Home Novel Keluarga Kerana Cintanya
Kerana Cintanya
NaimTamdjis
10/8/2014 21:01:20
17,170
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Sinopsis Dan Bab 1
Sinopsis

Razif seorang pemuda berusia 30an yang kaya jatuh cinta dengan gadis penjual kuih bernama Amilia. Mamanya Datin Emelda mahu percaya bahawa harta dan pangkat adalah jaminan masa hadapan dan ingin menjodohkan Razif dengan orang lain. Walau bagaimanapun kerana rasa kecintaan yang kuat antara satu sama lain selain sokongan suaminya Dato Osman maka Datin Emelda bersetuju untuk mengahwinkan Razif dan Amilia dengan beberapa syarat. Walaupun syarat itu nyata tidak membebankan dan boleh diterima tetapi sebenarnya adalah perangkap Datin Emelda agar Amilia berpisah dengan Razif.

Akhirnya pada satu ketika Razif merasakan Datin Emelda sudah melampau bertindak membawa keluar Amilia dari neraka ciptaan Datin Emelda. Mereka berdua memulakan hidup baru di selatan tanah air dan meninggalkan segala-segala di Kuala Lumpur. Mereka bermula dengan berniaga kecil-kecilan. Walaupun Razif mempunyai kelulusan yang baik dan boleh meminta kerja dengan berjawatan besar tetapi Razif tahu mamanya pasti akan mengagalkan usahanya bagi dia mendapatkan pekerjaan. Ini kerana Datin Emelda telah menggunakan pengaruhnya bagi Razif mendapat kerja yang bagus di Kuala lumpur setelah meletak jawatan di syarikat papanya. Walaupun susah dan hanya menyewa rumah pangsa kos rendah bagi memulakan kehidupan. Nak tahu selanjutnya… kena baca sampai habis.Hihihi


Bab 1

“Oh! Jadi kamu sudah ada pilihan sendiri ye Razif? Siapa pilihan kamu? Anak Tan Sri mana? Anak Dato mana?” tanya Datin Elmeda apabila Razif membuka mulut mengenai pilihan hatinya. Razif terdiam… Dato Osman hanya diam dan membiarkan sahaja isterinya menanyakan.

“Er.. er,” Razif teragak-agak memberitahu ibunya tentang cinta hatinya. Dia bimbang mamanya tidak akan menerima pilihannya sendiri. Cinta hatinya adalah hanyalah gadis biasa… bukannya anak orang kaya-kaya atau mempunyai pangkat yang terhormat yang sering didambakan oleh Datin Emelda.

“Lah… mama tanya ni? Siapa dia perempuan yang berjaya menambat anak mama ni sampai pilihan mama anak Tan Sri Khaled pun ditolaknya. Siapa?” tanya mamanya sekali lagi. Razif mengangkat mukanya yang tadi ditundukkan. Dia mengumpul segala kekuatan untuk berterus terang dengan mamanya.

“Sebenarnya… sebenarnya papa, mama. Pilihan saya bukannya anak Dato… anak Tan Sri. Tapi,” Razif menelan air liurnya.

“Anak siapa?” tanya mamanya tegas.

“Namanya Amilia Danisha. Dia duduk Cheras.. dia dia,” Ya Allah! Berikan aku kekuatan untuk aku berterus terang dengan mamaku.

“Dia apa?” tanya Datin Emelda tidak sabar.

“Dia cuma membantu ibunya berjualan kuih… bekal kuih di kafe-kafe sekitar Kuala Lumpur,” Datin Emelda bangun serta merta dan mencekak pinggangnya.

“Apa! Anak siapa yang nak dijadikan menantu ni? Penjual kuih? Mana mama nak letak muka ni ? Sudah tiada perempuan lain ke hendak dijadikan menantu aku ni? Papa… awak tengoklah anak awak ni. Nak kahwin dengan perempuan penjual kuih… mana saya hendak letak muka saya ni papa oi. Malunya saya,” Datin Emelda duduk di sebelah suaminya.

“Ala apa salahnya. Saya dulukan bukannya pangkat besarpun. Dari kampung juga. Cuma ayah awak sahaja berkenan dengan saya sebab saya kerja bagus,” Dato cuba untuk mengurangkan keregangan yang berlaku. Beliau tidak kisahpun siapa pilihan anaknya Razif.

“Awak nak menyokong pulak ye. Saya tahulah Razif ini anak kesayangan awak. Tapi awak kena ingat. Kes awak dengan Razif ni lain. Awak dulu ada ijazah… eksekutif muda. Perempuan yang si Razif nak kahwin ni pulak penjual kuih. Adui malunya saya,” Datin Emelda menekup mukanya. Seolah olah kesal dengan pilihan Razif.

“Tapi pilihan saya ini ada diploma masakan. Amy membantu ibunya mengembangkan…”

“Tapi mama tak mahu menantu mama jual kuih! Kan mama sudah kenalkan kamu dengan Rozaini anak Tan Sri Adam. Kamu tak berkenanlah… dia gediklah… maintenance tinggilah. Alih-alih kamu berkenan pula dengan perempuan jual kuih. Ala bang… malunya saya,” potong Datin Emelda. Razif berfikir apakah caranya untuk memujuk mamanya menerima Amilia… dia buntu.

“Kakak long kamu… mama jodohkan dengan anak Dato Seri Hisham. Macamana dia sekarang? Senangkan. Hadiah kahwin banglo 3 tingkat. Barang kemas berurat-urat. Bahagiakan? Malah along berhenti kerja dengan syarikat papa kamu semata-mata hendak menolong suaminya. Mama bukan sesuka hati hendak kamu jodohkan dengan sesiapa sahaja. Zaman sekarang ini jika tiada duit… tiada hubungan korporat. Kamu susah tahu nanti. Kalau boleh harta kita ni biar jatuh dengan orang yang kita kenal. Bukan perempuan yang entah dari mana. Entah-entah dia goda kamu semata-mata hendak harta kamukan?” tuduh mamanya pula.

“Mama. Jangan cakap begitu.. MasyaAllah. Dia ikhlas menyintai saya mama. Malah pada awal perkenalan kami… Amy tidak tahupun saya anak Dato,” Razif tetap mempertahankan calonnya.

“Orang bila mabuk bercinta semuanya indah. Baik… jika itu pilihan kamu. Mak setuju… tapi mama ada syarat jika kamu hendak kahwin dengan Amy,”

“Apa syaratnya mama?”

“Itu akan diberitahu jika kamu bawa Amy ke rumah ini pada hujung minggu hadapan,” Razif memandang papanya. Papanya hanya mendiamkan diri sahaja.

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.