Awin ambil cuti sakit. Awin menolak. Dia bukan jenis
pekerja yang suka ambil cuti sakit. Awin tekan butang on di bawah skrin komputernya.
“Sarapan tak?”
“Roti kosong.”
“Roti kosong?”
“Mentega kacang lady’s choice aku dah licin.”
“Dahsyat sekali.”
Tergeleng-geleng kepala Mint.
“Ikutkan hati aku mahu santau seorang demi
seorang.”
“Tak baik. Berdosa buat kerja-kerja macam
tu.”
“Panas hati aku.”
Mint mengusap-usap bahu Awin. Mint
meletakkan piring berisi sandwich atas
dada meja Awin.
“Makanlah. Aku buatkan kau milo panas.”
“Mint... kau memang baik. Itu sebab aku
sayang sangat pada kau.”
Air mata Awin mula bergenang. Dia memang
jenis cepat terharu.
Mint hulurkan tisu.
Bos besar
membuat pengumuman mengejut. Dia memperkenalkan pekerja baru di Teja Associatesmerangkap ofis boy yang sudah beberapa hari
jawatannya kekosongan tidak diisi.
Seorang demi seorang pekerja
diperkenalkan dengan ofis boy
tersebut. Awin malas mahu mengambil tahu sangat. Dalam sesi suai kenal dia
boleh melepak di pantri makan sandwich.
Kalau anak bos besar mahu juga dia menyertai sesi suai kenal. Masakan anak bosbesar mahu bekerja di sini? Anak bos besar
kan duduk dengan bekas isteri bosbesar.
Awin tidak pernah pula bertanya pada bos besar anaknya lelaki atau perempuan.
“Mana Awin?” soal Datuk Tajudin. Matanya
terarah pada meja Awin.
“Pantri bos.” Minta membalas.
“Kalau dia tak sihat awak nasihatkan dia
ambil MC.”
“Baik bos.”
Datuk
Tajudin berlalu.