Home Novel Keluarga My Sweet Tom Girl
My Sweet Tom Girl
Zulfati Hanis
22/3/2015 21:31:35
72,011
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
BAB 2

BAB 2

“Masuklah. Inilah bilik Tim. Bilik ni kecik sikit. Dulu ini bilik Samad. Tapi lepas dia kahwin, dia pindah ke rumah yang Tan Sri hadiahkan. Jadi bilik ni kosong.”

“Tak kisahlah Kak Siti. Bilik ni pun kira okey dah untuk saya. Not to big, not to small. Just perfect.” Fatimah Dhaniyah mengeyitkan matanya.

“Huuu…speaking London kamu. Apa-apa pun bilik mandi dekat sana tu.” Kak Siti menunjukkan di mana letaknya bilik mandi.

“Mmm…Kak Siti, arah kiblat hala ke mana?”

“Kiblat hala ke sini.” Kak Siti mengangkat tangannya untuk menunjukkan di mana arah kiblat kepada Fatimah Dhaniyah.

“Kalau Tim nak apa-apa lagi, Kak Siti ada dekat dapur ya,” ujar Kak Siti yang ingin meneruskan tugasnya di dapur.

“Aaaa…Kak Siti!”

Kak Siti menoleh memandang Fatimah Dhaniyah.

“Ada apa Tim?”

“Terima kasih.” Fatimah Dhaniyah melemparkan senyuman.

“Sama-sama. Akak keluar dulu ek.”

Fatimah Dhaniyah menutup pintu biliknya sebaik bayang Kak Siti menghilang dibalik dinding dapur.

Diletakkan beg sandangnya di atas katil dan dia sendiri melabuhkan punggungnya di atas katil. Dilepaskan keluhan dalam dan panjang. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari kocek beg sandangnya.

“Langkah pertama sudah bermula, umi. Langkah kedua dan seterusnya akan menyusul selepas ini,” ujar Fatimah Dhaniyah sambil mengusap sekeping gambar ditangannya.

Kemudian dia keluarkan senaskah majalah yang mengandungi kisah tentang keluarga Tan Sri Jalal. Gambar keluarga Tan Sri Jalal menjadi tatapan matanya untuk sekian kalinya.

“Ya ALLAH, permudahkanlah misi yang bakal aku laksanakan ini. Amin.” Fatimah Dhaniyah memanjatkan doa agar segala yang dia rancang berjalan dengan lancar.

Kemudian dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik dia mengaktifkan telefon bimbitnya beberapa miss call terpamer di skrin telefon bimbitnya. Semuanya panggilan daripada Shaliza.

“Makaii…banyaknya call dari minah ni. Apa hal?” Fatimah Dhaniyah mendail nombor Shaliza.

“Helo, Tim! Kau dekat mana? Kenapa aku call kau tak angkat?”

Fatimah Dhaniyah menjauhkan telefon bimbit dari cuping telinganya. Direnung seketika telefon bimbit yang berada ditangannya. Kemudian dia mendekatkan kembali telefon bimbit ke cuping telinganya.

“Assalamualaikum, Liza.” Lembut saja suara Fatimah Dhaniyah.

Shaliza terkedu. Kerana panik dia terlupa untuk memberi salam kepada Fatimah Dhaniyah terlebih dahulu. Tak pasal-pasal kena sindir dengan sahabat baiknya itu.

“Sorry…waalaikumussalam.”

“Kan sedap telinga ni dengar.” Fatimah Dhaniyah menyindir.

“Ai…perli nampak! Wei…kenapa aku call kau banyak kali kau tak angkat pun, beb?”

“Kau ni aku tengah kerjalah. Kau call aku kenapa, beb?”

“Oh..kerja ek? Banyaklah kau punya kerja.” sindir Shaliza. Fatimah Dhaniyah tergelak.

“Kau dah jumpa ke?” soal Shaliza lagi.

“Dah dan sekarang ni aku ada dalam rumah dia,” ringkas jawapan Fatimah Dhaniyah.

“Wow! pantas.” Shaliza teruja mendengar.

Fatimah Dhaniyah tersengih. Dia memandang pada sikunya yang berbalut.

“So apa perasaan kau?” Shaliza pulak yang terlebih teruja.

“Mmm…mestilah aku gembira. Akhirnya beb, for the first time aku dapat jumpa dengan dia secara berdepan empat mata. Ikutkan hati nak aje aku peluk dia dan cakap…hummm…lupakanlah. Apa yang penting aku happy dapat jumpa dia.”

“Kan senang kalau kau berterus-terang aje pada dia siapa kau. Dia nak terima atau tidak terpulanglah pada dia.” Shaliza memberikan pandangannya.

Fatimah Dhaniyah senyum nipis. “Tak semudah tu, Liza. Banyak hati kena jaga, beb. Apa-apa pun aku bersyukur sebab dapat jumpa dengan dia. Aku akan berusaha supaya aku dapat stay lama dekat rumah ni.”

“Aku doakan agar kau dapat apa yang kau hajati, beb. Kalau ada apa-apa kau call aku tau.” Shaliza mengingatkan.

“Thanks, Liza. Kau memang kawan yang terbaik.”

“Baru tahu aku ni kawan yang baik ke?” Shaliza mengusik. Fatimah Dhaniyah tergelak.

“Ni sebelum aku terlupa, kau jangan lupa dapatkan sample rambut ke, darah ke, air liur ke untuk kita buat ujian DNA nanti.” Shaliza mengingatkan Fatimah Dhaniyah tugas yang dia perlu lakukan setelah berjaya dengan langkah pertama.

“Iyalah. Aku ingat. Kau jangan bimbang. Bila dah dapat nanti aku akan beritahu kau. Tapi berapa lama ya Liza, kita boleh dapat keputusannya?”

“Dalam seminggu dua, insya-ALLAH.”

“Okeylah, Liza. Aku nak call tok ibu dengan tok ayah pulak. Nanti bila aku free aku call kau lagi. Assalamualaikum.”

Fatimah Dhaniyah mematikan talian. Kemudian dia menelefon tok ibu dan tok ayah. Cerita yang sama juga dia beritahu kepada tok ibu dan tok ayah.



“Yus nak bukak agensi cari jodoh ke? Banyak gambar anak-anak dara kat atas meja tu?” tanya Tan Sri Jalal sebaik Puan Sri Yusni menghampirinya bersama dengan segelas air susu panas.

“Abang buat lawak ek. Semua tu gambar calon-calon bakal menantu kita.”

Dahi Tan Sri Jalal berkerut. terbuntang mata Tan Sri Jalal.

“Semua tu untuk along?”

“Iyalah. Untuk siapa lagi, bang. Anak teruna kita sorang tu aje, bang.”

“Yus, calon-calon yang dulu tak menjadi. Ini Yus nak tambah senarai lagi? Boleh berjaya ke kali ni, Yus? Abang macam tak yakin aje kali ni boleh menjadi. Silap haribulan gagal lagi macam yang sudah-sudah tu.”

Tan Sri Jalal senyum nipis. Dia tak yakin rancangan isterinya ini akan berjaya. Tapi tak mengapa. Kita tengok sajalah hasilnya nanti.

“Yus tak akan putus asa, bang. Yus akan cari sampai along tu berkenan. Yus nak sangat tengok along tu kahwinlah, bang. Abang tak nak tengok ke along kahwin?”

“Humm…mestilah abang nak. Tapi soal kahwin tu satu hal, Yus. Ini yang buat abang pening kepala soal driver untuk along. Sampai sekarang tak dapat-dapat lagi dan yang jadi mangsanya Samad, lah. Kejap kerja untuk abang. Kejap kerja untuk along. Nasiblah buat masa ni Samad tu sabar lagi. Dibuatnya dia hilang sabar? Mahu berhenti dia. Lagi parah kita nanti,” keluh Tan Sri Jalal.

Puan Sri Yusni mengambil tempat disebelah suaminya.

“Entahlah, bang. Pakar terapi kata fobia along tu boleh sembuh. Tapi dia perlukan masa dan galakkan.”

“Suruh ambik driver sendiri, banyak pulak cerewetnya. Tengoklah sampai sekarang tak dapat-dapat lagi driver untuk dia. Seminggu dua ni senanglah abang nak ke mana saja dengan Samad. Esok lusa bila dia dah balik payahlah sikit. Kesian jugak dekat Samad tu kena layan abang dengan along serentak.

Tapi Yus, kalau difikir-fikirkan balik siapalah yang sanggup jadi driver along tu. Salah satu syarat mesti kena bawak kereta tidak lebih 80km/jam. Nasiblah Samad tu dah masak benar dengan perangai along. Kalau tidak dengan Samad sekali berhenti. Lagi haru.”

Puan Sri Yusni senyum nipis. “Itulah masalahnya along tu. Tak ramai yang faham dengan masalah dia.”

Tan Sri Jalal mengangguk setuju dengan kata-kata isterinya.

“Abang…”

“Hmm..”

“Abang rasa budak Tim tu ada lesen memandu tak?”

“Entahlah. Kenapa?” Tan Sri Jalal memandang wajah isterinya.

“Bukan apa. Kalau Tim ada lesen memandu, apa kata kita ambik aje dia jadi driver along. Budak tu pun tengah cari kerja, kan?”

“Betul jugak. Abang tak terfikir pulak tadi. Pandai betul isteri abang ni bagi idea.” Tan Sri Jalal mencuit hidung Puan Sri Yusni. Membuatkan Puan Sri Yusni tersenyum gembira.

“Tapi boleh ke dia orang tu bekerjasama nanti?” ada rasa sangsi di hati Tan Sri Jalal. Bukan semua orang boleh faham dengan kerenah anak lelaki mereka itu.

“Kita cuba ajelah dulu, bang. Mana tahu Tim tu boleh ikut rentak along.”

Tan Sri Jalal mengangguk. “Iyalah. Kita ikut macam yang Yus cadangkan ni. Harap-harap berhasil kali ni.”

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.