Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,128,005
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 23

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 23)

Majlis belum pun bermula tetapi sudah kecoh. Orang mula heboh tentang kandungan Zara Irdina, tentang perkahwinan antara dua darjat dan isu kahwin lari. Mengapa kahwin lari kalau Zara Irdina tidak mengandung? Ada lagi yang tidak puas hati dengan Zara Irdina menuduh Zara Irdina memerangkap Tengku Izraf Akif dengan kandungannya dan macam-macam lagilah.

“Macam drama lah pulak!” keluh Zara Irdina. Suasana dalam istana sudah tidak tenteram, tetapi ada saja yang mengugat ketenangan.

“He he he..,” tersenggih saja Tengku Izraf Akif mendengar omelan dari isterinya. Hari ini nampak manis, comel dan ayu. Bersiri-siri cik puan kita. Pengantin katakan. Bukan pengantin baru pun lagi.

“Sengih pulak,” balas Zara Irdina. Harap-harap hari ini berjalan dengan lancar. Majlis persandingannya selepas zohor, yang lain-lain bonda sudah menolaknya kerana keadaan Zara Irdina yang berbadan dua sekarang. Tak elok untuk kesihatan Zara Irdina, katanya.

“Kau memang perempuan murahan, dulu mak kau, Sharifah Kamariah sanggup goda Tengku Borhan, sampai mengandung kat kau. Kau dengan mak kau tu, perangai sama saja. Sanggup buat apa saja untuk mendapat cinta lelaki,” tempelak Tengku Azlin yang datang bersama Akmal. Dalam bilik ini hanya ada mereka berempat saja, jadi tak lah kisah sangat. Jangan Tengku Azlin serbu depan orang ramai sudah lah. Isu ini memang memalukan.

“Tu la, kau silap, tak buat macam aku,kalau tidak boleh kahwin dengan Tengku Akif,” jawab Zara Irdina geram dengan tuduhan itu. Macam dia seorang saja pandai marah, pandai maki hamun, aku pun bukannya sabar sangat pun. Muka Tengku Azlin naik bengang.

“Eleh, dari awal lagi dah nampak tembelang dia orang, kalau tidak dia orang tak buat lah maksiat dalam bilik aku, zara tu waktu isteri aku lah. Tetapi Akif yang dapat semua tu..,”celah Akmal pula. Kata-kata itu buat Zara Irdina tersenyum pula. Teringat kenangan tersebut.

“Dapat apa, Akmal?” soal Tengku Izraf Akif nakal. Sempat dia menjeling manja ke arah Zara Irdina. Dicapainya tangan kanan Zara Irdina. Ini buah hati aku lah, jangan sesiapa pun cuba sentuh atau cuba merampasnya dari aku. Buruk padahnya nanti.

“Kau sanggup serahkan mahkota kesucian kau kepada Akif, Zara!” tambah Akmal lagi.

“Kau nie susah hati kat mana? Dulu, kau hina aku, kau cakap aku tak layak jadi isteri kau sebab aku ni anak haram, anak luar nikah. Habis, aku kahwin dengan Tengku Akif lah,” balas Zara Irdina. Menyumpah aku sampai nak terbalik dunia hari itu, tak ingat ke? Hari ini datang majlis kami sengaja nak buat bagi aku dan Tengku Akif malu saja. Hmmm, manusia, manusia. Tak dapat kat kau pun, tak puas hati jugak ke?

“Akif nie hak aku lah, perempuan murahan!” celah Tengku Azlin sudah menangis.

“kita tak ada jodoh lah, Azlin. Aku dah cakap banyak kali. Jodoh aku dengan Dina,” ucap Tengku Izraf Akif turut rasa bersalah kerana mempermainkan hati Tengku Azlin dulu. Cintanya hanya kepada Zara Irdina, Tengku Azlin ini hanya untuk buat Zara Irdina cemburu saja.

“Apa kurangnya aku dari anak haram ini, Akif?” soal Tengku Azlin masih tidak berpuas hati.

“Kau tiada kurangnya, tetapi Dina ni sudah lama berada dalam hati aku!” jujur pengakuan Tengku Izraf Akif.

“Atau kerana dia sanggup tidur dengan kau walaupun tanpa ikatan? Macam tu?” sambung Tengku Azlin lagi. Ungkit lagi perkataan itu. Boring lah, Tengku Azlin ooi.

“Sudah lah, mungkin kau akan dapat lelaki yang lebih baik dari aku nanti,” pujuk Tengku Izraf Akif sambil membawa isterinya pergi dari situ.

Sejak orang tahu status aku, semua ini sudah menjadi perkara biasa pula. Tak larat nak dengar dah. Tambahan dengan perkahwinan aku, dengan keadaan aku sekarang, lagi lah orang suka bawa bercakap. Kasihan kat kita , kan Shah!

“Apa?” soal Tengku Izraf Akif seakan mendengar keluh kesah isterinya di sebelah.

“Takdir kan?” katanya. Ucapan itu didengari oleh Tengku Cempaka dan Wan Aisyah yang datang ke arah mereka berdua.

“Ah, biar lah apa orang nak cakap, yang penting bonda memang sayangkan Shah, cucu bonda nih!” pujuk Tengku Cempaka. Siap usap perut menantu bongsunya. Selepas itu sebut pula nama Shah. Yakin benar anak yang dikandungnya ini lelaki.

“Mama pun. Kita orang dah tak sabar nak sambut cucu nih!” sampuk Wan Aisyah sambil tersenyum.

“Abang lagi lah, bukan tak sabar nak sambut Shah, tak sabar nak buat anak lagi...,”gurau Tengku Izraf Akif.

“Nie nampak?” balas Zara Irdina sambil menunjukkan penumbuknya.

“Kes penumbuk ini lah yang mudah lekat tu, mama, bonda!”

“Kau ni...,” ujar Tengku Cempaka. Wan Aisyah mengelengkan kepalanya. Perangai menantu aku ini, kalau hilang sabar boleh bergaduh setiap hari. Patutlah Zara Irdina bertengkar dengan dia. Ada saja ayat yang dia nak kena kan orang.

Semua ini perancangan kita, tetapi orang lain pun ada perancangan juga. Ini kan selepas Tengku Azlin dan Akmal balik, habis lah cerita, lain pula jadinya. Tengku Bakar dan Tengku Basri, adik kepada Tengku Borhan datang membawa kaum kerabat di raja yang lain termasuk dengan orang kampung yang menyebelahi mereka untuk mengagalkan majlis persandingan ini.

“Kami tidak setuju dengan perkahwinan ini. Tengku Akif bukan orang sebarangan. Dia anak bangsawan. Tidak boleh berkahwin dengan orang kebanyakkan. Zara Irdina bukan saja anak kebanyakkan tetapi dia anak haram. Tengku Cempaka, sebagai ketua pemimpin di sini, tolong bubarkan perkahwinan ini dengan segera,” suara Tengku Bakar, adik nombor dua kepada Tengku Borhan.

“Kau tak ada hak untuk memutuskan perkahwinan ini, ini adalah soal cinta, soal kebahagiaan Tengku Akif. Sesiapa pun tidak ada hak untuk memisahkan Zara Irdina dan Tengku Izraf Akif,” lantang suara Tengku Cempaka mempertahankan hubungan suci anak kesayangannya itu.

“Tengku Cempaka, kita ini keturunan orang baik-baik lah, mana boleh kahwin kan anak kau dengan anak haram macam ini? Walaupun Tengku Akif itu hanya anak angkat kau tetapi dia tetap darah bangsawan. Jangan kerana cinta, kita buat kesilapan dan kesalahan dalam hal seperti ini. Sudah habiskah keturunan orang baik-baik untuk dijadikan isteri kepada Tengku Akif?” ucap Tengku Bakar lagi.

“Bukan soal keturunan, bukan juga soal darjat atau pun pangkat tetapi ini soal jodoh. Sudah tertulis jodoh antara Tengku Akif dan Zara Irdina, kita tidak berhak untuk menghalang cinta mereka!” jawab Tengku Cempaka lantang bersuara. Aku tegar untuk berdiri mempertahankan sebuah kebenaran.

“jangan cakap sembarangan Tengku Cempaka, Zara Irdina tidak layak masuk dalam ahli keluarga kita. Darah dia terlalu kotor, terlalu hina. Jangan cemarkan maruah dan darjat keluarga kita kerana Zara Irdina,” marah Tengku Borhan semakin menjadi-jadi. Tengku Cempaka mengelengkan kepalanya.

“Tengku Bakar, bawa lah balik kerabat-kerabat kau dari rumah aku kalau sudah tidak sudi untuk menerima menantu aku. Bagi aku, bukan hak kita untuk membezakan sesama manusia,” suruh Tengku Cempaka.

“Kau yang patut keluar dari istana ini Tengku Cempaka, kau tak layak menjadi ketua di sini lagi kerana menerima anak haram ini menjadi menantu kau,” ucap Tengku Bakar sambil melontarkan seketul batu ke arah Tengku Cempaka. Mujur lah Tengku Akif menghadangnya. Saudara mara Tengku Bakar terus melemparkan ketul-ketul batu ke arah ahli keluarga Tengku Cempaka, Tengku Akif dan Zara Irdina. Tetapi Tengku Akif sedaya upaya melindungi Tengku Cempaka.

“Berhenti.., “ jerit Tengku Akif sambil mengangkat kedua belah tangannya. Semua orang yang ada terkejut mendengarnya.

“Cukuplah, jangan buat kacau di sini lagi.” Sambung Tengku Akif ujarnya kerana rasa bersalah dengan apa yang berlaku. Zara Irdina kehilangan punca melihat Tengku Cempaka diperlakukan sedemikian rupa. Kasihan, bonda. Kerana aku yang berdarah kotor, bonda pula yang menjadi mangsa.

“Kita perlu usir Tengku Cempaka dan ahli keluarganya dari tempat kita..,” sambung Tengku Basri adik kepada Tengku Bakar.

“Tak perlu, yang bersalah dalam hal ini, bukan lah bonda saya, tetapi saya yang perlu bertanggungjawab. Biar saya dan isteri saya yang pergi dari sini. Ini janji saya, esok saya akan bawa Zara Irdina pergi dari sini,” janji Tengku Akif sambil memegang tangan Zara Irdina dengan erat.

“Jangan Akif!” halang Tengku Cempaka. Hendak pergi ke mana, Akif?

“Tak mengapa, bonda. Biarlah Akif bawa Dina pergi dari sini..,” balas Tengku Akif pula.

“Kau orang nie buta mata ke atau buta hati?” kata Wan Aisyah yang lama mendiamkan diri sejak dari tadi.

“Mama..,” panggil zara irdina.

“Memang zara irdina anak haram tetapi bukan dia yang meminta semua ini berlaku. Bukan dia yang melakukan kerja-kerja terkutuk ini, tetapi kerana seorang lelaki durjana maka dia lahir ke dunia ini. Tengku Bakar, kau siapa yang nak membezakan darah anak aku hah? Siapa cakap darah anak aku kotor? Kau? Hati kau yang kotor sebenarnya,” suara Wan Aisyah membuatkan para tetamu terkejut mendengarnya.

“Mama.. !”

“Betul kata Wan Aisyah itu, masyarakat di sini terlalu hina, terlalu keji kerana menyalahkan Zara Irdina, kerana masyarakat beginilah kehidupan kita menjadi semakin pincang, kerana masyarakat ini tidak tahu membezakan yang mana buruk dan yang mana baik. Siapa yang salah? Bukankah org yang merogol ibu Zara Irdina yang salah? Habis kenapa Zara Irdina pula dipersalahkan? Saya tak sangka, orang yang berdarjat seperti awak semua, yang ada ilmu, yang bercakap soal agama, tetapi sebenarnya tak ada otak pun,” kali ini Cikgu Latipah pula menyokong kata-kata Puan Aisyah.

“Cikgu!” panggil Tengku Akif. Ramai penyokong ini. Tengku Akif menoleh ke belakang melihat sebahagian dari rakan-rakan sekolahnya, cikgu latipah bersama suaminya, malah kawan2 satu pejabat dan ramai lagi sedang berdiri menyokongnya.

“Akif, Zara, kami semua sanggup berdiri di belakang kau orang lah, jangan jadi pengecut, jangan cepat mengalah!” ucap Shahrizal, kawan satu sekolah.

“Pengecut kepala hotak kau lah tu, aku malas lah nak bergaduh!” balas Tengku Akif.

“Dah, dah, jangan lah kita bergaduh, ini majlis kahwin kita orang lah, dari bergaduh hal mcm ini, lebih baik kita teruskan majlis kita nih, betul tak?” halang Zara Irdina.

“Betul kata mama saya dan cikgu saya, yang salah ada lah orang lelaki seperti kita yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kaum wanita. Kita sepatutnya menyelamatkan mereka, bukannya mencemar maruah mereka. Zara Irdina hanya mangsa keadaan, tetapi kenapa dia yang kita marahkan. Bencikan dia kerana apa? Bukan dia yang minta untuk dilahirkan sebagai anak yang haram? Tengku-tengku semuanya bertuah kerana dapat anak-anak hasil yang halal, tetapi Zara Irdina sendiri tidak pernah meminta kehidupan dia jadi begini? Darahnya sama dengan darah kita, tak ada beza pun!” panjangnya kata-kata Tengku Akif membela isterinya. Zara Irdina jadi terharu.

“Yang tak suka boleh balik, yang nak tengok majlis ini, boleh tinggal di sini. Minta perhatian yer! “ ucap Tengku Mawar.

“Aku tak peduli apa pun, yang penting Tengku Akif dan Zara irdina perlu tinggalkan tempat ini secepat mungkin. Atau kalau Tengku Akif ingin terus di sini, dia perlu ceraikan Zara Irdina. Itu saja!” ulang Tengku Bakar lagi.

“Kalau tak kita usir saja Tengku Cempaka, atau kita lucutkan gelaran dia sebagai ketua di sini,” sampuk Tengku Basri pulak.

“Betul.. betul.. Tengku Akif tak layak tinggal di sini lagi. Halau saja dia dari sini, dia dan isterinya sudah jijik untuk tinggal di tempat kita,” suara orang kampung semakin bergema kedengaran.

“Saya akan pergi dari sini, usahlah khuatirkan lagi. Ini janji saya!” ucap Tengku Izraf Akif.

“Akif...,” panggil Tengku Cempaka. Berlinangan air matanya secara tiba-tiba. Sayang untuk berpisah dengan anak angkatnya ini. Dia ada anak lelaki. Dia turut mempunyai anak perempuan, tetapi yang paling dia sayang adalah Tengku Izraf Akif, andainya dia pergi, akan sepi lah hidupnya nanti.

“Bonda, izinkan saya pergi!” ucap Tengku Izraf Akif sambil mengenggam dua belah tangan ibu angkatnya itu.

Sebelum ini memang dia sudah mendengar cerita buruk ini. Orang mencemuhnya kerana perkahwinannya dengan Zara Irdina. Dan rancangan jahat Tengku Bakar dan Tengku Basri pun sudah dia tahu selepas dia bertunang dengan Zara Irdina. Kaum kerabat mahu mengusir Tengku Cempaka dari sini andainya dia berkeras untuk tinggal di sini. Dia tahu akan itu.

Demi cintanya, biar lah dia pergi. Lagipun dia ada impian dan rancangan sendiri. Dia ada matlamat hidup yang lain, yang sudah diaturkan sebelum ini.

Setakat ini biarlah menjadi rahsia untuk dirinya.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.