Bab 3
“Assalaimualaikum mama. Kenapa mama
beriya-iya telefon hendak jumpa saya ini? Terpaksa saya minta kebenaran papa
skip mesyuarat petang ini hendak jumpa mama. Ada perkembangan terbaru ke
mengenai abang Razif,” tanya Rozaini anak Tan Sri Adam sebaik sahaja duduk di Cafe
Dome cawangan Pavilion. Datin Emelda cuba menahan hidungnya daripada bersin
apabila terbau minyak wangi Rozaini yang agak kuat. Berapa botol Rozaini ni sembur minyak wangi?
“Razif hendak kahwin…”
“Apa! Razif sudah setuju kahwin dengan
saya mama. OMG! Terharunya saya. Akhirnya saya kahwin juga dengan abang Razifkan
mama. My admire,” sampuk Rozaini yang tidak membiarkan Datin Emelda
menghabiskan kata-katanya.
“Kamu ini kenapa? Razif bukan hendak
kahwin dengan kamu! Tapi dengan perempuan lain,” jelas Datin Emelda.
“Apa? Dengan perempuan lain? Dengan siapa
mama?” Rozaini terkejut.
“Itulah. Lain kali bagi mama habis
cakap. Ini belum habis cakap sudah menyampuk. Entah! Dengan perempuan mana tah.
Itulah! Berapa kali mama cakap... Cepat-cepat tarik perhatian Razif. Kamu
lambat sangat bertindak. Ini Razif sudah terpikat dengan perempuan lain pulak.
Kamu yang melepas. Aku pun melepas sekali,”
“Aik! Kalau saya melepas abang Razif itu
memanglah. Mama melepas pasal apa pula?” Datin Emelda sudah tersasul. Maksud
melepas di sini adalah melepas bermenantukan salah seorang ushawan terkaya di
Malaysia. Tan Sri Adam, pemilik syarikat telekomunikasi mudah alih dan internet
terbesar di Malaysia. Syarikatnya Adam Technologies bukan sahaja beroperasi di
Malaysia tetapi juga di Singapura, Brunei, Vietnam, Bangladesh dan juga Turki.
Memiliki aset sebanyak RM 5 bilion. Rozaini merupakan satu-satunya waris yang
sah selepas anak lelaki sulung mereka mati akibat kemalangan.
“Maksud mama, terlepaslah peluang hendak
jadikan Rozaini ini menantu mama. Sudahlah baik, berpelajaran, ada kedudukan
bagus dalam syarikat.pandai serta cantik pula tu. Entah macamana Razif boleh
terpikat dengan si Amy tu. Gadis penjual kuih!” Datin Emelda berbohong. Mukanya
dimaniskan.
“Apa! Perempuan itu jual kuih jer? Oh My
God. Not mama tastekan. Kenapalah Razif boleh terpikat dengan perempuan macam
tu? Ini mesti kena pukau ni mama,” tuduh Rozaini.
“Itulah. Mamapun rasa macam tu jugak.
Macamana nak buat yer? Rozaini. Kamu kena tarik perhatian Razif cepat. Kalau
tidak… kamu juga yang melepas,” arah Datin Emelda. Rozaini mengangguk.
“Mama. Takkanlah perigi cari timba. Takkan
saya hendak tergedik-gedik mengurat si Razif tu. Mama ni pun,” Rozaini tidak
bersetuju.
“Zaman sekarang ni bukan macam zaman
dahulu. Kalau kamu hendak si Razif tu.. mama mahu kamu tarik perhatian dia
cepat-cepat. Dengan apa cara sekalipun. Kamu buat. Cepat sebelum terlambat!”
tegas Datin.
“Baiklah mama,” Rozaini akur.
(((((((((((((((((((((((((((
Petang itu selepas waktu bekerja Razif
menaiki Mercedes Dato Osman menuju ke Bandar Tasik Selatan tempat di mana
Amalia dan ibunya berniaga di sebelah petang. Di dalam kereta sebaik sahaja
keluar dari bangunan Teguh Samudera.
“Mama kamu kalau tahu kita pergi makan
di gerai ni. Mahu dia mengamuk dengan papa,” Razif memandang papanya yang duduk
di sebelah. Kereta dipandu oleh Pak Ali, pemandu setia papa sejak 20 dahulu.
“Mama mengamuk sebab papa makan di
gerai… Buka di hotel atau kafe atau di kelab?” Razif tersenyum.
“Sejak 33 tahun papa kahwin dengan mama.
33 tahun juga papa tidak pernah lagi makan di gerai hatta di restoran mamak.
Itu syarat mama bila kahwin dengannya. Katanya malu makan di situ. Dia tidak
mahu papa menjatuhkan maruahnya dan juga maruah papa. Sejak hari itu papa hanya
boleh makan di hotel atau di kelab. Sadiskan syarat papa… Dulu papa suka sangat
makan di gerai. Di kedai mamak. Papa dulu orang susah. Makan tepi jalan ini
satu kebiasaan. Tapi papa ikut juga syarat mama. Siapa yang tidak saying
isteri… Papa tidak mahu mama diketawakan oleh kawan-kawannya hanya kerana papa
makan di gerai,”
“Apa lagi syarat yang mama kenakan
kepada papa?” tanya Razif dengan penuh minat.
“Ada 3… pertama papa kena ubah cara
penampilan. Dulu papa mat rock. Rambut agak panjang. Di pejabat papa skema.
Rambut ikat kemas walaupun panjang. Bertali leher. Bersut. Tetapi di luar papa
hanya berseluar jeans. Menghisap rokok dan juga memakai macamana mat rock
pakai. 1st dating dengan mama, mama dah suruh papa beli dan terus
pakai baju lain. Bau kedai baju tu bila dating dengan mama. Kedut-kedut pula
tu,” Razif tersengih mendengar cerita papanya.
“Syarat kedua papa kena berhenti makan
kedai dan ketiga PA papa mesti lelaki,”
“Itu yang setiausaha papa semuanya
lelaki ye? Kuat cemburu juga ye mama tu,” usik Razif.
“Ialah. Sudah 33 tahun si Mali tu jadi
setiausaha papa. Tahun depan dia nekad nak pencen. Patutnya sudah 5 tahun dulu
dia pencen. Tapi papa yang tahan. Lepas ni tak tahulah siapa yang nak ganti
dia,”
“Kan Auntie Sherry masih kerja lagi
dengan kita papa. Dia pun ada 2 tahun lagi servis pa,”
“Kamu jangan hendak cari pasal. Biarlah
dia jadi PA si Amal tu. Sherry tu walau dah umur 56 tahun dan dah ada cucu.
Mama kamu tu masih cemburu lagi tau. Papa ingat hendak latih si Khalid kerani
kewangan tu jadi setiausaha papa. Dia pun dah kerja dengan kita dekat 20
tahun,”
“Nak ke dia tu papa jadi setiausaha?”
“Papa tawarlah gaji tinggi sikit. Papa
tidak bimbang pasal dia. Tahulah papa memujuknya nanti. Papa ni sebenarnya
bimbang dengan adik bongsu kamu Ikmal ini,”
“Kenapa papa?”
“Walaupun Ikmal itu eksekutif. Lagaknya
macam pengurus besar pula. Tadi pengurus projek Soho kita di Jalan Tun Razak
mengadu dengan papa, Ikmal tengking dia bila tegur dia bila jualan agak lembap.
Apa nak jadi dengan Ikmal tu,” Dato Osman mengelengkan kepala.
“Ikmal tu anak manja mama pa. Siapa yang
berani tegur dia. Tapi papa kena ajar dia,”
“Itulah. Tadi papa dah fikir macamana
nak ajar dia. Papa ingat hendak naikkan pangkat dia jadi eksekutif kanan
pemasaran dan letakkan bawah Razif dan Razman. Razif ajar dia sikit. Razif
abang dia, mana tahu Razif boleh bimbing dia,” cadang Dato Osman.
“Tapi pa, dia itu keras kepala sikit.
Dia mana ngam dengan saya. Masa kecil-kecil dahulu kami macam anjing dengan
kucing. Mama selalu menangkan dia dan saya selalu mengalah. Hendak ke dia
dengar cakap saya?”
“Insya Allah. Razif cubalah dulu. Papa
akan pantau dia juga. Dari sekarang kamu dan dia perlu ambil sikit-sikit peranan
papa. Papa dah tua Razif. Sudah 36 tahun bekerja. Papa penat. Umur papa pun
sudah 60. Kalau bukan kamu berdua siapa lagi? Kakak kamu sibuk tolong suami
dia. Sekaranglah masanya kamu berdua bekerja bersama-sama,” kata Dato Osman
penuh mengharap.
“Baiklah. Saya cuba papa,” Razif akur
dengan permintaan papanya.