“Kau tak sehebat mana pun dan tak setanding aku, Afrina!
Jangan nak perasan bagus.”Derlisya mendengus. Di sekolah, Afrina seringkali
mengalahkan Derlisya dalam pertandingan catur. Afrina seorang pelajar yang baik
dan disenangi guru-guru. Afrina mempunyai seorang abang dan ibu bapa yang
sentiasa berada di sampingnya.
Derlisya kesunyian dan berasa diri tidak disayangi keluarga serta tidak berjaya
menarik perhatian guru. Disebabkan itu, Derlisya sanggup memfitnah Afrina. Dia
tidak jemu berusaha untuk memastikan Afrina mendapat malu. Derlisya sanggup
mengetepikan nasihat abang dan sahabat baiknya sendiri kerana cemburukan
Afrina. Sampai bila Derlisya mahu memusuhi Afrina? Adakah usaha dan niat jahat
Derlisya akan tercapai?