Sinopsis
Razif seorang pemuda berusia 30an yang
kaya jatuh cinta dengan gadis penjual kuih bernama Amilia. Mamanya Datin Emelda
mahu percaya bahawa harta dan pangkat adalah jaminan masa hadapan dan ingin
menjodohkan Razif dengan orang lain. Walau bagaimanapun kerana rasa kecintaan
yang kuat antara satu sama lain selain sokongan suaminya Dato Osman maka Datin
Emelda bersetuju untuk mengahwinkan Razif dan Amilia dengan beberapa syarat.
Walaupun syarat itu nyata tidak membebankan dan boleh diterima tetapi
sebenarnya adalah perangkap Datin Emelda agar Amilia berpisah dengan Razif.
Akhirnya pada satu ketika Razif
merasakan Datin Emelda sudah melampau bertindak membawa keluar Amilia dari
neraka ciptaan Datin Emelda. Mereka berdua memulakan hidup baru di selatan
tanah air dan meninggalkan segala-segala di Kuala Lumpur. Mereka bermula dengan
berniaga kecil-kecilan. Walaupun Razif mempunyai kelulusan yang baik dan boleh
meminta kerja dengan berjawatan besar tetapi Razif tahu mamanya pasti akan
mengagalkan usahanya bagi dia mendapatkan pekerjaan. Ini kerana Datin Emelda
telah menggunakan pengaruhnya bagi Razif mendapat kerja yang bagus di Kuala
lumpur setelah meletak jawatan di syarikat papanya. Walaupun susah dan hanya
menyewa rumah pangsa kos rendah bagi memulakan kehidupan. Nak tahu selanjutnya…
kena baca sampai habis.Hihihi
Bab 1
“Oh! Jadi kamu sudah ada pilihan sendiri
ye Razif? Siapa pilihan kamu? Anak Tan Sri mana? Anak Dato mana?” tanya Datin
Elmeda apabila Razif membuka mulut mengenai pilihan hatinya. Razif terdiam…
Dato Osman hanya diam dan membiarkan sahaja isterinya menanyakan.“Er.. er,” Razif
teragak-agak memberitahu ibunya tentang cinta hatinya. Dia bimbang mamanya
tidak akan menerima pilihannya sendiri. Cinta hatinya adalah hanyalah gadis
biasa… bukannya anak orang kaya-kaya atau mempunyai pangkat yang terhormat yang sering didambakan
oleh Datin Emelda.
“Lah… mama tanya ni?
Siapa dia perempuan yang berjaya menambat anak mama ni sampai pilihan mama anak
Tan Sri Khaled pun ditolaknya. Siapa?” tanya mamanya sekali lagi. Razif
mengangkat mukanya yang tadi ditundukkan. Dia mengumpul segala kekuatan untuk
berterus terang dengan mamanya.
“Sebenarnya… sebenarnya
papa, mama. Pilihan saya bukannya anak Dato… anak Tan Sri. Tapi,” Razif menelan
air liurnya.
“Anak siapa?” tanya
mamanya tegas.
“Namanya Amilia
Danisha. Dia duduk Cheras.. dia dia,” Ya Allah! Berikan aku kekuatan untuk aku berterus terang dengan mamaku.
“Dia apa?” tanya Datin
Emelda tidak sabar.
“Dia cuma membantu
ibunya berjualan kuih… bekal kuih di kafe-kafe sekitar Kuala Lumpur,” Datin Emelda bangun serta merta dan mencekak
pinggangnya.
“Apa! Anak siapa yang
nak dijadikan menantu ni? Penjual kuih? Mana mama nak letak muka ni ? Sudah
tiada perempuan lain ke hendak dijadikan menantu aku ni? Papa… awak tengoklah
anak awak ni. Nak kahwin dengan perempuan penjual kuih… mana saya hendak letak muka saya ni
papa oi. Malunya saya,” Datin Emelda duduk di sebelah suaminya.
“Ala apa salahnya. Saya
dulukan bukannya pangkat besarpun. Dari kampung juga. Cuma ayah awak sahaja
berkenan dengan saya sebab saya kerja bagus,” Dato cuba untuk mengurangkan
keregangan yang berlaku. Beliau tidak kisahpun siapa pilihan anaknya Razif.
“Awak nak menyokong
pulak ye. Saya tahulah Razif ini anak kesayangan awak. Tapi awak kena ingat.
Kes awak dengan Razif ni lain. Awak dulu ada ijazah… eksekutif muda. Perempuan
yang si Razif nak kahwin ni pulak penjual kuih. Adui malunya saya,” Datin
Emelda menekup mukanya. Seolah olah kesal dengan pilihan Razif.
“Tapi pilihan saya ini
ada diploma masakan. Amy membantu ibunya mengembangkan…”
“Tapi mama tak mahu
menantu mama jual kuih! Kan mama sudah kenalkan kamu dengan Rozaini anak Tan
Sri Adam. Kamu tak berkenanlah… dia gediklah… maintenance tinggilah. Alih-alih
kamu berkenan pula dengan perempuan jual kuih. Ala bang… malunya saya,” potong
Datin Emelda. Razif berfikir apakah caranya untuk memujuk mamanya menerima
Amilia… dia buntu.
“Kakak long kamu… mama
jodohkan dengan anak Dato Seri Hisham. Macamana dia sekarang? Senangkan. Hadiah
kahwin banglo 3 tingkat. Barang kemas berurat-urat. Bahagiakan? Malah along
berhenti kerja dengan syarikat papa kamu semata-mata hendak menolong suaminya. Mama
bukan sesuka hati hendak kamu jodohkan dengan sesiapa sahaja. Zaman sekarang ini jika
tiada duit… tiada hubungan korporat. Kamu susah tahu nanti. Kalau boleh harta
kita ni biar jatuh dengan orang yang kita kenal. Bukan perempuan yang entah
dari mana. Entah-entah dia goda kamu semata-mata hendak harta kamukan?” tuduh mamanya pula.
“Mama. Jangan cakap
begitu.. MasyaAllah. Dia ikhlas menyintai saya mama. Malah pada awal perkenalan
kami… Amy tidak tahupun saya anak Dato,” Razif tetap mempertahankan calonnya.
“Orang bila mabuk
bercinta semuanya indah. Baik… jika itu pilihan kamu. Mak setuju… tapi mama ada
syarat jika kamu hendak kahwin dengan Amy,”
“Apa syaratnya mama?”
“Itu akan diberitahu
jika kamu bawa Amy ke rumah ini pada hujung minggu hadapan,” Razif memandang
papanya. Papanya hanya mendiamkan diri sahaja.