Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
244,091
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 22

“Ini darah daging kami, Encik Adam!” sengaja barangkali Encik Ahmad memperingatkan tentang ini. Aku tahu tentang semua itu, tetapi....,

“Kami datang menuntut hak kami, Encik Adam. Puan Risya. Ayien adalah darah daging kami, jadi elok kami saja yang membesarkan dan memeliharanya nanti. Puan Risya hanya ibu angkat saja, lagi pun Puan Risya baru saja berkahwin, suatu hari nanti Puan Risya bakal dapat anak sendiri, zuriat sendiri..,” sambung Puan Solehah menghiris hati Risya dengan pedih sekali. Jangan lah cakap macam tu, Ayien tu anak aku lah.

“Kami tak akan membezakan Ayien dengan adik-adiknya nanti. Percayalah, saya dan isteri saya akan memberikan sepenuh kasih sayang kami untuk Ayien,” pujuk Adam. Jangan ambil dia, aku perlukan dia dalam hidup aku lah. Tanpa dia, macam mana kami nanti.

“Maaf Encik Adam, Puan Risya. Tolong pulangkan semula Ayien kepada kami, kerana kami yang lebih berhak ke atas Ayien,” sambung Encik Ismail pula. Risya mengeluh perlahan apabila Ayien datang meluru ke arahnya dan merangkul dengan erat. Hampir air matanya menitis saat ini.

“Baiklah, saya tak menghalang kalau itu kehendak mak cik dan pak cik. Tolong berikan sepenuh kasih sayang kepada Ayien, itu saja permintaan saya,” jujur ucapan itu. Amanat Amir yang perlu dituruti, tetapi bukan kehendak hati. Kalau ikut hati, aku tak akan serahkan Ayien ke tangan sesiapa pun.

“Risya!” panggil Adam tidak setuju dengan kata-kata Risya.

“Syukur alhamdulillah, esok pagi kami datang jemput Ayien!” balas Encik Ahmad, dan yang lainnya mengangguk tanda sudah sepakat.

Baru lima minit mereka berempat beredar, Adam sudah tidak dapat menahan kesabaran dalam hatinya.

“Apa Ris buat ni? Ayien tu anak kita lah, abang sanggup buat apa saja untuk mendapatkan hak penjagaan Ayien. Kenapa pentingkan diri sendiri?” luah Adam. Bengang dan sakit hati dengan tindakan Risya. Perit keputusan ini.

“Itu keluarga kandung Ayien lah, darah daging Ayien, jadi mereka yang lebih berhak dari kita!” ucap Risya perlahan. Ayien hak orang lah, abang!

“Abang tak sanggup lah, Ris!”

“Aruah Amir dah pesan, suruh pulangkan Ayien kepangkuan keluarganya kalau mereka datang meminta...,” kata-kata itu terputus di situ. Risya menahan sendu, tidak mahu menangis di hadapan Ayien. Terdengar sebuah keluhan yang muncul dari bibir Adam. Apa boleh buat, aku sudah tahu akan perkara ini, tetapi pinta ku biarlah si kecil ini dewasa dan mengerti akan sebuah kehidupan. Baru lah semua ini terjadi. Rupanya panas yang aku sangkakan, sudah hilang ditimpa ribut yang maha besar. Aku siapa? Ayien siapa? Dan keluarganya siapa? Berhabis berjuta pun belum tentu aku akan menang untuk mempertahankan hak ku, kerana harga kasih sayang tidak dapat dinilai dengan wang dan permata. Siapa yang tahu hati ku? Siapa yang tahu hati Adam? Dan siapa tahu hati Ayien? Apa pun semuga Ayien mengerti, mama dan papanya terpaksa melepaskan dia pergi esok hari.

Hanya malam ini saja, kami dapat bersama. Esok, bukan lagi milik kami bertiga. Bawa Ayien makan-makan, beli baju dan barang permainan, segalanya perlu dilakukan malam ini saja. Untuk Ayien, mama sanggup buat apa saja, asalkan Ayien bahagia.

Ayien tidur di tengah-tengah dan masing-masing menjaga dan melihat Ayien sehingga ke pagi. Malam ini saja dapat melihat Ayien, biarlah mama dan papa lihat Ayien sehingga puas di hati.

Kemaskan barang-barang dan baju-baju Ayien, itu yang Risya lakukan selesai solat subuh pagi ini. Jam lapan nanti keluarga Ayien akan datang untuk membawa Ayien pergi dari kehidupannya. Risya cuba menjadi kuat untuk menghadapi hari yang yang menyakitkan hatinya ini.

“Papa nak datang sekejap lagi!” beritahu Adam. Aku tak ceritakan kepada keluargaku kecuali kepada mak dan ayah. Mak dan ayah memang sudah tahu akan permintaan Amir, jadi mak dan ayah pasrah saja. Mama, papa, abah dan mummy, aku tak cerita pun tentang ini. Biarlah, nanti baru nak cakap!

“Abang beritahu papa?”

“Yup!”

Waktu papa peluk dan cium Ayien, papa menangis, kerana tidak sanggup melepaskan Ayien pergi, waktu itu Risya tengok mata Adam juga merah. Risya pura-pura menjadi kuat dan tabah.

“Jangan lupa atuk yer!” pesan Datuk Muiz sebelum beredar kerana tidak sanggup memandang anak mata Ayien.

“Mama!”

“Nanti besar Ayien nak jadi apa?” soal Risya cuba menghiburkan hati Ayien yang masih tidak mengerti. Waktu itu keluarga Ayien sudah berada di hadapan mata mereka. Saat perpisahan datang juga.

“Nak jadi pilot!” jawab Ayien lancar.

“Bagus tu, ayien jaga diri yer, dengan cakap atuk dan nenek!” pesan Risya sambil tersenyum. Aku tidak mahu menangis, kalau aku menangis, tentu Ayien juga bersedih hati.

“Ayien, peluk papa sayang!” panggil Adam sambil merangkul Ayien dengan erat.

“Papa, Ayien sayang papa!” ucap Ayien di telinga Adam.

“Ayien tinggal dengan atuk dan nenek yer, nanti papa dan mama datang melawat Ayien!” lafaz Adam. Relakah Adam? Risya memandang tidak berkelip. Tidak sangka dengan sikap Adam yang secara tiba-tiba ini. Semalam, Adam tidak bercakap dan bertegus sapa dengannya.

“Boleh tak, kami datang melawat Ayien nanti?” suara Risya tersekat-sekat.

“Boleh, pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk Puan Risya dan Encik Adam. Apa pun terima kasih dari kami kerana sanggup memelihara Ayien dengan sepenuh kasih sayang. Budi dan jasa Puan Risya dan Encik Adam, hanya ALLAH saja mampu membalasnya,” jawab Encik Ahmad. Alhamdulillah, kerana mereka masih membenarkan kami berdua melawat Adam nanti.

“Papa, Mama...,” panggil Ayien sambil menangis apabila Adam menyerahkannya ke tangan Puan Solehah dan Encik Ismail.

“Jangan menangis sayang. Ini ahli keluarga kandung Ayien. Dia orang ni, orang baik lah!” pujuk Adam sambil menepuk bahu Ayien dengan lembut.

“Ayien nak tinggal dengan mama, dengan papa!” renggek Ayien sudah menyentuh hati Risya saat ini. Risya menangis di dalam hati. Mama tak sanggup berpisah dengan mu walaupun hanya sekadar dalam mimpi lah, Ayien!

“Ayien pergi dulu yer, esok atau lusa mama dan papa datang jemput Ayien!” tipu Risya. Terpaksa!”

“Betul ni?”

“Betul, sayang!” kata Risya sambil memegang tangan Ayien.

“Ayien tunggu mama dan papa jemput Ayien hari khamis nih!” sudah mengira barangkali. Hari ini kan hari selasa. Lusa itu bermakna hari Khamis lah.

“Ha, ah!” balas Adam pula.

“Jaga dia elok-elok yer!” pesan Risya sebelum mereka beredar. Jaga dia untuk diriku ini. Kalau aku hanya boleh beri kasih sayang seorang ibu, Adam pula kasih sayang seorang Ayah, tolong berikan dia segala kasih sayang yang ada di dunia ini untuk dia. Boleh??

Melihat lambaian tangan si kecil itu membuatkan air mata Risya bercurahan mengalir keluar. Rasanya sudah gelap kehidupanku. Sinar harapan dan kebahagiaan kami sudah pun terpadam. Nyawa sudah dibawa pergi, hanya jasad saja yang tinggal. Apabila Adam datang, Risya cepat-cepat mengesatkan air matanya. Tidak mahu Adam melihat air matanya.

“Kena ambil anak sendiri nih!” gurau Risya. Tabah kan hati, biar apa pun terjadi hidup perlu diteruskan.

“Abang nak Ayien juga!”

“Hish lah, doakan dia bahagia di samping ahli keluarganya!”

“Cakap senang lah, kita yang dewasa ni boleh lah, dia macam mana? Ayien tu boleh ke hidup tanpa awak? Tanpa saya?”

“Abang ada pilihan? Sebab saya sebenarnya dah tak ada pilihan. Ikut hati memang sampai mati pun saya tak bagi lah, dia tu anak saya...,” tekan Risya. Adam dekatkan dirinya dengan Risya. Tidak sedarkah aku tentang dia yang telah banyak berkorban untuk si kecil itu, dan terlupakah aku, anak itu adalah anak susuan isteriku?

Dipeluknya Risya dengan erat.

“Ris tak boleh hidup tanpa dia,” ingin dia berkata sebegitu kepada Adam. Tetapi tidak ditunjukkan.

“Abang pun tak boleh hidup tanpa dia!” ucap Adam di dalam hati. Tetapi Adam tidak mahu bersuara di hadapan Risya.

“Biar ALLAH yang aturkan untuk perjalanan seterusnya!” ucap Adam tiba-tiba. Dikucupnya dahi Risya. Aku tahu Risya perlukan aku kala ini. Dan aku adalah pengubat segala duka lara untuk dia sekarang.

“Maksud abang?”

“Kadang-kadang kita hanya mengaturkan sesuatu untuk kehidupan kita, sedangkan ALLAH sudah pun mengaturkan segala-galanya untuk kita, kita saja yang tak sedar!” pujuk Adam sambil memegang bahu Risya.

“Semuga ALLAH berikan yang terbaik untuk Ayien dan untuk kita..,”

“Yup, sabar yer!” pujuk Adam lagi. Risya hanya mampu mengangguk.

Bila Adam keluar untuk ke pejabat, Risya menangis seorang diri. Tangisan yang dipendam sejak dari semalam, dilepaskan seorang diri. Dia tidak mahu menangis di hadapan Ayien, dia tidak mahu membiarkan Adam melihat air matanya, tetapi bial bersendirian sebegini, air matanya tumpah juga.

“Ayien, mama rindukan Ayien lah, sayang!” Macam mana lah dengan dia sekarang, tanpa aku di sisinya. Bagaimana dia? Menangis kah?

Hati Risya penuh dengan kekalutan bila memikirkan tentang Ayien? Bagaimana dengan anak ku kala ini? Mengapa tiba-tiba aku tak boleh nafas saja?

“Risya, ya ALLAH, kenapa ni?” panggil Adam yang muncul semula setelah 20 minit berlalu. Tak pergi ke mana pun, sebab tak sanggup tinggalkan Risya sendirian.

“Ayien.....” panggil Risya. Kalaulah mamanya macam ni, anaknya bagaimana pula? Tuhan, berikan dia semula kepada kami, doa Adam di dalam hati.

“Abang ada lah, sayang!” ucap Adam sambil memegang kedua belah tangan isterinya.

“Ayien tak ada sesiapa di sana..,”

Johor Bahru tu jauh juga untuk Ayien.

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.