BAB 7
PANTAI DESARU, JOHOR.
CUACA TENGAHARI itu redup
sekali. Zafran dan Marissa Norhanis berkejar-kejaran di pantai nan indah itu.
Ombak kecil yang mendakap tubuh pantai, turut singgah di kaki mereka.
“Tunggu sayang. Tunggulah…” teriak
Zafran. Marissa Norhanis buat tak endah. Dia terus berlari-lari anak. Tubuh
Zafran semakin ditinggalkan.
“Cepatlah bang. Takkan berlari sikit
dah cungap,” laung Marissa Norhanis dari jauh. Barulah disedarinya yang suaminya
telah ditinggalkan di belakang. Mahu saja dia tergelak melihat suaminya yang
menunduk badan. Gaya rukuk gitu, menahan lelah di tubuh.
“Aisyyy! Ni mesti tak rajin joging
ni!” laung Marissa Norhanis lagi, melawan kebisingan suasana pantai. Dia
tersengih melihat Zafran menapak perlahan mendekati tubuhnya.
“Cepatlah abang, darling, sayang…” panggil Marissa
Norhanis manja. Tubuhnya masih lagi berlari gaya setempat. Menunggu Zafran
mendekati tubuhnya. Zafran berjalan malas.
“Kuatnya sayang. Berlari macam kuda.
Berdesup tinggalkan abang kat belakang,” komen Zafran setelah hampir sampai ke
tubuh isterinya itu.
“Laaaa…laju ke? Biasa aje lah bang.
Tu bukan gaya lari pecut 100 meter lagi. Kalau tak, memang sampai ke hujung nun
hah!” jawab Marissa Norhanis bercekak pinggang.
Kemudian, dia membengkokkan tubuhnya ke sisi kiri. Tangan kanannya diletakkan di atas kepala,
mengikut gaya tubuh, condong ke kiri. Sepuluh saat kemudian, dia mengulangi
perkara yang sama di sisi kanan pula.
Marissa Norhanis kemudiannya membuat
senaman regangan paha. Kedua belah tangannya memegang kepala lutut belah
sementara paha kanannya itu diangkat hingga ke paras perut. 10 saat menahan
kedudukan itu, dia melepaskannya. Dia mengulangi hal yang sama di kaki kiri
pula.
“Kaki abang macam nak cramp lah sayang. Urutkan…” rengek
Zafran manja. Dia sudah melabuhkan punggung di pasiran pantai.
“Itulah… siapa tak suruh buat streching. Nak lari ke, nak joging ke,
kena streching dulu. Biar regang
semua otot-otot kita. Pemanasan badan penting.” Marissa Norhanis berpesan
sambil melututkan badan dekat Zafran.
“Manja…”sambungnya lagi. Betis dan
paha Zafran diluruskan. Dia mengurut-urut bahagian urat yang kejang itu.
“Adoiii!” jerit Zafran.
Berkerut-kerut mukanya menahan sakit diurut.
“Slow-slow
lah sayang. Sakit…” adu Zafran. Dia
menarik kakinya, tidak mahu diurut lagi. Kepalanya tergeleng-geleng.
“Alahai abang ni, cramp sikit pun dah menjerit!
Mengalahkan budak TADIKA,” komen Marissa Norhanis tergelak.
“Tak kena kat you sayang. Banyaklah
cakap, eiiii!” Zafran menjawab geram. Sempat juga dia membenamkan hidungnya
yang mancung ke pipi Marissa Norhanis. Dibiarkan Zafran lama-lama di situ.
Marissa Norhanis pula tidak menolak lagak manja suaminya.
“Badan bukan main nampak gagah.
Lengan berotot segala bagai mengalahkan atlet bina badan. Tapi lari sikit dah
kejang otot. I nasihatkan you ambik
makanan kesihatan. Biar kuat dan bertenaga.” Marissa Norhanis menyambung lagi.
Tangannya masih mengurut-ngurut betis suaminya.
“Sayang ni memang banyak cakap aje
kan?” komen Zafran. Namun benaknya laju memikirkan makanan kesihatan yang
disyorkan isterinya itu. Biar kuat dan bertenaga?
‘Eh, aku tak cukup kuat dan bertenagakah? Mencabar nampak? Aisyyyy
tak boleh jadi ni.’Zafran bercakap dalam
hati.
“I berterus teranglah bang. Salah
ke?” jawab Marissa Norhanis membuatkan Zafran merenung wajah isterinya
dalam-dalam.
Tangannya pantas memegang tangan Marissa Norhanis. Urutan Marissa
Norhanis terhenti kala Zafran meramas-ramas lembut tangan isterinya itu. Zafran
mengingsut tubuh agar lebih dekat dengan tubuh Marissa Norhanis. Dia menarik
manja tubuh Marissa Norhanis ke dada bidangnya. Marissa Norhanis sekadar
membiarkan.
“Terima kasih sayang. Kaki abang dah
tak sakit dah,” tutur Zafran lembut. Sebenarnya, kaki Zafran bukan kejang pun.
Saja dia buat alasan. Dia malas nak berlari mengejar isterinya itu.
“Iya? Eh, cepatlah pulak okey nya?”
tanya Marissa Norhanis tidak percaya.
“Ha ah, sebab sayang yang
mengurutnya.” Zafran membalas lunak. Kemudian, dia mengucup dahi isterinya
lama-lama.
“Hihihihi. Iyalah tu. Jom kita
jalan-jalan lagi bang.” Marissa Norhanis mengajak. Dia mahu bangun. Namun
pelukan kejap tubuh Zafran bagai tidak mengizinkan untuk dia bangkit dari situ.
“Abang bahagia dapat bersamamu
sayang.” Zafran mengatur ayat seraya melagakan hidungnya ke hidung Marissa
Norhanis. Marissa Norhanis tersenyum puas. Kata-kata itu menghadirkan
perasaannya indah dalam jiwanya.
“I pun bahagia dapat bersama mu
abang. Terima kasih sangat-sangat. I harap kasih sayang kita, cinta yang
terbina ini, kekal abadi hingga ke syurga. Sama-samalah kita jaga dan siramkan
ia setiap hari. Jangan pernah biarkan cinta ini layu dek waktu. Ya, bang?”
“Ya, sayang. Takkanlah abang nak
biarkan kasih sayang yang terbina ini layu begitu saja. Walhal begitu banyak
ujian yang telah kita lalui. Bukan senang untuk kita mengecapi bahagia seperti
sekarang.”
“You benar-benar sayangkan I ke,
bang?” tanya Marissa Norhanis. Matanya menatap lama sebening mata Zafran.
“Sayang abang terhadapmu, tak mampu
nak diceritakan dengan kata-kata. Cuma abang berjanji dengan diri sendiri untuk
menjaga, melindungi dan memberikan kasih dan cinta semampu yang boleh. Abang
cuba untuk tidak mengabaikan sayang. Abang berusaha agar dapat menggembirakan
sayang. Abang mahu menjadi tempat untuk sayang menyandar bahu. Percayalah akan
ketulusan hati abang terhadapmu.”
“Terima kasih abang kerana menerima
diri ini seadanya. I juga akan cuba menyerahkan seluruh jiwa raga dan hati ini
kepadamu,” balas Marissa Norhanis senang seraya melentokkan kepalanya ke bahu
Zafran.
“Sayang…lihatlah lautan yang terbentang luas ini. Tahukah sayang,
seluas mana cinta abang padamu? Ia lebih luas daripada lautan ini. Tahukah sayang sedalam mana cintaku padamu?
Ia pasti lebih dalam daripada Laut Cina Selatan ni.” Zafran mengatur bait-bait
kata-kata.
“Oh, really abang?!”Marissa Norhanis buat muka terkejut.
“Ha ahlah. Kenapa? Tak
percaya eh? Kalau tak percaya, sayang ukurlah sendiri.” Zafran menjawab.
“Nak ukur kedalaman laut? Laut Cina
Selatan ni? Hihiihi, nak ukur dengan apa bang? Echo sounder?” soal Marissa Norhanis tergelak-gelak.
“Ukurlah dengan echo sounder atau dengan apa sekalipun. Kemudian, bandingkan kasih
sayang abang padamu. Kasih dan cintamu pada abang. Lihatlah, cinta siapa lagi
dalam. Abang atau sayang.”Zafran bersuara serius.
“Hihihii…seriusnya muka abang. Daripada
duk main ukur-ukur benda tu semua, baiklah kita ukur benda lain bang. Ada jugak
faedahnya.” Marissa Norhanis tergelak-gelak lagi.
“Hahhh, ukur benda lain? Ukur apa tu
sayang?” soal Zafran membulatkan bebola mata. Pandangannya menyorot ke wajah
Marissa Norhanis yang berair mata gelakkannya. Zafran tersenyum lebar.
“Hurmmm…yum…yumm..”sambung Zafran
lagi dengan muka gatal.
“Abangggg…jangan!Jangan!” teriak
Marissa Norhanis apabila dengan spontan Zafran mencepong tubuhnya. Terkial-kial
Marissa Norhanis mahu turun.
“Abangggg!” jerit Marissa Norhanis
lagi. Zafran langsung tidak mempedulikan teriakan itu. Malah kali ini, giliran
Zafran pula tergelak-gelak.
“Orang cakap serius, dia main-main pulak.
Echo sound segala bagai keluar ya?”
komen Zafran geram.
“Eh, betullah bang! Kalau nak ukur
kedalaman laut memang guna echo sound.”Marissa
Norhanis masih mempertahankan hujah meskipun kakinya terkial-kial mahu turun
dari cepongan suaminya.
“Tak kira! Tak kira!” Zafran
tergelak-gelak dapat mengenakan isterinya.
“Abang tu metafora sangat….”
“Habis tu takkan sayang nak suruh
abang ucap benda yang sama. Lapan huruf, tiga patah perkataan tetapi satu
makna. I love you. Abang mahu sayang
tahu makna cinta kita lebih daripada tu.”
“Ya, I tahu bang. Cuma abang tu
bermetafora sangat. Geli hati I. Kenapa abang tak cakap saja cinta abang
setinggi bintang di langit. Barulah I tak tahu nama alat nak ukur ketinggian
bintang di langit.” Marissa Norhanis mengusik lagi. Dia tergelak lagi sambil
merangkul leher suaminya itu. Zafran kian geram.
“Ohhh, nak ukur tinggi bintang di
langit ya?! Baik, kita ukur sekarang.” Zafran berteriak girang.
“Abanggggg!” teriak Marissa Norhanis
lagi. Terkejut dia dengan tindakan luar jangka Zafran.
“Yeayyyy!” Zafran menceburkan
tubuhnya ke dalam air laut. Marissa Norhanis yang masih dalam cepongannya turut
basah kuyup.
“YOU ARE so beatiful dear!” bisik Zafran berkali-kali. Dia mengelus lembut rambut Marissa
Norhanis yang lebat dan hitam bak arang itu. Marissa Norhanis masih lena dalam comforter yang tebal.
Abang boleh jatuh cinta berkali-kali
melihat wajahmu sayang. Matamu yang indah mempersona seakan magnet yang menarik
diriku untuk jatuh cinta padamu. Kulitmu mulus. Sungguh, betapa sempurnanya
dirimu di mata abang. Kau terlalu cantik Marissa. Jelita! Segalanya tentang
dirimu serba indah. Abang harap, sayang akan terus menjaga kecantikan diri agar
tidak pudar dek waktu.
Sungguh, abang berasa begitu tergoda setiap kali bersamamu. Sayang
sebagai seorang isteri, memang pandai menggoda abang sebagai suami. Abang suka!
Sehinggakan abang teringin meluangkan lebih masa untuk kita bersama. Abang sayang
sangat-sangat kat sayang.
Hihihi…Zafran tergelak melayan perasaan sendiri. Merenungi susuk
tubuh Marissa Norhanis membuatkan dia menghela nafas panjang. Entah kenapa
malam itu, saat Marissa Norhanis sudah dibuai mimpi indah, matanya sukar
dilelapkan. Dia masih rindukan belaian. Dia masih kepingin sentuhan isterinya
yang sah itu. Tetapi dia tidak sampai hati pula mengejutkan Marissa Norhanis
yang keletihan itu. Sudahnya, dia menelan liur berkali-kali.
Bahu Marissa Norhanis yang berpijama itu sedikit terdedah.
Diramas-ramas lembut bahagian itu. Marissa Norhanis terkalih badan. Perlakuan
Zafran sedikit mengganggu lenanya.
“Sayang…sayang,” panggil Zafran namun isterinya itu langsung tidak
bergerak. Zafran mengheret nafas berat. Rasa keinginan tidak dipenuhi. Dia
berasa sedikit kecewa.
“Sayang…sayang,” Tangan Zafran menggoncang lembut bahu Marissa
Norhanis. Cuba bersabar melihat keadaan Marissa Norhanis. Dia merenungi nafas
tenang isterinya. Zafran tidak tahu samada dia kecewa dengan perasaan sendiri
atau dia kasihan mahu mengejutkan lena isterinya itu.
“Sayang…ooo, sayang. Baru sekejap abang mandi, sayang dah tidur lena
gaya macam ni? Tak baik tau…sayang tidur mendahului abang.” Zafran bermonolog.
“Ooo…sayang. Bangunlah. Abang rindu nak bersama sayang ni,” bisik
Zafran lagi berkali-kali.
“Baiklah. Sayang tidurlah kalau dah penat. Abang pun nak tidur ni.”
Zafran sengaja mengatur ayat itu ke telinga Marissa Norhanis. Macamlah
isterinya tu dengar.
Meladeni sifat sendiri, Zafran tersenyum panjang. Bersama isterinya
itu, jiwa Zafran berasa kembali muda. Rasa sepuluh tahun lebih mudah daripada
usianya. Pelbagai hormon positif merembes laju dari segenap tubuhnya. Hormon endorphin yang
membuatkan jiwanya sentiasa gembira dan tenang.
Hormon phenylethamine membuatkan dia rasa sentiasa bahagia dan
ghairah bercinta. Orang sedang berbulan madu katakan. Lebih-lebih lagi apabila
Zafran makan supplement tu. Makan
tanpa pengetahuan isterinya.
‘Dah sayang cakap abang tak cukup kuat dan bertenaga kan? Sekarang
ni abang cukup bertenaga, sayang pulak tidur pulas. Alahai…tapi, okey! Tidak
mengapa. Hari ni pun, abang rasa gembira
sangat-sangat. Ternyata sayang mampu membuatkan hidup abang macam dalam
taman-taman syurga. Eh!
Kenapa agaknya abang asyik
bersayang-ayang aje?! Ermmm… entahlah. Mungkin sebab abang senang
menuturkannya. Sebab abang sayangkan sayang. Walaupun orang lain bosan
mendengar abang menyebut perkataan sayang berkali-kali, abang peduli apa. Dah
memang abang suka panggil sayang abang, sayang. Biar orang lain jemu
mendengarnya, tapi abang tak pernah bosan menyebut. Sungguh, sayang abang pada
sayang bukan hanya terbit dari mulut. Tetapi luhur dari hati. Beruntungnya
abang memiliki dirimu.
Terima kasih sayang untuk segala pengorbanan yang telah sayang
lakukan. Sukar untuk abang percaya,
sayang sanggup lalui semuanya demi cinta kita. Abang berjanji, abang akan jaga sayang
baik-baik. Abang janji sayang…abang janji. Cuma abang harap sayang bersabarlah
sebab keadaan ekonomi kita tak berapa kuat buat masa ini. Kehidupan abang dah
tak mewah macam dulu dah. Abang takut tak mampu nak bahagiakan sayang dengan
keperluan material.’
Aduiiii, duit! Duit! Duit! Masalah dunia hari ni memang disebabkan
duit kan?
Zafran menghela nafas berat. Dia
teringatkan Syaja’ah. Beberapa bulan lepas dia bergaduh dengan wanita itu.
Hatinya panas kerana Syaja’ah menyekat duit belanjanya. Menarik keistimewaan
demi keistimewaan yang pernah diberikan padanya. Syaja’ah sangat berkira.
Terlalu berkira membuatkan dia benar-benar rasa disisihkan wanita itu. Haknya
dinafikan. Dinafikan sama sekali!
Zafran teringat pula pada
Zurin. Sungguh, bersama Zurin segala hormon endorphin dan
phenylethamine di tubuhnya terasa kering kontang. Keseronokan bersama wanita
itu hilang. Kegembiraan tidak pernah lagi wujud. Malah, saban hari dia stress. Stress negatif yang menyebabkan distress. Distress penyebab kemurungan.
Zurin dan Syaja’ah, kedua-duanya bikin hidup aku huru hara kebelakangan ini.
Memang bikin aku distress giler!
‘Maka, demi menggembirakan perasaan sendiri, baiklah aku
bercinta-cintaan dengan isteriku yang jelita dan manja ini. Berasmaradana
hingga ke bulan bintang, hingga ke pelangi indah. Biarlah aku mencari jalan
keluar daripada ditimpa kemurungan yang entah apa-apa.
Please, ya! I’m not puppet any more! I ada kehendak sendiri. I berhak memilih jalan hidup sendiri. I tak
suka dipaksa. Tak suka. Jadi maaflah kalau aku dah membuatkan kau orang rasa
kecewa. Dulu pun, aku pernah rasa kecewa juga. Kecewa dengan kau orang!
Huhhh!! Kenapa pulak malam ni aku
tak boleh tidur? Imsomnia kah? Aikkk, sejak bila pulak aku ada penyakit ni?
Takkan selepas berkahwin dengan Marissa kut? Bilik ni pun panas semacam. Suhu air cond dah 18 darjah, takkan panas
lagi kut?’
Zafran bangun. Tubuhnya berdiri
menghadap mulut penghawa dingin, yang berkedudukan kurang lebih dua meter dari
kepalanya.
‘Okey saja hawanya, sejuk. Tapi kenapa pulak badan aku ni rasa panas
semacam? Darah pun mengalir bukan main laju lagi. Oooo… penangan kopi itu kah?
Atau sebab supplementitu kah? Ermmm…
Zafran mundar mandir di dalam bilik
itu. Dia teringatkan telefon bimbitnya. Lantas, telefon yang diletaknya di atas
meja segera dicapai. Mak aihhh! 15 miss
called daripada Fida? Biar betul. Segera dia menyemak masa panggilan
telefon itu masuk. Sejak jam tiga petang.
‘Macam mana aku boleh tak perasan ni? Oh, aku tukar silent modetengahari tadi! Patutlah. Pukul
tiga petang? Ermmm…mujur lah silent mode.
Jam tiga petang tu, aku tengah ehem ehem dengan Marissa. Kalau kantoi dengan Si
Fida ni, mahu dunia akan khiamat. Tapi sebab apa pulak dia call? Urgent kah? Hari ni berapa hari bulan? Dia called dari mana?
Dah balik Malaysia ke? Nak
call semula ke tak nak call?
Kalau call, dia suruh datang sekarang
jumpa dia, macam mana? Kalau dia tanya aku kat mana, aku nak jawab apa? Nak
bohong ke, terus terang aje? Arggghhh..ada baiknya kau abaikan saja perihal
Tengku Fida tu, Zafran. Lebih baik kau luangkan masa sepenuhnya bersama isteri
kau tu. Bulan madu sepuas-puas hati kau.’
Zafran memujuk hati sendiri
seraya merebahkan kembali badannya ke sisi Marissa Norhanis.