Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,127,509
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 4

Zara Irdina nie rasanya perlu diajar cukup-cukup, sebab jual mahal sangat. Bukan dia tidak tahu aku menyimpan perasaannya terhadapnya. Sejak dari zaman sekolah rendah lagi aku sudah jatuh hati kepadanya. Dan semuanya telah aku buktikan kepadanya. Ucapan dan kata-kata tetapi Zara Irdina menolaknya atas alasan kerana aku anak raja, dia rakyat jelata. Itu sebabnya Zara Irdina menolak cintaku, menolak kasih sayangku, kerana semua itu terhalang dek darjat.

Wal hal keluarga kami tidak pernah meletakkan darjat sebab perbezaan dalam kehidupan. Anak raja, anak rakyat ke kita ini hanya manusia biasa, punya kelemahan dan kekurangan. Kalau hendak dibandingkan di sisi ALLAH, kita sebenarnya sama, kecuali iman, perbuatan dan ketakwaan kita kepada maha pencipta kita. ALLAH tidak menilai kita kerana darjat, kerana kemewahan atau kemiskinan, tetapi ALLAH melihat keimanan kita kepadaNYA.

Zara Irdina, aku tak akan lepaskan kau buat kali kedua. Cukuplah kau mendera hati aku dengan bercinta dengan Akmal tak sedar diri itu, malah pandai-pandai pula pergi bertunang dengan Akmal, sedangkan Akmal memang tidak layak untuk kau lah, tengok Akmal buat apa kat kau, dia hina kau lah, Zara Irdina. Bukan kah dengan melukakan hati kau, Akmal juga telah menglukakan hati aku.

Tetapi sebelum aku nak ajar Akmal, aku nak ajar kau dulu, Zara Irdina. Geram sangat aku dengan kau.

Tengku Izraf Akif menyandarkan badannya di sofa panjang. Sebaik pulang dari rumah Zara Irdina dia terus masuk ke dalam bilik. Bilik mereka sebenarnya terpisah dengan pagar dawai ini saja. Sebenarnya dia setiap hari melihat Zara Irdina dari sini, cuma Zara Irdina saja yang tidak sedar, ataupun buat-buat tidak sedar.

“Akif!” tegur Tengku Cempaka yang datang bersama kakaknya, Tengku Mawar.

“Apa ni bonda, masuk bilik orang tak beri salam!” tegur Tengku Izraf Akif kembali. Tengku Mawar menampar bahu adiknya kerana membalas kata-kata bonda sebentar tadi.

“Asyik berangan saja kerjanya sekarang..,” balas Tengku Cempaka. Tahu anak lelakinya ini mesti teringatkan buah hati di sebelah. Kena cepat-cepat kahwinkan Akif dan Zara ni, nanti jadi yang tak sepatutnya, siapa nak tanggung?

“Mana ada lah, bonda!”

“Kalau dah tak tahan sangat, melamar saja lah. Buat ikut adat. Esok bonda dan ahli keluarga kita akan jumpa keluarga Tengku Azlin, untuk memohon maaf dan membatalkan pertunangan Akif dan Tengku Azlin. Akif kena ikut sekali,” beritahu Tengku Mawar. Tengku Azlin pun ada perasaan juga lah, walaupun aku tak berkenan dengan dia, tetapi semua ini perlu dilakukan secara baik supaya hubungan antara dua buah keluarga tidak tercemar.

“Beres, malam ni pun boleh kalau nak jumpa keluarga Azlin tu!” jawab Tengku Akif. Orang nak mulakan hidup baru mesti ada perancangan.

“Zara kat sebelah tu macam mana pulak? Bonda beri masa sampai bulan ni saja, kalau tak kahwin juga, siap Akif. Baby kat dalam tu, perlukan ayahnya!” ugut Tengku Cempaka. Suka sangat cakap Zara Irdina mengandung anak dia, sampai satu daerah tahu, Tengku Akif buat jahat. Orang sudah bercakap di mana-mana saja, Akmal putus kan perkahwinan kerana Zara Irdina anak haram, itu tak sakit hati lagi, tetapi pedihnya jiwa, bila orang bercakap Zara Irdina dan Tengku Akif terlanjur. Cepat sangat berita macam ini sampai ke mulut orang.

“Aih, bonda ni terlebih dari saya pulak lah ni..,”

“Cekap kau yer, belum sempat Akmal buat apa-apa kat Zara, kau dah tempah dulu..,”usik Tengku Mawar. Di pejabat pun orang cakap mereka ini sudah terlanjur. Sudah lah bekerja satu ofis.

“Ha ha ha.. jangan cakap kuat-kuat, tahu dek Zara Irdina buah hati hamba tu, mengamuk mengalahkan garuda nanti..,” balas Tengku Akif. Zara Irdina masih suci lah. Orang suka cakap apa yang mata nampak, pada hal mata sudah pun menipu kita. Aku hanya mencium dahi Zara Irdina tetapi sudah boleh mengandung si Zara tu? Kah.. Kah.. Kah.. tak lojik langsung.

“Tahu pun takut dengan Zara yer!” balas Tengku Cempaka pula. Sukanya kalau Zara Irdina jadi menantu aku. Cepat lah kahwin, Akif, bonda tak sabar nak sambut cucu nih.

“Bonda, restu tak saya dengan Zara??” soalnya Tengku Akif. Tahu bonda suka Zara Irdina, tetapi sanggupkah terima Zara Irdina, anak luar nikah itu?

“Kahwin lah, bonda tak sabar nak sambut cucu lah!”

“Hah??”

“Bonda terima sesiapa saja yang Akif sayang, yang Akif cintai, itu lah bakal menglahirkan pewaris keluarga kita,” ucap Tengku Cempaka sambil tersenyum.

“Terima kasih, bonda!” jawab Tengku Akif, senang hati.

“Zara Irdina tu baik lah, Akif. Dia tak bersalah!”

“Yang bonda marah hari tu kenapa? Kasihan dengan Zara sebab bonda marah dan berkasar dengan dia?”

“Kau peluk cium dia depan orang ramai, pastu buat cerita tak senonoh, tak kan lah mama nak peluk cium dia depan orang pulak???” suara Tengku Cempaka sedikit keras. Aku pun sakit hati dan geram lah, boleh buat benda macam ini depan orang? Tak malu ke? Kalau tak malu dengan masyarakat, sekurang-kurangnya malu lah dengan ALLAH.

Jadi, ahli keluarga aku termasuk dengan bonda, memang tak ada masalah, semua sudah restu hubungan aku dengan Zara Irdina, cuma Zara Irdina saja yang bermasalah sekarang. Tambahan lagi dalam keadaan sekarang ini, lagilah susah kalau nak ajak kahwin.

Seminggu cuti kahwin tak jadi, hari ini sudah nampak muka Zara Irdina di dalam ofis. Bilik mereka jauh juga, tetapi kereta Zara Irdina ada di sebelah kereta kakaknya. Berhari-hari mengurungkan diri dalam rumah saja, hari ini sudah mula membiarkan muka ini terkena panas matahari. Harap Zara Irdina sekuat matahari, dan setabah bulan di malam hari.

“Hoi!” sergahnya dari belakang Zara Irdina. Terkejut Zara Irdina dibuatnya.

“Salam mana?”

“Salam apanya?”

“Beri lah salam, nie kau terus masuk bilik aku, buat hal nak bagi kecoh keadaan lagi lah tu. Sudah lah pagi tadi orang asyik kutuk aku dengan kau!”

“Biar lah.. kau nie kenapa?” soal Tengku Akif apabila melihat wajah Zara Irdina menahan kesakitan. Tangan kanan Zara Irdina sejak dari tadi memegang perutnya sendiri. Sahih period!

“Period lah, lupa bawa pads!”

“Kau nie memang pelupa ke atau apa nih, sejak dari zaman sekolah sampai sekarang, masih tak ubah-ubah!” kata Tengku Akif terus bangun dan berlalu pergi meninggalkan Zara Irdina.

Dulu masa kat sekolah, sampai habis baju sekolah terkena darah, mujur Tengku Akif sempat melihatnya, dan terus bangun menutupkan baju Zara Irdina yang terlekat darah merah itu dengan jaketnya.. Ketika itu Zara Irdina sedang menulis jawapan sejarah di papan hitam. Sejak hari itu, Tengku Akif akan mengingati tarikh penting ini sehinggalah sekarang.

Tengku Akif menarik lacinya, setiap bulan dia akan belikan “hadiah istimewa” ini untuk Zara Irdina apabila sampai tarikh tersebut, malah dia akan letakkan hadiah ini di atas meja Zara Irdina tanpa pengetahuan Zara Irdina. Hari ini kalau diberikan kepada Zara Irdina, bocor lah rahsia, tetapi antara kami mana ada rahsia lagi.

“Nah!” kata Tengku Akif. Terbeliak mata Zara Irdina memandang pads di atas mejanya.

“Kau yang hadiah kat aku setiap bulan?”

“yup, aku kan suami kau!”

“Mimpi..,”

“Mimpi yang bakal menjadi kenyataan tak lama lagi..,”

Zara Irdina mengambil pads di atas meja dan terus menuju ke bilik air yang dekat dengan biliknya. Tengku Akif masih di situ.

“Kau pergi lah keluar, tunggu apa lagi kat situ?” jerit Zara Irdina dari dalam.

“Dina, kita kahwin esok nak tak?”

“Apa?”

“Kahwin lah..

“Kenapa kau nak kahwin dengan aku? Aku nie anak luar nikah, janda pulak tu. Lagi pun, kau anak raja lah, aku nie apa pun tak ada!” ujar Zara Irdina dari dalam bilik air.

“Itu lah alasan kau, sejak dari dulu lagi sampai sekarang, tak ubah-ubah!”

“Memang betul pun kan?”

“Dina, aku nak cakap kat kau, kalau cara terhormat kau tolak, aku akan buat cara kasar lah..,”

Dammm.. pintu bilik Zara Irdina di tolak dengan kasar sekali.

Orang sudah heboh tentang apa yang berlaku. Sana-sini orang asyik cakap perkara yang sama. Ada yang sekadar bergurau senda saja, tidak kurang juga yang mencela dan mengata. Tetapi tengok Zara Irdina tenang saja, mungkinkah Zara Irdina sudah dapat menerima semua ini dengan tenang hati, ataupun redha saja dengan apa yang berlaku.

“Bos!” panggil Aida, setiausaha kepada Zara Irdina. Dia tidak perlukan PA, kerana selesa menguruskan hal-hal pejabat dengan sendirinya. Payah kalau ada PA ni.

“Yup, kenapa?”

“Kahwin lah, tunggu apa lagi...,”

“Bos awak yang tak sudi!”

“Dia masih sayangkan Akmal kut!”

“Boleh jadi lah tu!”

“Orang macam Akmal tu tak layak lah jadi suami Zara Irdina, perangai macam anak hantu!”

“Awak pergilah cakap dengan bos awak!”

Aida menghulurkan fail di atas meja Tengku Izraf Akif. Terdengar Zara Irdina sedang muntah di bilik sebelah. Perut tak diisi, masih angin lah tu. Kata Mama, sudah banyak hari Zara Irdina tidak makan, hanya minum air kosong saja. Tahan diri sangat dari makan, siapa suruh.

“Kenapa pula dengan bos saya tu!” cemas suara Aida. Betul ke Zara Irdina mengandung? Kalau muntah macam ini sahih dah ada isi. Jadi betullah cakap orang kan? Tak pernah muntah-muntah pun sebelum ini.

“Jom, kita tengok!” ajak Tengku Akif bergegas ke bilik sebelah. Tengku Mawar turut datang ke bilik Zara Irdina. Muka Zara Irdina sudah pucat lesi. Letih sangat hari ini kerana sudah banyak hari dia tidak menjamah apa-apa makanan pun.

Ramai lagi yang datang mahu melihat keadaan Zara Irdina.

“Orang mengandung memang lah macam tu..,” sindir Rohaya, PA kepada Tengku Mawar. Zara Irdina menjeling tajam. Tengku Akif menghampiri Zara Irdina lalu memegang tangan kanan Zara Irdina.

“Kita ke klinik, nak?” ajak Tengku Akif. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.

“Nak check apa lagi? Ini penyakit orang mengandung lah. Kahwin lah. Tak kan nak biarkan baby tu tak ada ayah kut. Buat berani, nak tanggung tak berani lah pulak..,” celah Rohaya lagi. His, aku tampar mulut tu baru tau.

“Saya mengandung pun tak ada kaitan dengan awak lah..,” balas Zara Irdina. Ini Tengku Akif punya pasal lah. Aku sakit kepala dari semalam ,datang ofis lagi sakit kepala sebab dengar cerita mengarut ini.

“Tapi ada kaitan dengan maruah syarikat kita lah. Susah sangat ke nak kahwin itu, Tengku Akif tak masalah pun, awak saja yang tak sudi. Jual mahal tak bertempat!” balas Rohaya lagi dan terus keluar pergi. Pulak??

“Aku hantar kau balik, rehat kat rumah saja!” tegas suara Tengku Akif sambil menarik tangan Zara Irdina. Tengku Mawar mengangguk tanda setuju dengan cadangan adiknya.

Zara irdina patuh!

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.