Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,133,227
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 9

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 9)

“Balik lah tidur kat rumah, kalau bonda cari macam mana?” kata Zara Irdina. Tengku Izraf Akif tidak kisah pun dengan kata-kata itu.

“Zara, berbual dengan siapa tu?” soal Wan Aisyah.

“Akif, mama..,” senang hati boleh cakap macam tu. Geram!!! Tetapi Tengku Izraf Akif menutup mulut Zara Irdina dengan tapak tangan kanannya.

“Bising lah kau ni, nak tidur pun tak boleh. Kau nak ke aku buat perut kau ada anak aku?” gertak Tengku Izraf Akif. Dia tahu Zara Irdina takut sangat tentang perkara ini.

“Tak nak!”

“Kalau tak nak, diam!” kata Tengku Izraf Akif sambil menjeling tajam.

"Pergilah balik, nanti kalau bonda cari mcm mana?" Ujar Zara Irdina. Tengku Akif buat tidak dengar saja. Malah dia sengaja meletakkan pipinya di sebelah pipi isterinya itu.
"Best lah boleh buat mcm-mcm kat kau lepas ni.. Boleh pegang pipi, mulut, tangan dan semuanya sekali dah jadi milik aku. Ingat hati, jiwa dan raga kau adalah kepunyaan aku sekarang," balas Tengku Akif. Tidak kisah pun dgn arahan isterinya.

Peritnya jadi anak tidak sah taraf. Orang hina, orang kutuk, orang keji. Macam lah aku tak ada maruah dan harga diri saja.

“Memang lah itu yang tertulis di antara kita, tetapi kita nie kahwin rahsia lah.,” kata Zara Irdina. Risau Zara Irdina semakin menjadi-jadi dengan sikap Tengku Izraf Akif malam ini. Buatnya mama tolak pintu bilik tu, macam mana?

“Kahwin tu yang penting, rahsia tu belakang kira lah!” balas Tengku Izraf Akif sudah mula mahu menganggu isterinya. Zara Irdina meronta menghentakkan kedua belah kakinya di atas katil.

“Huwaaaa... Akif jahat!” ucapnya kuat. Sudah terlupa keadaan sekeliling.

“Woiii.. tampar nak?” kata Tengku Izraf Akif.

“Zara, kenapa?” tanya Wan Aisyah lagi. Zara Irdina terdiam. Tengku Izraf Akif hanya menjeling.

“Padan muka!”

“Zara, kenapa nak?” panggil mama lagi. Terus Zara Irdina bangun menutup mengunci pintu biliknya.

“Hah, tak kunci??”

“Tak!”

“Buka lah, biar mama tengok perangai anak daranya yang sebenar tu.. anak daranya yang lari berkahwin dengan anak raja..,” ujarnya sambil ketawa saja. Zara Irdina mengambil bunga di dalam pasu lalu menglontarkan ke arah suaminya. Geram.

“Sebab anak raja lah yang aku kahwin dengan kau, tahu tak?”

“Yer?”

“Yup!”

Tengku Izraf Akif bangun dan datang ke arah Zara Irdina dan terus menarik tangan kanan Zara Irdina.

“Cakap sekali lagi..,”

“Apa?”

“Sebab aku anak raja????? Apa tadi??”

“He he he he..,” ketawanya perlahan. Tengku Izraf Akif menarik Zara Irdina masuk ke dalam pelukannya.

Pintu ditolak dari luar. Tentu mama!

“Zara!”

“Ya, mama!”

“Tak pernah-pernah kunci pintu, kenapa kunci pintu pulak ni..,” soal mama membuatkan Zara Irdina gelabah seorang diri. Tengku Izraf Akif tenang saja.

“Pergilah sembunyi..,” arah Zara Irdina.

“Tak nak lah aku..,”

“Pergi arrr...,” bisik Zara Irdina lagi. Tengku Izraf Akif, buat selamba badak saja. Biarkan.

Terus dirangkulnya Zara Irdina dan diangkat ke atas katil.

“Jangan lah!” tepis Zara Irdina.

“Zara Irdina!” panggil mama lagi.

“Cium pipi aku dulu, kalau nak selamat!” ugutnya. Spontan Zara Irdina mencium dahi suaminya.

“Pipi? Bukan Dahi lah!” arah Tengku Izraf Akif. Kali ini diciumnya pipi Tengku Izraf Akif. Secepat itu Tengku Izraf Akif terus ke pintu. Membuka pintu untuk mama dan dia bersembunyi di sebalik daun pintu.

“Mana Akif” soal mama sambil mencari-cari anak raja itu di dalam bilik anak daranya.

“Mama ni, Akif nak datang buat apa?” dalih Zara Irdina.

“Mama dengar suara dia!” balas Wan Aisyah terus ke jendela yang sudah tertutup pintunya. Jendela yang selalu terbuka kenapa malam ini tertutup awal pula. Dia melihat bilik Tengku Izraf Akif di istana sebelah pagar rumahnya. Lampu bilik itu sedang menyala.

“Mana ada.. mama ni...,” balas Zara Irdina.

“Hmmm...” ditutup jendela lalu dikunci kemas. Dia terus keluar dan menarik daun pintu. Tengku Izraf Akif pula menolaknya perlahan.

“Lain kali tidur diam-diam, tak payah bising. Ini mulut mengalahkan murai tercabut ekor.,” katanya sambil menuju ke jendela. Pintu jendela di buka semula. Puas sudah menganggu isterinya dan dia mahu pulang ke istananya saja.

Zara Irdina hanya tersenyum senang hati.

“Datang sini sekejap!” panggil Tengku Izraf Akif sambil mengamit ke arah Zara Irdina. Zara Irdina patuh. Datang ke arah Tengku Izraf Akif dan memegang kedua belah tangan suaminya. Tengku Izraf Akif melepaskan pegangan tangannya tetapi kedua tangannya memegang wajah isterinya. Sepantas itu dikucup dahi isterinya. Lama sekali!

“Ini tandanya aku sayangkan kau!”

“Hah?”

“Sayang lah yang aku kahwin dengan kau. Kalau tak sayang buat apa aku kahwin dengan kau!”

“Itu saja??”

“Pergi selesaikan masalah kau cepat-cepat sebab selepas ini kau kena beranak untuk aku. Aku nak anak ramai untuk meneruskan keturunan Tengku Izraf Akif bin Tengku Burhanuddin. Tau tak?” katanya sambil memegang tangan isterinya lagi.

“Ha, ada ke cakap macam tu kat aku!”

“Kahwin sebab nak keturunan.. kalau tidak aku boleh memuja kau sampai seribu tahun lagi lah..,” katanya terus melangkah dari jendela dan memanjat pokok yang menjadi jambatan untuk mereka berhubung.

Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Itu lah Tengku Izraf Akif yang kenal sejak dulu lagi. Sejak zaman sekolah, kami berkongsi suka duka bersama. Macam mana lah kalau tak jatuh cinta, tak ada hati dan perasaan kerana kami sentiasa bersama. Tipu lah kalau aku kata, aku tak cintakan dia. Sedangkan setiap detik dia ada di sisi aku.

Zara Irdina menuju ke katilnya semula. Merebahkan dirinya di atas katil dan terus terlena. Tidak lagi memikirkan apa-apa. Dia cuma terjaga apabila azan subuh berkumandang dan apabila matanya terbuka suaminya sudah berada di sebelahnya.

“Bangun, solat subuh!” kata Tengku Izraf Akif yang baru datang semula ke bilik isterinya.

“Tak balik ke semalam?”

“Abang jawab nanti boleh tak, sekarang Dina pergi mandi, ambil air solat, kita solat jemaah sekali!” katanya sambil mendukung Zara Irdina dan membawa isteri kesayangannya ke bilik air.

Aku bakal menjadi pemimpim nanti dan buat masa sekarang, insan yang mahu aku pimpin ada lah isteriku dan zuriatku. Kepimpinan ku bakal bermula. Dan permulaannya ada lah dari keluargaku sendiri.

Akif, akan jalankan amanah yang ayahanda tinggalkan. Itu janji Akif kepada ayahanda dulu.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.