Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA RAFAEL DAN RISYA
CINTA RAFAEL DAN RISYA
pitteriah abdullah
8/11/2013 21:26:42
242,133
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 5

“Siapa benarkan awak masuk ke kamar ini hah?” tengking Datin Salbiah. Risya dan Adam saling berpandangan.

“ini rumah Aisyah juga lah!” ujar papa.

“Ooo, awak pun sudah berani lawan cakap saya yer.. ini semua gara-gara menantu bedebah tak sedar diri itu lah..,”balas Datin Salbiah terus memberontak dan terus keluar kerana terlampau geram dengan sikap papa yang menyebelahi ibu. Adam hanya tersenyum. Apa lah yang Risya cakapkan kepada papa sehingga papa berubah macam nie sekali?

Makan malam di rumah mak angkat Risya turut dihadiri oleh keluarga mentuanya sekali. Papa Adam turut datang. Malah kedua buah keluarga Risya pun ada. Adam dan ibu bapanya tidak sedar, itulah ahli keluarga kandung Risya. Pandai sungguh Risya berlakon.

“Saya mintak maaf kat awak, kerana mengabaikan tanggungjawab saya sebagai suami awak selama ini. Mujurlah Risya menyedarkan saya pagi tadi,”ucap papa dalam perjalanan pulang.

“Aisyah tak kisah lah, bang!” jawab Puan Aisyah setulus hatinya. Risya tersenyum saja.

“Adam, papa cadang nak bawa ibu kau keluar lah dari rumah tu tak lama lagi, tetapi kau dengan Risya kena terus tinggal di rumah tu. Jaga nenek kau. Takut juga perempuan tu menghasut nenek kau nanti,” beritahu Papa. Dia mahu membahagiakan perempuan yang dicintainya selama ini. Sudah lama dia mempersiakan kehidupan mereka berdua selama ini. Tetapi sejak kehadiran Risya ke rumahnya, dia jadi terlalu berani pula.

“Okey lah, papa!” jawab Adam. Rasanya tak ada masalah dia terus tinggal dengan Risya di rumah itu demi nenek. Ibu kandung papa.

Keputusan papa membuatkan Adam terlalu bahagia malam ini. Hilang segala beban yang ditanggungny bertahun-tahun lamanya. Selama ini dia sakit hati melihat tindakan ibu tiri dan neneknya menghina ibu kandungnya sesuka hati. Malah dia pernah melihat neneknya memukul dan menampar ibu kandungnya. Tidak banyak hari lagi, ibu kandungnya akan bebas dari belengu ini.

“Pergi lah salin kain telekung tu dulu,” tegur Adam apabila melihat Risya hanya membuang kain telekung di kepala tetapi kain di pinggangnya masih terikat kemas. Risya buat tidak peduli saja.

“Tengok tu, saya cakap awak buat tak peduli saja!” terus Adam mencubit telinga isterinya.

“Sakit lah!” tepis Risya. Cadang nak tidur di rumah mak tadi, tapi apa pula kata papa dan ibu. Huwaaa.. tak bestnya malam. Sudah lah tak ada alasan untuk tidur berasingan.

“Pakai lah baju tidur ke, baju yang seksi sikit untuk suami awak nih, nie pakai baju dengan seluar panjang, tak tergoda langsung!” sambung Adam lagi. Risya mencebikkan mulutnya membuatkan Adam tersenyum geli hati,

“Suka hati saya lah, nak pakai macam mana pun,” ujar Risya terus bangun dari katil dan membuang kain sembahyangnya. Dia terus menuju ke sofa panjang. Mujur ada sofa ni, boleh jugak tidur kat sini.

“Siapa tadi tu. Muka Puan Sofia mirip muka awak. Begitu juga dengan hidung dan mata Datuk Ayoib, macam hidung awak?” soal Adam. Hubungan kekeluargaan antara mereka nampak erat tadi. Puan Sofia isteri kepada Encik Harith. Manakala Datuk Ayoib suami kepada Datin Rabina. Datuk Ayoib nama sama dengan ayah Risya, Encik Ayoib. Hmmm...

“Saudara mak lah!” jawab Risya. Kecut perut. Dia perasan rupanya.

“Ooo.. tetapi awak rapat yer dengan dia orang!” balas Adam sambil menghampiri Risya dan mahu mengangkat Risya di atas katil. Risya menolaknya.

“Awak dah jadi milik saya lah semalam, sekarang tak kan masih takut kut!” tipu Adam. Dia tak sentuh pun Risya tu.

“hmmm...,” memang tak guna langsung lah. Dia bangun sendiri, terus duduk di atas katil. Aku tak faham lah dengan lelaki bernama Adam Rafael ini. Terus tarik muka empat belas.

“Saya da hak lah!” kata Adam turut duduk di sebelah Risya. Hak apa? Hak nak kena penendang dengan aku kut.

“Awak sentuh saya seperti semalam, saya tumbuk muka awak nak?”

“Hey cik adik, jangan ingat awak saja ada seni mempertahankan diri tu, saya pun ada lah. Tu tengok gambar kat dinding tu..,” kata Adam sambil menunjukkan ke arah gambarnya yang tergantung di dinding. Gambar nya sedang memegang piala kerana menjadi juara dalam kejohanan karate semasa di Universiti.

“Saya tak faham lah dengan orang lelaki nih, kata tak cinta, tak sayang kat isteri, tetapi nak suruh isteri layan juga kehendak dia.. contoh macam awak, macam papa awak, tak cinta kat Datin Singa tu tetapi ada anak dengan mak datin tu, tak cinta pun boleh buat anak ke?” tinggi suara Risya kerana terlalu geram.

“papa saya tak pernah sentuh lah datin tu..,”

“Habis tu, adik-adik awak tu?? Datang dari mana?”

“Saya seorang saja anak papa, yang dua orang tu anak tiri papa lah. Adik apa nya, dia orang tu lebih tua dari saya lah, lebih tua dari awak!” terang Adam Rafael. Papa tidur berasingan dengan ke dua-dua isterinya. Nak tidur dengan ibu, tak boleh sebab nenek tak benarkan. Malah nenek ugut mahu bunuh ibu, kalau papa tidur dengan ibu.

“Hah??”

“Tengok mak datin tu kerana nak kahwin dengan papa saya, sanggup lah mintak cerai dari suaminya, gara-gara nak kahwin dengan papa.. “ itu cerita ibu kepadanya dulu.

“Takut mengandung, macam mana nanti?” jelas Risya. Aku kan terlajak kahwin.

“Saya memang nak anak dengan awak..,” jujur jawapan itu.

“Hu hu hu..,” pura-pura menangis saja. Takut sudah bercampur aduk. Nampak gayanya aku kena hidup bermadu dengan Rita lah nanti. Atau kalau tak ada jodoh, aku kena berpisah seperti papa dan mama aku. Huwaa... sedihnya bila kena tinggal seorang diri.

“Saya akan tinggalkan Rita tu demi awak dan anak-anak saya lah..,” ikhlas jawapan itu.

“Tipuuuuu..,”

“Siapa nak tipu awak pulak ni..,”

“Okey, kita bertanding karate nak, kalau saya kalah, saya serahkan diri saya kat awak, tetapi kalau saya memang, awak jangan harap semua tu..,” cabar Risya, aku pun pernah jadi juara juga lah. Tak nak lah serah dengan mudah macam nih.

“Jangan main-main lah Risya Safeya!”

“Cepat lah Adam Rafeal. Saya cabar awak!”

Memang dia orang bertanding di halaman rumah, di hadapan ibu dan papa, walaupun ibu dan papa melarang mereka berdua. Berjam juga lah berlawan, sampai lebam. Sampai bengkak muka. Tetapi Risya tetap tidak mahu mengaku lah.

“Kau nie, Risya!” kata adam yang sudah keletihan dan baring di atas lantai. Perempuan mana boleh lawan dengan lelaki na.. dah tiga kali kalah, dan dia yang tidak mahu mengaku kalah.

“Dua-dua degil..,” marah ibu sambil memukul kedua-duanya sekali.

“Esok bawa ibu dan papa pergi kelas karate sama yer, Risya!” kata Papa sambil menarik tangan ibu masuk ke dalam rumah.

Adam dan Risya tidur beralaskan rumput saja. Lampunya pula ada cahaya bulan, dan udaranya adalah angin yang segar.

“Abang dah tak larat lah, sayang!” ucap Adam perlahan.

“Esok kita tanding lagi yer, nak?” ujar Risya sambil menarik tangan Adam.

“Berapa puluh kali awak nak tanding dengan saya, awak tetap kalah lah!” aku bukan sebarangan orang lah. Itu lah kenyataan. Walaupun aku masih tidak bersedia untuk menjadi isterinya.

“Esok nak bawa ibu keluar, boleh?” ujar Risya mengubah topik. Tergiang kata-kata bapa mentuanya tadi.

“Nak ke mana pula?” ujar Adam turut mengenggam tangan Risya.

“bawa ibu belajar karate lah..,” sekurang-kurangnya ibu boleh mepertahankan dirinya sendiri kalau nenek dan datin salbiah cari pasal sekiranya kami tiada di rumah.

“Awak ni memang macam-macam lah!” kata Adam terus bangun dan mengangkat Risya.

Andainya dia adalah untuk ku, panjangkan lah jodoh kamu berdua, Ya ALLAH.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.