Home Novel Komedi/Romantik Komedi Kekasih Olok-Olok
Kekasih Olok-Olok
Eija Khadeeja
25/7/2014 15:49:50
229,360
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

13

MIRA mengambil tas tangannya. Dia sudah berkira-kira untuk berlalu pulang sementelah waktu pejabatnya baru sahaja tamat. Namun saat dilihatnya wanita anggun yang amat dikenalinya itu kian menghampiri dirinya, dia mematikan sebentar niatnya itu.

Senyuman diukirkan, “Eh... Cik Melisa. Nak jumpa buah hati ke?”

“Ha’ah. En. Asyraf masih ada di pejabatkan? I nampak kereta dia masih ada dekat tempat parking tadi.” Melisa membalas senyuman Mira.

“Ada. Biasalah bos tu... selalu balik lambat,” omel Mira.

“Okeylah. Kalau macam tu I masuk dalam dululah,” tutur Melisa.

“Cik Melisa tak nak I interkom En. Asyraf dulu ke?” soal Mira.

“Tak payahlah. I nak buat surprise untuk dia,” gedik suara Melisa sebelum dia meneruskan langkahnya ke hadapan.

Mira pula hanya membiarkan sahaja langkah idolanya itu. Tidak ditunggunya lama, cepat sahaja dia keluar dari Syarikat SCA Sdn. Bhd. Dia tidak mahu berebut teksi dengan sesiapa.

Melisa melenggok manja. Sempat lagi dia tersenyum menggoda kepada Mustafa yang kebetulan berselisih dengannya.

“Mel... you buat apa dekat sini?” soal Mustafa.

“Buat apa lagi... nak jumpa insan tersayanglah,” kegedikannya kian terserlah.

‘Dah macam ulat beluncas dah aku tengok minah ni. Tergedik sana, tergedik sini,’ sinis hati Mustafa.

“Ooo... Asyraf? You nak jumpa Asyraf ke?” Rasa meluat, Mustafa kedapkan sahaja.

“Yalah. Siapa lagi,” senyuman masih menghiasi wajah miang milik Melisa.

“You ada nampak Asyraf tak?” soal Melisa kemudiannya.

“Ada. Tu...” Mustafa mengarahkan jari telunjuknya ke arah meja Juliana.

Berubah riak wajah Melisa saat dia menyorot pandang ke arah jari telunjuk Mustafa itu.

“Tak guna!” bentak Melisa.

Mustafa berpura-pura tidak mendengar kata-kata model miang itu. Dia terus berlalu pergi tanpa permisi.

Melisa pula menghayun langkahnya laju. Kini diriannya betul-betul di hadapan meja ‘musuhnya’ itu. Terkejut Asyraf dan Juliana dengan kemunculan insan di hadapan mereka itu.

“Mel... apa yang you buat dekat sini?” soal Asyraf.

“Kenapa? You terkejut dengan kehadiran I?” Mencuka wajah Melisa.

“Bukan terkejut. I cuma hairan je... kenapa pula you tiba-tiba datang ke pejabat I ni? You nak menggunakan perkhidmatan syarikat kami ke? Ke... you nak apply jadi duta bagi syarikat I semula? Tapi... maaflah. Syarikat I dah tak perlukan lagi perkhidmatan you,” sinis Asyraf.

Juliana pula masih membisukan mulutnya. Biarpun dia sedar yang sepasang mata milik model terkenal itu sedang galak menjeling ke arahnya, namun dia tetap jua bersahaja. Tangannya masih laju mengemaskan meja kerjanya.

“Sayang... cepatlah sikit kemas tu. I dah penat dah ni. Bertambah penat pula badan I ni bila berhadapan dengan ‘orang’ tu.” Semakin sinis kata-kata Asyraf.

Berdesing telinga Melisa mendengar sindiran demi sindiran daripada insan yang teramat dicintainya.

“Asyraf... I datang sini sebab...” Tiba-tiba, Melisa bersuara semula.

“Sebab apa?” Laju Asyraf bertanya.

“I ada hal nak dibincangkan dengan you.” Masih lembut nada suara Melisa biarpun hatinya semakin membara.

“Cakap jelah. I tengah dengar ni.” Asyraf langsung tidak memandang ke arah wanita yang tiada maruah dirinya itu. Sudahlah pakaiannya terdedah sana sini. Kukunya pula bercat hitam bagaikan hantu!

“Bukan dekat sini. Bukan depan ‘perempuan’ tu!” sinis benar intonasi suara Melisa tika ini.

Terhenti kelincahan jari jemari Juliana. Terasa hatinya dengan sindiran model itu. Asyraf terperasankan hal itu.

“Perempuan mana? Maksud you Juliana? You dengar sini baik-baik! Juliana adalah bakal isteri I! So... Dia berhak untuk mengetahui apa sahaja tentang diri I termasuklah hal yang you ingin perbincangkan dengan I!” Tajam, Asyraf memandang sepasang mata milik Melisa.

Melisa terdiam. Dadanya berombak kecil.

‘Tak guna punya perempuan! Disebabkan kaulah, Asyraf bencikan aku!!!’

“Saya dah habis kemas. Jom balik,” tutur Juliana lembut.

Melisa mencebik. Mual tekaknya mendengarkan kelembutan suara wanita berkulit putih gebu itu.

“Jom sayang.” Asyraf mengukirkan senyuman. Pantas pula tas tangan Juliana diambilnya sebelum disangkutkan ke bahunya dan jari jemari wanita kacukan itu digenggamnya.

Juliana terkaku. Tidak disangkanya yang Asyraf akan berkelakuan seperti itu. Tidak keterlaluankah lakonan lelaki itu?

‘Lepaskan jari jemari aku! Lepaskan?!’ bentak hati Juliana. Tapi sayangnya, Asyraf tidak dapat mendengarkan jeritan itu.

“Asyraf nanti dulu!” Melisa masih berusaha menghalang langkah lelaki idamannya itu.

“You nak apa lagi Mel?” Asyraf masih meneruskan ayunan kakinya.

“I... I nak bincangkan sesuatu dengan you,” tutur Melisa.

“Apa dia? Cakaplah. Jangan buang masa I!” Kali ini Asyraf mematikan langkahnya. Juliana turut melakukan perkara yang sama.

“Sebenarnya... sebenarnya I...” Melisa gugup. Jiwanya pula kian tertekan meilhatkan kemesraan insan yang teramat dicintainya dengan wanita yang entah dari mana asal usulnya itu!

“Sebenarnya tak ada apa yang you nak bincangkan dengan I! Mel... dengar sini baik-baik! Tolong jangan buang lagi masa you untuk mengejar bayangan cinta yang takkan mungkin dapat you gapai. I takkan jatuh cinta dengan you. Hati dan perasaan I hanyalah untuk Juliana!” Asyraf pantas berlalu pergi bersama genggaman tangan yang kian diperkemaskan dan entah mengapa di saat itu hadirnya debaran halus di dadanya.

‘Kenapa? Kenapa debaran ini hadir? Mungkinkah kerana kelembutan jari jemari yang sedang berada di dalam genggaman tangan ku ini?’

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.