BAB 10
Ahmad Uwais merenung wajah dan gaya Rozi di dalam majalah yang dibacanya.
Rozi semakin terkenal. Usai membacanya diletakkan majalah itu di atas meja
kerjanya. Dia bersandar dan duduk termenung.
“Humm….aku nak teringatkan dia buat
apa? Aku dengan dia bukan ada apa-apa hubungan lagi. Baik aku ajak Mi keluar
makan ke.”
Malas untuk berlama di dalam
biliknya Ahmad Uwais melangkah keluar. Cadangnya untuk ke bilik Fahmi. Namun
setiba di bilik Fahmi, lelaki itu tiada pulak.
“Hai…ke mana dia pergi ni?” tertanya-tanya
Ahmad Uwais di depan bilik pejabat Fahmi. Meja kerja Fahmi diketuk-ketuk sambil
berfikir.
“Hisy…” Ahmad Uwais mendengus bila
orang yang dicari tidak ada.
“Eerrr…Iziey, you tahu Encik Fahmi
pergi mana?” Ahmad Uwais bertanya kepada staf yang kebetulan melintasi bilik
pejabat Fahmi.
“Mmm…kalau tak salah Encik Fahmi ada
dekat bilik penyimpanan fail yang baru, Encik Uwais.”
“Ooo…thanks.”
Sebaik mendapat info yang diperlukan
Ahmad Uwais terus ke bilik penyimpanan fail yang baru untuk bertemu dengan
Fahmi.
“Mi…” Ahmad Uwais menegur Fahmi yang
sedang berbincang dengan beberapa orang staf Samudera Holding berhampiran
dengan bilik penyimpanan fail yang baru.
“Hai, Is..” Fahmi mengangkat
tangannya.
“Dah siap ke bilik penyimpanan fail
baru ni?” kepala Ahmad Uwais terjenggok-jenggok ke dalam bilik fail yang baru
saja siap.
“Bilik penyimpanan fail ni dah boleh
beroperasi. Aku pun dah suruh Que dapatkan beberapa orang staf dari department
finance untuk pindahkan fail-fail kewangan dari bilik lama ke sini dan aku
jangka esok boleh siap semuanya.”
Ahmad Uwais mengangguk-ngangguk
dengan penjelasan Fahmi tentang bilik penyimpanan fail yang baru siap
diubahsuai. Dia berjalan memeriksa keseluruhan bilik penyimpanan yang baru siap
ini.
Kalau aku suruh dia buat rasanya dia
boleh siapkan ke? Ahmad Uwais senyum sendiri. Dia kemudian melangkah keluar
dari bilik penyimpanan baru ini.
“Aku rasa kau tak payah panggil staf
Que untuk buat semua kerja pindah memindah fail ni.” beritahu Ahmad Uwais
sebaik menghampiri Fahmi.
“Habis siapa nak buat?” soal Fahmi
yang pelik dengan kata-kata Ahmad Uwais itu.
Pertanyaan Fahmi mengundang senyuman
dibibir Ahmad Uwais.
“Wooo…Wooo..Wooo..senyum tu semacam
aje aku tengok. Apa yang ada dalam kepala otak kau tu, Is?” Fahmi dapat rasakan
ada sesuatu yang Ahmad Uwais ingin lakukan.
Sekali lagi Ahmad Uwais melemparkan
senyuman. Dikeluarkan telefon bimbitnya.
“Tim, datang sekarang ke bilik
penyimpanan fail yang baru sekarang,” arah Ahmad Uwais dan terus mematikan panggilan.
“Kau nak suruh Tim yang buat?” Fahmi
meneka.
“Yup.”
“Seorang?”
“Yup.”
Terbeliak mata Fahmi. “Banyak tu
fail-fail yang nak kena pindahkan.”
“So?” soal Ahmad Uwais dengan wajah
selamba.
Fahmi mengosok hidungnya. “Apa kes
kau dengan dia sebenarnya?”
“Kes? Tak ada kes.” Ahmad Uwais
masih dengan muka selambanya.
“Habis tu yang kau nak suruh dia
buat kerja pindah fail yang banyak ni seorang diri aje, apa cerita? Tak kan
pasal kena simbah air hari tu lagi kot? Dalam betul dendam kau, Is. Sampai hari
ni kau ingat lagi.”
“Kau ingat aku ni jahat sangat ke?”
soal Ahmad Uwais.
“Sikit-sikit tu adalah jahatnya,”
selamba saja Fahmi menjawab.
Ahmad Uwais mendengus mendengar
jawapan sinis Fahmi itu.
“Aku rasa tak salah aku suruh dia
buat semua ni sebab hari ni aku tak ke mana-mana. Jadi itu bermakna dia tak ada
kerja nak buat. So aku nak bagi dia buat kerja, lah. Simple,” Ahmad Uwais
memberikan alasannya bagi menepis tuduhan Fahmi tadi.
“Tak kan dia seorang, Is. Bukan
sikit fail yang nak dipindahkan ni, Is. Sekurang-kurangnya biarlah dua tiga
orang staf yang bantu dia buat kerja pindah memindah ni.”
“Yang kau bela sangat tomboi tu,
kenapa? Kau ada hati dekat dia ke?”
“Hisy…mana ada. Aku cakap base on erti perikemanusiaan.”
“Jadi apa aku nak suruh dia buat ni
tak perikemanusiaan, ek?”
“Lebih kuranglah.”
Ahmad Uwais mencebik. Lantaklah kau
nak cakap apa pun Mi. Selagi dendam aku kat minah tomboi tu tak berbalas aku
tak akan puas.
Bos…” kemunculan Fatimah Dhaniyah
merencatkan niat Fahmi untuk terus bertanya lagi. Mereka berdua sama-sama
menoleh memandang Fatimah Dhaniyah yang berdiri di depan pintu bilik fail
kewangan yang baru.
“Haa…dah sampai pun. Kau nampak
bilik ni?” soal Ahmad Uwais kepada Fatimah Dhaniyah.
“Nampak.”
“Jom ikut aku.”
Fatimah Dhaniyah mengekori langkah
Ahmad Uwais.
“Ada apa dalam bilik ni?” soal Ahmad
Uwais sebaik mereka masuk ke dalam bilik yang dipenuhi dengan rak yang masih
lagi kosong. Mukanya diseriuskan.
Fatimah Dhaniyah memusingkan
badannya memandang sekitar bilik fail ini. Apa yang ada? Kosong aje. Cicak
seekor dua adalah. Lipas?...Humm…so far tak nampak pulak. Yang aku nampak jelas
sekarang kat dalam bilik ni ada singa lapar. Fatimah Dhaniyah tergelak dalam
hati.
“Aku tanya. Kau jawab. Bukan senyap
aje.” Ahmad Uwais menegur. Fatimah Dhaniyah tersengih.
“Kosong, bos,” jawab Fatimah
Dhaniyah.
“Kosong, kan?”
Fatimah Dhaniyah mengangguk. Dia ni
dah kenapa ek? Tanya soalan pelik-pelik. Mesti dia nak kenakan aku lagi ni.
Entah apa pulak dia nak suruh aku buat kali ni.
“Memandangkan bilik ni kosong, aku
nak kau pindahkan semua fail-fail yang ada dekat bilik fail kewangan yang lama
ke sini. Jelas?”
Kan betul tekaan aku. Dia memang nak
kenakan aku lagi hari ni. Humm…nasib baiklah kau ni…aahh…tak payahlah aku nak
ambik hati. Kau buat aje Tim apa yang singa lapar ni suruh. Kau jangan bagi dia
menang. Pindah fail aje pun. Fatimah Dhaniyah memujuk hatinya.
“Jelas dan nyata, bos!” penuh yakin
Fatimah Dhaniyah menjawab.
“Ingat! Aku nak kau yang buat semua ni.
Bukan orang lain.” Ahmad Uwais menegaskan perkataan ‘kau’ itu agar Fatimah
Dhaniyah benar-benar faham dengan arahan yang dia mahu gadis itu yang buat
semuanya.
“Faham, bos.”
“Good.
Tapi ingat! If you failed, pack your bag
and leave.”
Hanya sekilas wajah Ahmad Uwais
dipandang oleh Fatimah Dhaniyah sebelum lelaki itu berlalu keluar dari bilik
penyimpanan fail yang baru ini.
“You pasti boleh buat semua ni?”
Fatimah Dhaniyah yang sedang
berfikir menoleh memandang Fahmi yang bertanya.
“Mmm…boleh,” dengan yakinnya Fatimah
Dhaniyah menjawab.
“Betul?” Fahmi seperti tidak percaya
yang gadis itu mampu membuat kerja-kerja pemindahan ini sendirian.
“Encik Fahmi jangan risaulah. Bukan
susah mana pun nak buat kerja pindah memindah ni. Okeylah Encik Fahmi, saya nak
mulakan kerja. Nanti lambat pulak siap.”
Fahmi memberi ruang kepada Fatimah
Dhaniyah untuk bergerak. Dilepaskan keluhan panjang. Is…Is…apa hal kau suka
sangat dera driver kau yang comel ni. Sempat lagi Fahmi mengomel dalam hati.