Home Novel Komedi/Romantik Komedi MY LOVELY TENGKU
MY LOVELY TENGKU
pitteriah abdullah
5/3/2014 11:02:50
1,127,952
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 19

ANAK RAJA TENGKU CEMPAKA (BAB 19)

Malam ini tidur di hotel saja lah. Tak jauh pun dari rumah dan istana Tengku Cempaka tu. Nak berehat saja, nak tidur. Tak nak fikirkan apa-apa malam ini. Tak nak fikirkan tentang Sharifah kamariah atau pun Sharifah Madziah. Jauh sekali nak fikirkan siapa lelaki misteri itu. Entah lah, rasanya nak bina hidup baru tanpa memikirkan cerita silam lagi.

Nak telan ubat, nak berehat. Itu saja yang ada dalam kepala otak sekarang. Suaminya pula sejak dari tadi, asyik bercakap dengan telefon saja. Telefon siapa pun tak tahu lah. Biarkan dia, malas nak menyoal malam ini. Mungkin ada lah urusan dirinya sendiri.

“Papa, call!” beritahu Tengku Izraf Akif sambil menghulurkan telefon kepada Zara Irdina. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.

“Cakaplah, kesian papa!” bisik Tengku Izraf Akif perlahan. Lambat-lambat dia menyambut telefon di tangan suaminya.

“Papa!”

“Zara dengan Akif ke?”

“Ha, ah, papa!”

“Nampak kereta Akif tadi, kenapa tak balik rumah?” soal papa. Aduhai papa sudah nampak kami rupanya tadi. Sekarang nak jawab apa? Nak cakap yang benar atau nak tipu papa lagi?

Zara Irdina melihat ke arah suaminya. Memohon bantuan.

“papa tanya kita lah!” bisiknya sambil meletakkan telefon jauh dari mereka berdua.

“Cakaplah perkara yang betul. Lagipun abang cadang nak cakap perkara ini sebelum majlis perkahwinan kita!” beritahu Tengku Izraf Akif. Insha ALLAH, esok nak beritahu bonda dan mama pulak. Yang lain tak perlulah beritahu kut. Bonda, papa dan mama saja yang penting sekarang.

“Papa!” panggil Zara Irdina lagi. Tak berani pula hendak berterus terang dengan papa malam ini.

“Asalkan Zara selamat dan sihat papa tak kisah lah. Yang penting papa tahu Zara dah balik ke sini,” balas papa membuatkan hati Zara Irdina rasa terharu dan serba salah.

“Papa. maafkan Zara sebab lawan cakap papa dan bantah dengan permintaan papa. Zara tahu Zara bersalah!” ucapnya.

“Papa dah maafkan kesalahan Zara tu.. esok Zara balik rumah yer!” pujuk Wan Yusuf lagi. Papa nie mesti ingat aku tak balik rumah sebab bergaduh dengan dia.

“Esok pagi Zara balik dengan Abang Akif, papa!”

“Balik yer sayang!”

“Yup, esok kita jumpa!” terus letak gagang telefon.

“Lerr, kenapa tak cakap kita dah kahwin, kau ni, lembap betul lah!” balas Tengku Izraf Akif. Di ambilnya telefonnya kembali. Baru saja mahu merebahkan diri di sebelah Zara Irdina, telefon bimbitnya berbunyi semula. Kali ini Tengku Cempaka pula menelefonnya.

“Akif kat mana kau?” soal Tengku Cempaka pula.

“Dengan Dina, bonda!” jawabnya. Lerr, semua orang pakat cari kami lah pulak malam ini. Tiba-tiba Zara Irdina terasa mual dan mahu muntah saja. Terus dia bangun dan berlari ke bilik air. Tengku Akif terus mengekorinya dari arah belakang.

“Bonda dengar orang muntah, siapa tu?” tanya bonda tiba-tiba. Tengku Izraf Akif mengurut belakang Zara Irdina dengan tangan kirinya, manakala tangan kanan masih memegang telefon di telinga.

“Dina, bonda!” jawabnya. Tak nak tipu lagi.

“Apa?” jerit Tengku Cempaka. Terkejut! Apa dah jadi ni, tertiba-tiba Zara Irdina muntah-muntah. Jangan-jangan betul lah cakap orang selamanya ini.

“Perut dia masuk angin lah, bonda. Tak makan tadi!” tepis Tengku Izraf Akif. Zara Irdina tersenyum saja. Ah, malam ini nampak suaminya itu tak berani pula. Kalau tidak, semuanya dia tak peduli.

“Bonda nak cakap dengan Zara lah, Akif!”

“Bonda nak cakap apa??”

“Kau orang kat mana sebenarnya ni? Kat bilik ke?”

“Yup!”

“Ya ALLAH budak-budak ni, kalau orang datang cekup kau orang malam ni macam mana? Dah tak sabar ke nak tidur sekali? Bonda nak kau balik malam ini juga!” arah Tengku Cempaka tiba-tiba. Tersasul lah pulak. Terlepas cakap!

“Siapa ada kat istana, bonda?”

“Kenapa?”

“Saya nak kena bawa balik Dina ke bilik saya lah, bonda.”

“Apa hal nak bawak balik Zara kat bilik kau pula?”

“Banyak hal lah... Atas tanggungjawab seorang lelaki kepada perempuan yang disayanginya..,”

“Akif, kau cakap apa ni?” jerit Tengku Cempaka lagi. Sudah lah Akif, jangan buat bonda lucut jantung.

“Ha ha ha...,”

Telefon masih di telinga, tangan kanannya memimpin lengan Zara Irdina.

“Orang boleh jalan lah,” tepis Zara Irdina. Tengku Izraf Akif muncungkan bibirnya. Tapi tangan kanan masih memegang bahu isterinya itu.

“Biar bonda cakap dengan Dina kau tu..,” balas Tengku Cempaka pulak. Budak-budak nie tinggal sebilik ke apa ni? Jangan lah buat sesuatu yang boleh cemarkan maruah kerabat kita, Akif. Semput bonda sekarang!

Tengku Izraf Akif meletakkan telefon ke telinga isterinya. Zara Irdina yang sedang berjalan terus mematikan langkah dan duduk di atas katil.

“Zara..,”

“Ya Mak Engku!” jawabnya perlahan. Tengku Izraf Akif terbeliakkan biji matanya yang bulat itu. Hah.., Tentu tak suka dengan panggilan Zara Irdina.

“Ya, bonda!” jawab Zara Irdina sekali lagi.

“Zara, ajak Akif kau tu balik sekarang jugak. Bonda nak jumpa kau orang berdua sekang,” arah Tengku Cempaka masih tidak puas hati dengan jawapan anak bujangnya tadi.

“Arr.. hmm..,” tergagap-gagap dia.

“Balik bonda kata!”

“Dina kena ikut cakap abang akif lah, bonda!”

“Kenapa? Kau tak jadi isteri dia lagi kan?”

“Masalahnya....,”

“Masalah apa?” marah Tengku Cempaka. Anak dia dalam perut saya sekarang ni, boleh jawab macam tu. Agak-agak bonda pengsan tak?

“Bonda, beri masa sepuluh minit, kita orang berbincang, nanti Dina suruh Abang Akif call bonda!” jawab Zara Irdina sambil menatap wajah suaminya.

“Ha, cepat sikit, bonda tunggu!” telefon terus dimatikan.

Mereka berdua mengambil keputusan untuk pulang saja. Menghadapi segala kemungkinan lebih baik dari terus bersembunyi. Ketika sampai di istana, dua-dua buah keluarga sedang menunggu kepulangan mereka di istana. Separuh saja mereka berjalan ke arah istana, dan seterusnya pulang semula ke kereta.

Orang lain tiada. Ini mesti perbincangan antara kami saja. Tengku Izraf Akif memandang wajah Zara Irdina. Tengok lesu sangat sebab asyik muntah saja hari ini.

“Kita ikut pintu balik, terus boleh sampai ke bilik aku!” cadang Tengku Izraf Akif.

“Aku cadang nak balik tidur kat rumah mama lah. Kau balik mengadap bonda dulu, boleh kan?” cadang Zara Irdina pula. Malas lah nak jumpa ramai orang dalam keadaan macam ni.

“Aku nie suami kau lah.. mana boleh aku biarkan kau macam nie.. yang penting anak aku tu. Kau tu ikut suka hati kau lah!” balas Tengku Izraf Akif. Muntah bagai nak balik tidur sorang-sorang di rumah. Tak usah bermimpi.

“Memang nie anak kau, tapi ada dalam perut aku!” lawan Zara Irdina sambil mengambil tangan suaminya lalu diletakkan ke perutnya. Mujurlah lah tak nampak lagi perut, sebab masih awal, kalau lah kami buat majlis kahwin enam bulan dari sekarang, tentu sudah besar perut ini. Pakai baju pengantin pun sudah tak lawa.

“Melawan nombor satu!” kata Tengku Izraf Akif menarik tangannya kembali.

“Apa pun malam ni nak balik tidur rumah mama, selesa sikit. Orang istana kau tu banyak songgeh macam kau jugak. Aku dan anak aku mana selesa tidur situ!” semua orang akan menyiasat tentang keadaan aku, lebih baik tidur di rumah mama. Habis kuat mama saja yang bising.

“Kena belajar biasa kan diri lah.. nak tinggal situ nanti!”

“Tak nak aku.. kita tinggal di rumah sendiri. Rumah buruk pun jadi lah. Asalkan jangan dalam istana tu...,”

“Amboi, bantah cakap suami nampak. Apa yang susah sangat nie, kau tu tak kan nak balik menyusahkan mama? Diri sendiri pun tak terurus. Jadi apa-apa kat rumah mama, siapa susah?”

“Aku boleh jaga diri aku dan anak aku lah. Kau reti apa?”

Kedatangan Tengku Cempaka mengejutkan mereka berdua. Ketiga-tiganya terkejut dengan pertemuan ini. Tengku Cempaka terkejut, Tengku Izraf Akif dan Zara Irdina pun terkejut juga. Muka Tengku Cempaka cenggeng melihat mereka berdua yang sedang bergaduh di tepi kereta. Lega, sebab dah balik.

“Akif!” panggil Tengku Cempaka.

“Yup!” jawab Tengku Izraf Akif

“Zara!” panggil Tengku Cempaka lagi.

“Ya, bonda!” balas Zara Irdina.

“Dari mana kau orang nie?” tanya Tengku Cempaka. Syukur lah, dia orang dah balik dan ada di depan mata.

“singgah makan tadi, bonda!” jawab Zara Irdina. Tengku Izraf Akif diam kerana marahkan Zara Irdina yang melawan cakapnya.

“Muka Zara pucat nie kenapa? Dengar macam tengah muntah saja tadi..,” soal Tengku Cempaka lagi. Muka Zara Irdina pucat sangat.

“Pening kepala lah, bonda!” jawab Zara Irdina lagi. Si suami tidak bercakap. Diam saja. Dah mula buat perangai lah tu.

“Sekarang macam mana? Dah ambil ubat?”

“Dah, bonda!”

“Akif, masuk dalam, bonda nak cakap,” arah Tengku Cempaka. Muncul Wan Yusuf dan Wan Aisyah. Wan Aisyah terus mendapatkan Zara Irdina dan memeluk Zara Irdina dengan erat.

“Syukur lah, Zara dah balik pun!” ucap Wan Aisyah.

“Mama!” panggil Zara Irdina sebak. Apa yang aku cari sebenarnya sudah ada di depan mata. Kenapa lah menyusahkan diri sendiri untuk mencari orang yang tidak pernah menyayangiku?

“Jom lah, kami balik dulu. Dia orang pun dah selamat nie..,” kata Wan Yusuf pula. Tengku Cempaka mengangguk saja.

Ketika Zara Irdina masuk saudara-mara yang datang ke rumah sudah berada di dalam bilik masing-masing. Mama dan papa pun tidak banyak soal, jadi Zara Irdina terus masuk ke dalam biliknya untuk berehat.

Harap-harap tak muntah lagi. Kalau muntah mesti kecoh.

Entah lah mual ini kerana alahan atau dia dibebani dengan banyak masalah. Dia sendiri tidak pasti. Selalu juga kalau banyak masalah membuatkan dia pening kepala dan muntah-muntah kerana terlalu stress. Tetapi barangkali juga ada kaitan dengan kandungannya ini.

Tidur, tidur jangan fikir yang macam-macam malam ini.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.